Bab 5

2.5K 77 0
                                    

Minggu kedua dirumah besar milik keluarga Danial tidaklah begitu membosankan. Aisyah menghabiskan masanya dengan Hanisah yang serba serbi comel. Hari ini Jumaat. Dia sudah lama menunggu hari ini. Hari dimana dia akan membawa Hanisah keluar ke taman permainan berdekatan dengan rumah besar tersebut. Danial berkali-kali pesan agar dia sentiasa berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling taman permainan tersebut. 

"Kakak! Dah pukul 5 ni, cepatlah. Nanti Nisa dapat main sekejap je," Hanisah memuncungkan bibirnya. Aisyah memegang bekas air yang bewarna merah jambu milik Hanisah. Dia menguntumkan senyuman. Seronok benar Hanisah. 

"Ya, kakak tahu. Jom!" Hanisah berlari keluar. Dia menyarungkan selipar kegemarannya; juga bewarna merah jambu. Dia memegang tangan Aisyah erat apabila Aisyah berada disebelahnya.

"Kakak ni macam sengaja je nak lambat-lambat,"

"Kakak malas lah bawak Nisa. Nisa asyik marah kakak je," Aisyah buat-buat merajuk.

"Jangan lah macam tu. Kakak tak kesian kat Nisa ke?"

"Kakak tak nak kawan Nisa," Aisyah pura-pura hendak bangun dan masuk ke dalam rumah.

"Kakak.." Aisyah berpaling dan ketawa. Dia memimpin tangan gadis kecil itu keluar; kepintu pagar rumah seterusnya ke taman permainan yang telah sekian lama Hanisah idamkan.

**

"Assalamualaikum," sapa seorang lelaki.

"Waalaikumussalam," jawab Aisyah endah tak endah.

"Saya duduk sini, ya?" lelaki tersebut duduk apabila nampak Aisyah menganggukkan kepala. 

"Cik ni baru pindah ya?"

"Taklah. Saya orang gaji je kat rumah biru tu. Tu anak majikan saya,"

"Nama saya Shahrul. Saya teman anak buah; setiap petang main kat taman ni,"

"Oh yeke? Nama saya Joyah," lelaki disebelahnya menahan ketawa yang hampir tersembur. 

"Nama tak macam tuan badan,"

"Nak buat macam mana kalau dah diberi nama sedemikian rupa? Terima jelah," Aisyah memotong kata-kata lelaki tersebut. Mata Aisyah tidak lepas dari memandang kearah Hanisah. Tangannya melambai-lambai kearah Hanisah. Dia kemudian memandang kearah lelaki disebelahnya.

"Saya macam kenal lah awak ni,"Aisyah mengerutkan dahinya.

"Orang kata muka saya ada iras pelak.."

"Ops sorry. Not a clue. Rumah dekat-dekat sini jugak ke?" potong Aisyah pantas. Dia malas mahu mendengar kisah dongeng dari entah siapa. Lelaki disebelahnya senyum. Dia mengalihkan pandangan dan melambaikan tangan kanannya kearah Hanisah yang terkedek-kedek berlari kearahnya.

"Kakak, ini kawan baru Nisa. Nama dia sama dengan kakak!" Hanisah memegang erat tangan seorang gadis yang berbadan gempal; rambutnya pendek dan sedikit perang. 

"Hai, nama awak siapa?"

"Dia tak tahu cakap Malay lah kakak. Use Englis,"

"English.."

"Use English" Aisyah ketawa perlahan dengan telatah Hanisah.

"Hi, what is your name? With whom did you came here?" tanya Aisyah fasih.

"See? Kakak is very fluent," Hanisah senyum bangga, dia menunjukkan giginya yang tersusun cantik.

"Siti Aisyah. I came here wif my dad," Siti Aisyah menudingkan jari telunjuknya kearah lelaki disebelah Aisyah.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now