"John, you are hallucinating. She loves you a lot," kata Rosaline perlahan. Dia memandang tubuh Anuar yang berdiri berhampiran dia dan abangnya; membelek beberapa buah buku.
Rosaline memandang kearah abangnya yang sedang menuangkan arak ke dalam gelas kaca yang bewarna merah.
"Sejak bila abang minum balik ni?" tanya Rosaline dengan nada marah.
"Sejak bila-bila abang nak. Macam mana kerja?"
"Itu sebabnya abang tak boleh nak berfikir dengan betul. Abang tak boleh nak buat refleksi terhadap diri sendiri. Abang minum kencing syaitan. Abang tak tahu ke solat abang takkan di.."
"Kenapa nak kena solat? Whatever I did for Him, she still doesn't love me as much I do."
Rosaline ketawa berdekah-dekah. Dia menyapu air matanya yang keluar kerana ketawa.
"Tak sangka abang ni bodoh." kata Rosaline berani. Dia rasa benci dengan sikap yang dipamerkan oleh abangnya sendiri.
"Wow, you love her so much ye? Kelakarnya.." perli Rosaline. Dia sambung ketawa.
"Berhenti." arah John Durke.
"Tolong sikit. Rosaline, is not Aisyah. You can't boss me around." balas Rosaline tanpa menghentikan tawanya.
John Durke mengangkat tangannya, dia sudah bersedia mahu menghayunkan tangan tersebut untuk menampar Rosaline, namun sempat disambar oleh Anuar.
"Tak cukup ke dengan kau dera isteri kau sendiri, bunuh anak kau sendiri, tak mengaku anak tu anak kau, caci maki isteri kau sendiri? Sekarang kau nak pukul adik kau pulak? Not in my watch, John." kata Anuar tegas.
"I forbid.."
"Me to come here ever again? Okay. I only came because of Aisyah anyway. I know she needs me. That is love, not pushing someone's away, and hit them."
Rosaline memegang tas tangannya untuk pergi dari hidup abangnya. John Durke memusingkan badanya kearah tingkap. Dia tidak mahu memandang wajah Rosaline dan Anuar.
"Trust me, bro. Apa yang kau tunjukkan ni obsesi, bukan cinta. Kembalilah pada jalan yang benar. Amar makruf nahi mungkar. Ingat tu." nasihat Anuar.
"Get out."
"He can't be saved, Anuar. Let's go." ajak Rosaline.
"Aku harap satu hari nanti kau tak menyesal bila kau dah terbunuh isteri kau sendiri. Mungkin bukan bunuh pada fizikal, tetapi pada hati dan juga emosi Aisyah. Good day, Mr Durke. Assalamualaikum."
John Durke tidak membalas kata-kata yang telah dilontarkan oleh Anuar. Dia hanya berdiri tegak. Dia rasa sendiri. Dia menangis mengenangkan sikapnya sendiri yang membuatkan dia kehilangan dirinya dan juga Aisyah.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...