Bab 44

391 4 0
                                    

Iskandar mundar mandir di ruang tamu kondominium yang baru dua minggu disewanya.

"Kenapalah aku ni bodoh sangat cakap macam tu kat Aisyah?!" jeritnya sambil berlagak seperti orang gila. Rambutnya diatrik-tarik dan dikusut-kusutkan berkali-kali. Tiba-tiba,

La la la la la la la la la la la la Oh.. you touch my tra lala

"Ya Allah, siapa pulak yang tukar alarm aku jadi lagu merepek ni,"

Penggera ditelefon bimbit dimatikan. Dia merenung sejenak kearah telefon bimbitnya yang jelas menunjukkan jam 5.55 pagi. Beberapa minit lagi sebelum azan subuh berkumandang.

"Ok, Iskandar! Kau boleh! Kau lelaki sejati! Kau boleh!!!!" jerit Iskandar sekuat hatinya.

"DIAMLAH!" jerit jiran sebelah kiri rumah Iskandar. Iskandar ketawa perlahan sebelum membalas dengan perkataan maaf kepada jirannya itu.

Pintu gelongsor ditarik rapat, risau sekiranya dia terjerit kepada diri sendiri seperti tadi.

"Fuh!"

Oi, esok pukul 8 Jeff's Cellar

send

"Apahal aku ni berdebar lain macam?" Iskandar mengurut kepalanya kuat. Denyutan dikepala tidak hilang, sakit yang datang menjelma.

"Si gemuk ni tak reti bangun subuh ke apa?"

Iskandar menelefon Aisyah sebaik sahaja azan subuh mula berkumandang.

"Astaga aku ni pun."

Panggilan dihentikan seketika untuk memberi laluan kepada azan subuh yang sedang berkumandang.

Usai azan subuh habis berkumandang, Iskandar merenung tajam kearah telefon bimbit yang telah diletakkan di atas meja berhadapan dengan televisyen rumah tersebut. 

Setelah beberapa minit berlalu, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membersihkan diri dan menunaikan kewajipannya sebagai seorang umat Islam.

**

"Ya Allah, sakitnya kepala..." kata Aisyah sendiri sambil bermalasan dikatil. Dia mengurut kepalanya perlahan sambil membayangkan arwah Nek Som membebel sambil memberikan dia segelas air dan dua biji panadol sebelum meletakkan tangan tua itu didahinya. 

Aisyah mengeluh perlahan. Dia memandang kearah jam dinding dan tiba-tiba bangun dari pembaringan dengan keadaan yang maha-gelabah.

3.10 tengah hari.

Dia berlari masuk ke tandas dan membersihkan dirinya, diikuti dengan perangai biasanya yang selalu terkial-kial menyarungkan pakaian tatkala lambat dan entah mengapa hari itu dia menghentikan perbuatannya. Dia mencari baju T arwah suaminya dan menyarungkan baju itu ke badannya yang molek. 

Kaki Aisyah perlahan melangkah ke hadapan cermin besar bilik tersebut. Dia memandang tubuhnya lama. Kepala senget kekiri. Seketika kemudian, dia memusingkan badannya berkali-kali hingga baju T yang tersarung ditubuhnya kembang.

"Macam bunga kembang tak jadi," katanya perlahan.

Aisyah duduk dilantai, kemudian baring. Dia memandang kearah kipas yang laju berpusing di atasnya.

"Laju betul kau pusing-pusing. Macam perasaan aku. Laju je nak lupakan apa yang John dah buat pada aku. Apalah khabar diorang kat pejabat. Ok ke? Tapi aku bos, suka hati aku lah nak datang ke tidak. Masa John ada dulu, tak pernah pun diorang tanya pasal aku. Apa beza kalau aku tak datang hari ini pun. No one really care.."

'You know who cares'

Aisyah mengeluh.

"Kau ni boleh tak diam wahai otak? Karang aku bunuh diri karang kau mati, nak?" ugut Aisyah sendiri. Dia bangun dan berjalan kearah katil, mengambil telefon bimbitnya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now