"Sayang tak rasa kelakar ke?"
"Maksud abang?"
"Iskandar pernah suka sayang kan? Macam mana dia boleh berhenti macam tu je? Maksud abang, it's impossible for me to stop loving you. So, how can he?"
"Because he is not you." jawab Aisyah. Dia tahu suaminya sedikit cemburu dengan hubungan rapat antara dia dengan Iskandar.
"Whatever happen, don't leave me for him. Promise me." pinta John Durke dengan nada risau.
Kadang-kala, ada juga dia nampak Iskandar menanyakan perihal diri isterinya menerusi imessage. Dia risau sekiranya tiada lagi rasa kasih antara mereka berdua.
"I won't. You are the love of my life. I will never do that,"
"Kalau Aisyah buat jugak, abang rasa abang boleh jadi gila."
Aisyah buat muka terkejut. Tangannya digenggam kearah dada.
'Congrats John, the drama has just begun'
"Abang akan jadi gila kerana Aisyah? Really? Crazy for me? Wow!"
John Durke menarik pinggang isterinya.
"Aisyah janji, sayang abang?"
"Iya.. Dah kenapa pulak ni? Dah besar-besar panjang tiba-tiba nak insecure tak bertempat.." bebel Aisyah.
John Durke ketawa sambil menciumi pipi Aisyah.
"Bebel lah lagi. Sebiji macam perangai arwah Nek Som."
Aisyah hanya tersenyum. Dia rindukan arwah neneknya.
"OH!" jerit Aisyah tiba-tiba.
"Apa?" tanya John Durke.
"Aisyah lupa nak beritahu abang. Jamilah ada kat KL ni. Sebelum kita balik Perak, Aisyah nak jumpa dia boleh ke? Nak jumpa anak dia jugak. I saw his picture, he is so cute tau!"
"Aisyah nak anak lelaki ke?" tanya John Durke perlahan. Dia meletakkan kepalanya diruang tengkuk Aisyah.
"Anak pertama nak lelaki, anak kedua baru perempuan."
"Kena usaha lebih ni,"
Aisyah menolak kepala John Durke menjauhi tengkuknya. Dia memegang muka John Durke. Senyuman ditahan agar riaknya kelihatan serius pada pandangan mata John Durke.
"Boleh tak satu hari tak merenyam macam kucing gatal?"
John Durke hanya mampu ketawa dengan pertanyaan tersebut.
"Tak boleh. Aisyah Durke ni seksi sangat,"
"Really John?" Aisyah memandang kearah pakaiannya sendiri. Kain batik sarung dengan tshirt kelabu lengan pendek, rambutnya pula diikat tinggi.
John Durke tersenyum kearah isterinya sebelum memeluk isterinya lama.
"I love you so much,"
**
"Girlfriend awak, suka ke Coldplay?" tanya Aisyah.
"Dia kurang suka Coldplay. Dia suka dengar classical music,"
"Oh.. Nak saya tukar kan siaran radio ke? Mesti awak rindu dia kan? Hehe.."
"Tak perlu. Saya tak suka teringat pada dia,"
"Eh, kenapa?"
"Kalau terkenang lagi elok sedekahkan pahala mengaji ke, Al Fatihah ke, kalau dengar lagu-lagu yang dia suka, nanti saya teringat macam tu aje. Dia tak dapat apa, saya pulak dapat kesedihan je,"
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...