Bab 25

1.6K 50 3
                                    

Aisyah menghela nafasnya. Panjang. Dia menunggu Diana dan Hanum yang sedang sibuk melayan pelanggan mereka. Aisyah duduk melunjurkan kakinya. Stokin kaki dia buka, gulung dan letak diatas kerusi. Dia bersandar didinding bilik tersebut.

"Hoi! Tidur aje kerja kau ni. Bangun cepat." marah Hanum tiba-tiba.

"Saya penat, Hanum.." rengek Aisyah.

"Gediknya kau ni, cepat sikit. Kitorang tutup butik dah. Nak ikut makan tak ni?" tanya Hanum. Suaranya diperlahankan. Dia kasihan melihat keadaan Aisyah.

"Nak. Tunggu sekejap. Nak pakai stokin." Aisyah mengeluh. Dia ambil stokin yang baru dibuka tadi dan pakai. Dia kemudiannya bangun dan membuntuti langkah kaki Hanum. Diluar, dia lihat Diana sedang sibuk menaip-naip sesuatu menggunakan telefon bimbitnya. Sesekali wanita itu tersengih-sengih sendiri.

"Ha, elok sangat. Sorang terhegeh-hegeh sebab penat, sorang lagi dah membusuk macam kerang. Aku lapar dah ni." Gurau Hanum kasar. Diana mencebik.

"Kau tu cemburu sebenarnya. Sebab kau takde boy friend kan?"

"Takde kerja aku nak cemburu dengan kau, Dian." Jawab Hanum.

Mereka keluar dari butik tersebut, berjalan kaki menuju kekedai makan yang berhampiran.

"Dian dah ada boy friend ya?" tanya Aisyah tiba-tiba.

"Bukan boy friend pun. Baru kenal-kenal je ni. Takut jugak karang tiba-tiba gay jugak, sia-sia je."

Hanum ketawa mendengarkan jawapan yang diberikan oleh Diana kepada Aisyah. Dia lihat Aisyah sudah mengerutkan dahi.

"Don't be mean. I think, men are like us; women. They have a heart and can surely break too. Don't equate him with your ex. He doesn't deserve it."

"Gurau ajelah. Kau ni serius sangat dah kenapa? Nak kena curah dengan milo panas ke?" tanya Diana. Dia ketawa.

"Saya cakap aje,"

"Yelah, cakap kau tu macam serius sangat tau." tegur Hanum.

Aisyah mengeluh. Berat bunyinya.

"Kau ada masalah ke?" tanya Hanum dan Diana serentak.

"What about it when a guy shows that he really wants you and all you can do is doing nothing?" tanya Aisyah selepas duduk diatas kerusi plastik yang telah disediakan dikedai makan tersebut.

"You're an idiot and I presume Hanum thought so too."

"Yeah, marry him lah!"

Aisyah memandang kearah Diana dan Hanum.

"Kalau dah dua orang macam mana? Nak kahwin dua?"

Diana dan Hanum memandang kearah sesama mereka sendiri.

"John dengan?" tanya Hanum.

"Iskandar?" teka Diana.

Aisyah menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Seriously? Iskandar?" tanya Diana sedikit kuat. Aisyah cepat-cepat menutup mulut Diana dengan kedua-dua belah tangannya.

"Ya. Tapi kan, saya cakap dah kat dia. Saya tak boleh balas perasaan dia tu. Saya dengan John sekarang ni."

"Maksudnya, kau serius dengan John?"tanya Hanum.

"Ya."

"John tahu ke kau serius dengan dia?" tanya Diana pula.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now