Bab 45

321 6 0
                                    

"Table for two, Iskandar,"

Pelayan yang berada di hadapan pintu masuk Jeff's Cellar di Banjaran Hotspring Sunway Ipoh tersebut memandang Iskandar dengan pandangan pelik.

"Hurry up. She'll be coming later,"

Wanita tersebut bergegas memeriksa senarai tempahan di atas podium sebelahnya dan menjemput Iskandar masuk, menuju ke tempat duduknya.

"Can I offer you any drinks, sir?"

"Plain water. Cold." jawab Iskandar acuh tak acuh. Sesekali dia melihat kearah pintu masuk menunggu kedatangan Aisyah.

Seketika kemudian, Iskandar terpandang susuk tubuh seorang wanita berpakaian kaftan hijau pastel. Dia memandang kearah wanita tersebut lama, sebelum bangun dari duduknya apabila wanita tersebut memusingkan tubuhnya untuk bercakap dengan pelayan yang sama.

 Dia memandang kearah wanita tersebut lama, sebelum bangun dari duduknya apabila wanita tersebut memusingkan tubuhnya untuk bercakap dengan pelayan yang sama

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Perempuan kalau jadi janda memang makin cantik ke macam mana?" tanya Iskandar sebaik sahaja Aisyah menghampiri dirinya.

Aisyah mengerutkan dahinya. Bulu kening kanan dan kirinya hampir bercantum.

"Insensitive swine." jawab Aisyah. Dia duduk sebelum dipelawa.

"Kau pakai kaftan beriya ni tak panas ke? Siap pakai inner bagai ha." tanya Iskandar.

"Dah biasa." jawab Aisyah sambil membetulkan tudungnya yang tiada cela untuk mengelakkan rasa janggal yang mula terbit.

"Kau nak rasa foie grass?"

"Eww tak nak saya makan hati itik. Awak makan ke?" tanya Aisyah sambil buat muka jijik.

"Makan je,"

"Manusia kejam. Sini ada wagyu ke?"

"Amboi, foie grass tak nak. Nak wagyu aje," ejek Iskandar.

"Dah awak nak belanja. Rugilah saya kalau makan benda murah. Eh, awak belanja kan?" tanya Aisyah dengan riak risau.

Iskandar ketawa sebelum mengangguk mengiyakan pertanyaan Aisyah. 

"Tapi kan... Nak dua boleh ke?" tanya Aisyah sambil memandang tepat kearah mata Iskandar.

"Banyak pulak cikadak kau ni." marah Iskandar.

"Takdelah, tempat fancy macam ni portion makanan mesti kecil. Kan?"

Belum sempat Iskandar membalas pertanyaan Aisyah, "Saya tak makan lagi harini. Tapi kalau tak boleh, takpe. Saya order satu je." kata Aisyah sambil membelek menu di tangan kanannya.

"Aku yang ajak kau datang, order jelah apa kau nak."

"Saya nak cod fish dengan ice lemon tea,"

"Itu aje? Tak nak wagyu?" tanya Iskandar.

"Baik makan kat Hanare atau Sushi Hinata KL je kalau nak makan wagyu. I'm sure kat sini portion kecik sebab konsep dia ni fine dining." bebel  Aisyah.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now