Dato' Borhan mendiamkan diri. Dia melihat kearah isterinya yang berjalan kehulu kehilir seperti hilang arah.
"Biah, awak ni cuba duduk."
Datin Sarbiah mematikan perbuatannya. Dia memandang kearah suaminya.
"Awak nak suruh saya duduk? Hati saya ni tak tenang awak tau tak! Anak kita.. anak kita.."
Dato' Borhan menghela nafas. Dia berjalan kearah isterinya.
"Dia sesat, kita sebagai ibu bapa; menjadi tugas kita untuk membantu dia. Tak ada yang mustahil Biah. Mari, duduk dengan saya,"
Dato' Borhan memegang tangan isterinya dan menuntun wanita tersebut kearah kerusi empuk ruang tamu tersebut.
"Duduk sebelah buat apa? Mari sini," pahanya ditepuk beberapa kali.
Datin Sarbiah tersenyum kecil.
"Awak ni manjanya lebih. Jangan risau. Kita sama-sama bantu dia ya?"
"Apa kena mengena saya manja dengan Izwan kena tangkap basah?" tanya Datin Sarbiah.
Dato' Borhan mengangkat bahunya.
"Itu, macam bunyi enjin kereta Danial." Datin Sarbiah bangun dan menuju kearah pintu rumahnya.
Danial dan Iskandar hanya mendiamkan diri. Mereka terus mengambil tempat duduk berdekatan dengan kedua-dua ibu bapa mereka.
"Pa.."
"Siapa perempuan tu, Iz? Kalau dah suka kenapa tak beritahu mama?" tanya Datin Sarbiah.
Izwan masih lagi berdiri.
"Haah Iz, benda macam ni boleh dibawa bincang. Ini dah jadi macam ni, Iz kena bertanggungjawab." ujar Dato' Borhan.
"Bawa dia jumpa mama. Kita selesaikan hal ni sama-sama,"
Iskandar sudah pening kepala. Dia memicit-micit keningnya.
"Nak kawin apanya ma? Pa? Tak boleh kahwin!" kata Iskandar tiba-tiba.
"Iskandar, biar Izwan yang cakap." Tegur Danial.
"He's not gonna talk! Can't you see?" marah Iskandar.
Dato' Borhan mengerutkan dahinya.
"Izwan?"
Izwan melutut dikaki papanya. Dia memeluk erat kaki papanya.
"Ampunkan Iz pa. Ampunkan Iz. Iz mintak ampun. Iz kena tangkap dengan lelaki pa. Bukan perempuan."
Dato' Borhan menolak Izwan sekuat hatinya. Dia berdiri tegak. Matanya dibuntangkan.
"Cakap lagi sekali." katanya tenang.
"Dengan lelaki. Bukan dengan perempuan pa,"
Dato' Borhan terus berlalu naik kearah biliknya. Dia tidak menghiraukan tangisan anak lelakinya. Dia bingung. Dia tidak faham akan keadaan yang sedang terjadi. Dia mengunci dirinya.
Datin Sarbiah hanya memandang suaminya berlalu pergi tanpa sebarang kata. Dia tahu suaminya perlukan masa untuk memproses kejutan ini.
"Ma.."
"Kenapa Iz.."
Izwan memegang kaki mamanya. Danial dan Iskandar hanya memandang kearah drama yang sedang ditayangkan dihadapan mata mereka. Mereka diam tanpa kata.
"Mama malu Iz, malu!"
"Iz janji ma.. Iz akan cuba berubah ma," Izwan menangis teresak-esak.
Iskandar melepaskan nafas berat. Dia menghampiri Izwan dan memegang bahu adik lelakinya itu.
"Dah, bangun. Esok-esok eloklah tu. Benda macam ni kau tak boleh paksa mama dengan papa lepaskan kau macam tu aje. Usahalah ok? Anggap ni pengajaran buat kau untuk jadi manusia; hamba yang lebih baik. Ok?"
Izwan memandang kearah abang-abangnya.
"Semua ni salah Saiful Ashaari.."
"Aku macam pernah dengar.." Danial mengerutkan dahinya.
"Ex-boyfriend Diana."
"Kaitan?" tanya Danial.
Izwan mengeluh.
**
"Ya Allah, apa yang dah kau buat Izwan? Dia adik kita. Adik kau!" marah Iskandar. Nada suaranya masih mampu direndahkan.
Danial disebelah hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Pening dengan perangai adiknya sendiri.
"Patutlah dia benci betul dengan kau,"
"Aku tau Is. Tu sebab aku tak pernah cakap apa pun bila dia kurang ajar dengan aku." Izwan mengeluh.
"Kau ni asyik mengeluh dari tadi dah kenapa? Ha garu-garu sikit kepala. Jadilah macam Si Aisyah," Iskandar ketawa.
"Amboi rindu ke?" perli Danial.
"Eh, ni pasal Izwan. Bukan pasal aku." Iskandar pura-pura marah. Nadanya ditegaskan.
"So, sekarang kau nak buat apa je?" tanya Danial kepada Izwan. Izwan dihadapannya hanya mampu mengangkat bahu.
"Tapi geli la bodoh! Macam mana kau boleh ada perasaan nak menyumbat sesuatu kat punggung kau? Bertaubatlah oi!" sambung Danial lagi.
Izwan hanya mampu ketawa. "Tu benda dah lepas,"
"Ye, tapi baru lepas beberapa jam!" marah Danial.
"Aku serius ni. Kau jangan buat lagi. Bawak-bawak lah bertaubat." Sambung Danial lagi.
"Kau tu kata orang, kau pun sama. Sudah-sudahlah main perempuan. Aku tau kau sayang lagi Haifa tu," kata Iskandar tiba-tiba.
Danial terdiam. Sebatang puntung rokok dikeluarkan dari kotak, kemudian dinyalakan. Perlahan-lahan dia sedut bahan pemusnah tersebut. Cuba menghilangkan resah hatinya.
"Kadang-kadang aku marah. Kau nak tau sebab apa?" tanya Danial. Iskandar mengangkat keningnya sebelah. "Sebab kau betul. Aku rindu dia,"
"Ni boys night out ke ni? Aku nak cerita ke kau?" tanya Izwan sambil ketawa.
"Take turn la!" Danial menyambung sambil ketawa berdekah-dekah.
"Tapi aku serius. Kau patut berhenti, Danial. Aku tahu kau sayang dia."
Danial diam. Dia tidak tahu apa yang dia patut lakukan. Terlalu banyak luka yang telah dia calarkan pada Haifa.
"Kau ingat senang-senang ke dia nak aku balik?"
"Who knows? Kau tak pernah cuba," kata Izwan pula.
"Berbalik kepada Izwan, kau naik atas dengan aku."
"Kenapa?" tanya Izwan. Dia memandang susuk tubuh Iskandar yang sudah berdiri.
"Reti taubat sendiri ke?" Izwan tersentak. Lama dia mendiamkan diri sebelum bangun dan membuntuti langkah Iskandar. Danial hanya memandang kelihat mereka berdua hingga hilang dari pandangan matanya.
"Haifa.." keluh Danial.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Novela JuvenilMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...