Bab 28

1.9K 45 2
                                    


"Kesian aku tengok Encik Danial."

Aisyah memandang kearah Hanum yang tiba-tiba bersuara. Dia lihat, tubuh tersebut menunjukkan gaya mengeluh.

"Mati itu pasti, Hanum. Yang hidup harus meneruskan kehidupan. Dia harus bertabah dengan dugaan ini. Allah itu tidak kejam. Dia tahu limit kita. Dia tidak akan bagi ujian ni pada Danial kalau Danial tak mampu,"

"Sejak bila kau panggil abang aku Danial je ni? Selalu bukan ke Encik Danial?" tanya Diana sebelum meneguk minumannya.

"Dia suruh. Lama dah saya panggil dia Danial."

"Tapi lagi kesian kat Hanisah, kan? Aku harap dia ok." kata Hanum lagi. Tidak mempedulikan hal Encik Danial atau Danial yang dibincangkan oleh Diana sebentar tadi.

"Yalah. Saya pun kesian."

"Kau dulu, macam mana?" tanya Hanum.

"Kau ni Hanum, tak baik tau tanya macam tu."

"Takpe. Saya ok la, Dian."

"Ceritalah." arah Hanum.

"Takde apa pun. Saya ada nenek. Lepastu saya kan duduk kampung. Ada la kawan sana sini. Cuma sedih bila hari ibu tiada ibu. Hari bapa, tiada apa. Hari raya, ada nenek je."

"Maknanya, Hanisah harus bersyukur. Sekurang-kurangnya, dia masih boleh sambut hari bapa. Betul tak?" gurau Diana.

Hanum menjeling kearah Diana. Diana hanya mentertawakan jelingan tersebut. Diana diam apabila Izwan mendekati mereka.


"Aisyah, saya nak cakap sesuatu kat awak. Ikut saya kejap. Boleh?"

"Ha? Boleh." jawab Aisyah. Dia memandang kearah Diana dan Hanum yang memandang kearahnya pelik. Aisyah mengekori langkah Izwan perlahan-lahan. Jaraknya dijaga. Dia tidak mahu menimbulkan apa-apa fitnah.

"Aisyah,"

Aisyah mematikan langkahnya.

"Disini. Kali pertama saya cakap awak cantik,"

"Saya tau."

"Eleh, tapi buat-buat tak dengar. Gedik!" gurau Izwan.

"Ha, yelah. Pelik kalau saya buat-buat dengar,"

Izwan ketawa. Dia mengeluh.

"Saya sebenarnya nak beritahu awak yang apa yang saya cakap semua tu; selama ni pada awak.."

"Saya faham. Itu semua bukan betul-betul perasaan awak, kan?"

"Ya, saya pun rasa macam tu. Sebab Hanum.."

Izwan menarik nafas dalam-dalam.

"Saya cintakan Hanum. Setulus ikhlas hati saya."

Aisyah menutup mulutnya yang ternganga luas. Matanya dibuntangkan. Izwan menyekeh kepalanya perlahan.

"Oi, over betul!"

"Bila awak tahu awak cintakan Hanum?"

"Entah, rasa tu datang dengan tiba-tiba, tanpa dipaksa. Tup-tup dah rasa macam nak ada anak dengan dia." Izwan ketawa. 


Aisyah turut sama menyertai pertandingan tak berhadiah tersebut. Mereka ketawa, sama-sama kuat; dibawah langit malam yang hitam pekat dengan bunyi angin yang merdu bahasanya; sepoi-sepoi menampar tubuh.

Aisyah memperlahankan tawanya. Dia memandang kearah Izwan. Dia tersenyum memandang wajah ceria lelaki disebelahnya. Izwan yang perasan akan keadaan tersebut mengelap air matanya dan turut sama memperlahankan tawa.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now