Bab 8

2.4K 63 9
                                    

"Izwan!" jerit Diana sekuat hatinya. Hatinya bagai mahu luruh. Air matanya tidak tumpah. Tapi hatinya bagai dirobek oleh binatang buas yang tidak punya belas kasihan walau sekecil kuman.

Diana berdiri. Tegak didepan pintu bilik abangnya. Kakinya bagai terpaku disitu.

"It's not what you think, honey." pujuk lelaki yang sudah tidak berbaju dihadapannya.

"How could you.."

"Honey.."

"Don't touch me with your dirty hands!" marah Diana. Dia sungguh tidak sangka kejadian yang sering dibaca didalam surat khabar kini berlaku dihadapan matanya sendiri. Izwan. Abangnya sendiri.

"Cik," tegur Hanum. Dulang yang berisi minuman sejuk dipegang erat. Dia terdiam sendiri. Di hadapannya kini terlayar sebuah drama Melayu. Izwan hanya mengenakan boxer. Lelaki yang berdekatan dengan Diana tidak berbaju. Butang seluar jeans lusuhnya terbuka, zip juga separuh kebawah.

'Amboi hebat pulak aku kalau bab memandang benda-benda macam ni,'

"Maaf," kata Hanum. Dia cepat-cepat beredar.

"Letak air tu kat atas meja makan. Nanti aku turun," kata Diana. Sedikit keras. Hanum menyahut dan turun kebawah. Dia tidak tahu akan apa yang sedang terjadi, namun kemudiannya terdengar suara Diana menjerit-jerit. Memarahi Izwan dan kekasihnya.

"What do you mean that you're gay!?" dan "I'm sorry for having you in my life," adalah antara kata yang terkeluar dari mulut Diana sendiri. Suaranya lantang.

Hanum cuba memekakkan telinga. Dia mencuci pinggan mangkuk yang sudah sedia terisi didalam sinki. Mak Jah menemani Danial dan Hanisah ke pasar; membeli barangan dapur. Iskandar entah kemana.    

"Ya Allah ya tuhanku, syukur Hanisah takde sekarang ni.." tutur Hanum perlahan. Dia memandang kearah belakang apabila terdengar bunyi kerusi ditarik. Diana menekup mukanya dengan tangan. Dia sedang menahan tangisan yang sudah mula memainkan rentaknya.

"Cik.."

"Saya tak boleh terima semua ni, Hanum." Diana menangis.

Hanum tidak mahu bertanya. Cukup sudah Datin Sarbiah mengutipnya dijalanan, memberinya makan, menggajikannya dirumah besar ini. Dia tidak berkeinginan untuk menyibuk hal warga rumah ini.

"Dah tiga tahun, Hanum.." adunya lagi. Hanum menggosok-gosok belakang badan Diana perlahan.

"Cik, saya ni bukanlah orang alim-alim. Tapi satu yang pasti, yang boleh buat cik tenang sekarang ni bila cik mengadu pada Dia. Cik ambil wudu', solat dan tidur lah. Nanti saya kejutkan cik, ya?" pujuk Hanum.

"The most regretful thing I've had done so far in my life is loving someone whom clearly in love with someone else; and wasting so many years with him,"

"Cik.. saya kalau bahasa inggeris ni, sikit-sikit faham lah. Kalau panjang-panjang ni saya lembab sikit," jujur ayat itu diluahkan.

"Maaf, Hanum. Lepas ni, kau berhati-hatilah. Jangan tunjukkan sebarang kelembutan. Biar orang benci, asalkan kau tak disakiti. Terima kasih," Diana memeluk Hanum. Erat.

"Tidak ada apa yang nak diterima kasihkan pun, cik. Saya bukan buat apa pun,"

"Hanum.."

"Ya, cik?"

"Kalau boleh, kau diamkan semua yang kau nampak ya? In the end, dia abang aku sendiri. Dan aku tak mahu dimalukan kerana mempunyai teman lelaki yang sebegitu rupa," ucap Diana. Perlahan; cukup untuk didengari oleh Hanum seorang. Sebelum Diana hendak memulakan langkah kakinya, Hanum memanggil namanya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now