Aisyah merenung dirinya yang sudah siap disolek. Mataya terasa berat.
"Berat jugak bulu mata palsu ni," bebel Aisyah.
"Tahan jelah. Lawa kot." balas Hanum.
"Kot?" tanya Aisyah.
"Kau nak orang puji-puji ni apa kes? Nak kena sekeh?" gurau Hanum.
"Lets take a selfie!" ujar Rosaline bersemangat.
"Mana Jamilah dengan Dian? Tak nampak diorang pun?"
"Mak buyung duduk kat luar makan tembikai dari tadi. Dian cakap dia nak datang dengan Shahrul." jawab Hanum bersahaja.
"Rosaline, Anuar.."
"Saya tak nak cakap pasal dia."
Aisyah dan Hanum pandang Rosaline kosong.
'Fasih pulak anak orang putih ni cakap bahasa melayu,' kata Hanum dibenaknya. Dia mendiamkan diri, tidak mahu masuk campur.
'tok, tok, tok'
Hanum mengerutkan dahinya. Dia membuka pintu bilik Aisyah dari dalam. Dia keluar dari bilik tersebut.
"Eh, encik Danial." kata Hanum sedikit terkejut. Dia tidak menyangka Danial akan datang ke majlis perkahwinan Aisyah memandangkan dia masih lagi kesal dengan pemergian arwah Haifa.
Hanisah mencapai tangan Hanum, salam dan cium tangannya. Hanum menggosok-gosok lembut kepala gadis kecil itu.
"Janganlah kakak. Penat papa Nisa ikat rambut," marah Hanisah.
Hanum ketawa kecil.
"Ni, Nisa heboh nak tengok Aisyah. Dari rumah tadi. Pening kepala saya. Awak tolong tengok-tengokkan dia ya? Saya nak menolong apa yang patut kat bawah,"
"Boleh, boleh. Takde masalah." jawab Hanum.
Dia menarik lembut tangan Hanisah, supaya gadis kecil tersebut masuk ke dalam bilik yang telah siap dihias malam semalam.
"Kakak!" jerit Hanisah gembira. Dia berlari kearah Aisyah dan memeluk erat Aisyah yang sedang duduk di hadapan meja solek.
"Nisa datang dengan siapa?"
"Papa." jawab Hanisah ringkas.
Rosaline dan Hanum ketawa apabila Hanisah memegang kedua-dua belah pipi Aisyah dengan tangan kecilnya.
"Cantiknya kakak, macam ibu."
Semua yang ada disitu terdiam.
Aisyah senyum dan cium pipi gebu Hanisah.
"Mana ada. Ibu Nisa lagi cantik tau! Kalah kakak," gurau Aisyah.
Hanisah hanya ketawa, menunjukkan giginya yang tidak penuh.
"Mana gigi Nisa hilang ni?" tanya Aisyah sambil ketawa.
"Papa cakap sebab Nisa banyak makan gula-gula, jadi ada demon curi gigi Nisa." adu Hanisah dengan riak muka sedih.
"Nisa duduk sana, ok?" arah Aisyah.
Hanisah berjalan kearah Rosaline dengan perasaan ragu-ragu. Dia merenung kearah Rosaline.
"Pretty,"
Rosaline ketawa. Dia mengangkat tubuh Hanisah dan membiarkan gadis kecil bermulut becok tersebut duduk diatas ribaannya.
Aisyah dan Hanum turut sama ketawa apabila Hanisah buat muka pelik; tidak faham mengapa Rosaline mentertawakan dirinya.
"Rasa berdebar-debarlah pulak," ujar Aisyah tiba-tiba.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...