"Assalamualaikum, Jamilah, ooo Jamilah,"
Pintu rumah dikuak dari dalam. "Eh, Aisyah! Bila balik? Naiklah dulu," pelawa Che Mah mesra.
"Eh, takpelah mak cik. Saya tunggu diluar je. Jamilah mana?"
"Solat isya' kejap. Tunggu kejap ye,"
"Mak Cik, tadi Jamilah ada masak cekodok tak?" Che Mah ketawa dengan pertanyaan Aisyah.
"Kamu ni dari kecil ke besar datang sini mesti tanya cekodok. Ada tu didapur. Sudah dibungkus masuk dalam tupperware,"
"Biarkan aje lah. Nak Milah yang bagi. Hehe.." sengihnya. Dia menunggu di tangga rumah tersebut. Setelah beberapa ketika, dia dengar bunyi orang berdehem dibelakangnya.
"Ha, mana cekodok aku?" Jamilah menghulurkan sebekas cekodok kepada Aisyah.
"Jomlah duduk kat pangkin. Sini kang dengar dek mak aku. Mampus," Aisyah mengekori langkah Jamilah ke pangkin dilaman rumahnya. Mulutnya asyik mengunyah cekodok.
"Sedap jugak kau masak cekodok ni. Cuma banyak minyak la. Lepasni kau kena kurangkan tau!"
Jamilah menggelengkan kepalanya. "Otak kau ni cekodok, cekodok, cekodok!" marah Jamilah.
"Tak juga. Kadang-kadang aku fikir pasal Nek Som, pasal kau, pasal masa depan aku.." Jamilah mengetuk kepala Aisyah. Tudungnya jadi senget.
"Ha, ceritalah Milah. Aku datang ni semata-mata kerana kau tau. Terharu tak?"
"Yela, terharulah sikit. Hm.. Aku pun tak tahu macam mana nak mula,"
"Tak tahu nak mula tapi tadi cakap dah nak mati lah apa lah. Apa kes?"
Jamilah mengeluh panjang.
"Dia suami orang,"
Aisyah tersedak. Habis tudungnya dipenuhi dengan cebisan cekodok yang baru dikunyah.
"Are you out of your mind?"
"Cakap bahasa melayu aje. Aku bukan faham sangat," sindir Jamilah.
"Tak kisah la bm ke bi. Kau serius ke ni?"
"Kau sebagai kawan baik aku pun terkejut badak. Ni kan mak aku nanti. Aku mati akal dah. Dengan budak ni lagi.."
"Astaga. Aku tak tahu nak cakap apa. Macam mana kau orang boleh kenal?"
"Aku kenal dia sebab babysit anak dia. Dekat dengan kawasan rumah Encik Danial tu juga,"
"Wait. Sebab ni ke kau minta aku gantikan kau 3 bulan?" tanya Aisyah. Dia rasa bagai mahu menjerit. Dia meraup mukanya. Hamburan cekodok yang masih tersisa ditudungnya dibersihkan.
"Haih.. Kau ni Jamilah. Patutlah kau kata kau terpaksa. Kenapa tak cakap awal-awal?"
"Aku takut,"
Aisyah memegang perut Jamilah. "Kau beritahu mak kau elok-elok. InsyaAllah ok tu. Kau je yang dia ada tau," nasihatnya.
"Aku takut mak aku tak terima aku,"
"Milah, Che Mah tu tak macam tu. Aku dah anggap dia macam mak aku sendiri. Aku tahu dia tak macam tu. Aku temankan kau cakap dengan dia eh? Kita bincang sama-sama nanti macam mana." Sayu suara Aisyah. Air matanya berlinangan tatkala melihat Jamilah menangis. Dia memeluk erat sahabatnya itu.
"Jangan buat perkara bodoh ya, Milah. Belajar dari kesilapan yang kau dah buat ni. But, why kau nikah kat Siam?"
"Firstly aku takut mak aku marah sebab dia suami orang, yang kedua sebab bini dia tentang pernikahan kami,"
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...