Bab 12

2.2K 64 7
                                    

'Pang!'

"Tak nak pa.. Sakit pa.." rayu Izwan. Sengal-sengal dikelengkangnya masih lagi tidak hilang; Dato' Borhan sudah melempangnya pula.

"Hilang dah ke belum mabuk kau tu?" marah Dato' Borhan.

"Dah pa, ampun pa.." rayu Izwan.

Iskandar hanya memandang papanya memarahi Izwan. Dia bersedia untuk menghalang kalau-kalau papanya menggila.

"Kau ni memalukan aku, tahu!?" marah papanya lagi.

Tiada tanda-tanda akan adanya Diana, Datin Sarbiah ataupun Danial akan turun. Mungkin tidur mati. Iskandar memapah Izwan dah membantu adiknya duduk. Izwan memegang lengan bahu Iskandar kuat.

"Tolong.. Sakit." rintihnya. Kelengkang masih dipegang.

"Eloknya tadi Aisyah tu sepak sampai kau tu mati aje! Memalukan mak bapak!" marah Dato' Borhan lagi. Dia malu dengan perilaku anak lelakinya itu.

"Sakit, pa.."

Iskandar kasihan melihat adik lelakinya merintih kesakitan.

"Pa, kesian dia pa."

"Tak payah kamu nak hantar dia ke klinik. Hantar aje ke pusat pelacuran!"

"Astaga pa, tak baik cakap macam tu. Is hantar kejap ye,"

Dato' Borhan hanya mendiamkan diri. Dia tidak mahu memandang sedikit pun wajah Izwan. Iskandar memapah adiknya keluar dari rumah. Bersedia untuk menghantar adiknya ke klinik.

**    

"Aisyah, kau demam ni."

"Demam terkejut," Aisyah ketawa perlahan. Ubat dan segelas air suam diambil dari huluran tangan Hanum.

"Aku yang kena, kau pula demam. Nampak sangat lemah." ejek Hanum.

"Eh, hello? Awak tu tau menangis je ok. Saya ni yang menggunakan sepenuh tenaga untuk melawan kejahatan, tau!"

"Tak payah nak drama sangat. Kau baring dulu. Nisa biar aku tengokkan."

"Baik, cik!"

Hanum keluar dari bilik tersebut. Dia meneruskan jalan kearah dapur untuk membantu Mak Jah. Mujur Nisa sedang tidur siang. Bolehlah dia membantu Mak Jah didapur. Perlahan langkahnya. Lututnya rasa bergetar apabila terlihatkan wajah Izwan berdekatan dengan peti sejuk. Dia kaku. Lelaki itu tidak memandang kearahnya. Mungkin malu. Hanum memulakan langkahnya semula apabila pasti Izwan tidak disitu lagi.

"Eh, mama. Buat apa kat dapur ni?" tanya Hanum. Dia sedikit terkejut apabila melihat Datin Sarbiah sedang sibuk membasuh sayur disinki.

"Aisyah ok dah ke Hanum?"

Hanum menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

'Soalan dijawab dengan soalan? Mama, mama..'

"Hanum suruh dia tidur. Dah makan panadol tu. Nanti ok lah tu kot?"

"Kalau tak ok nanti minta Iskandar hantarkan ke klinik ya."

Datin Sarbiah meletakkan besen yang berisi sayur sawi jepun di atas meja makan. Mak Jah disitu hanya mendiamkan diri. Datin Sarbiah lap tangannya dengan kain kering dan berjalan kearah Hanum.

"Hanum ok dah? Papa dah cerita pada mama," Hanum dipeluk erat. Dia menganggap Hanum sebagai salah seorang daripada anaknya sebaik sahaja wanita itu berjaya diselamatkan dari pusat pelacuran. Dia tidak mahu lagi melihat Hanum dilukai. Dia memaksa suaminya melepaskan Hanum dengan menggunakan kekayaan yang ada. Dia jaga Hanum bagai anaknya sendiri, beri perlindungan dirumahnya namum sekarang? Anaknya sendiri telah membuat onar. Dia sedih. Dia malu.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now