Bab 1 - Bahagian 1

6.6K 130 8
                                    

**

Sebelum anda semua meneruskan pembacaan, anda digalakkan untuk membaca karya pertama saya yang bertajuk AKU. Ini buku kedua dalam deeMohd's Universe.

**

Seorang anak kecil berlari, cuba menggapai lengan neneknya yang sedang menangis. Ibu jari tangan kanannya sedia dibibir, untuk dihisap barangkali. Bulat matanya merenung ibu dan ayahnya dibawa pergi jauh ke hadapan aliran manusia. Neneknya menyuruh dia duduk ditikar mengkuang buruk buatan tangan, tetapi dia menggeleng; mahu lagi melihat mengapa ibu dan ayahnya dimasukkan ke dalam lubang pelik. Tidak bergerak; kaku. Mata anak kecil itu terkebil-kebil pelik.

"Kenapa ibu dengan ayah Aisyah orang tu letak kat situ? Nanti nak bangun macam mana?" tanya mulut kecil itu petah. Dia mengambil tempat duduk di atas riba neneknya. Muka nenek tua itu dipandang; mengharapkan jawapan. Dia pelik, mengapa nenek menangis.

"Aisyah, ibu dengan ayah dah tiada lagi. Allah sayang mereka lebih dari kita sayangkan mereka," kata-kata dari suara tua itu lembut dibicarakan. Aisyah menghisap ibu jari kanannya perlahan. Dia diam tanpa kata; hanya memandang lubang dihadapannya ditimbus. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"Nanti kalau Aisyah nak makan, nak tidur, nenek teman boleh ke? Aisyah tinggal sorang nanti dah,"katanya petah. Dia tidak menangis, walaupun sedikit sebak. Pelbagai soalan bermain diminda kecilnya tatkala itu. Mengapa dia tidak ikut sekali? Mengapa dua-dua harus bersama? Kepada siapa dia mahu bergantung harap? Ah.. banyak. Dia memandang kearah neneknya yang sedang mengelap air mata.

"Lepas ni, Aisyah tinggal dengan nenek. Aisyah buat apa-apa pun, nenek temankan ye nak,"sayu suara tua itu diluahkan sambil mengusap lembut kepala si kecil yang baru bergelar yatim piatu.

Terkebil-kebil mata galak Aisyah memandang himpunan manusia disekililingnya. Dia memandang kosong kubur ibu dan ayahnya yang sedang ditalkinkan.

Usai semua bicara manusia di tanah lembab itu, dia termagu. Air matanya mengalir perlahan. 

"Nanti Aisyah suruh nenek ajar Aisyah baca doa banyak-banyak untuk ibu dengan ayah. Esok Aisyah datang lagi," sisa air mata disapu perlahan. Dia mendapatkan neneknya dan berjalan pulang. Sampai dipagar tanah perkuburan Kampung Tiram, dia menoleh kebelakang. Memerhati dari jauh rumah baru milik ibu dan ayahnya. Dia menggenggam erat tangan tua milik neneknya dan kembali memandang kehadapan. Diam; tanpa sebarang bicara.

**

"Aisyah! Aisyah!"jerit Nek Som. Puas dia mengejutkan Aisyah pagi itu. Susah benar dia hendak membangunkan satu-satunya ingatan pada arwah anak lelakinya itu.

"Bertuah punya budak! Bangkit sekarang, matahari dah mencacak atas kepala kau ni Aisyah oi!"bebel Nek Som lagi. Perlahan-lahan Aisyah membuka kedua belah matanya. Memandang neneknya seraya menggosok mata beberapa kali. Dia masih cuba untuk membiasakan diri dengan kitaran siang dan malam di Malaysia setelah empat tahun tidak menjejakkan kaki di negara tercinta ini. Dia menguap luas.

"Nek, Aisyah baru tiga hari balik belajar. Takkan dah nak mula dera Aisyah kot?" tanyanya cuba berseloroh jam 12 tengah hari itu. Mukanya seakan sedih. Nek Som senyum.

"Adoi, adoi! Ok nak bangun lah ni. Ok nak bangun dah," rayu Aisyah apabila jemari tua nenek mula memulas telinganya. Dia menggosok-gosok telinganya yang mula memerah.

"Bangkit sekarang. Empat tahun aku sendiri dah. Pergi siram sayur kat belakang, dah tu ikut aku ke bendang. Cepat sikit,"Aisyah mencebik. "Tak nak sendiri, kahwin," katanya perlahan.

"Apa kau cakap Aisyah? Tak terdengar pulak aku,"tanya Nek Som bingung.

"Tak, Aisyah cakap.. Baiklah nenek ku sayang, hamba menurut perintah,"gurau Aisyah. Nek Som membuntangkan matanya; dengan pantas Aisyah mencapai tuala mandi dan terus ke bilik air. Cukuplah pagi itu telinganya saja yang dipulas bagai skru karat dibelakang rumah.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now