Aisyah duduk bersandar dikerusi malas yang telah disediakan di persisiran pantai Cenang untuk disewa. Dia menghirup minumannya perlahan sebelum diletakkan dimeja kecil bersebelahan dengan kiri badannya. Dia mengenakan kembali cermin mata hitam yang telah dia letakkan di sisi kanannya sebentar tadi. Dia mengeluh perlahan sebelum cuba untuk menutup matanya.
~
"Aku ni hipokrit,"
Aisyah membuka kotak tersebut. Di dalamnya tiada sebentuk cincin pun. Yang ada cuba sepucuk surat yang berlipat, dan diikat ketat dengan gelang tangan besi. Aisyah membelek-belek gelang tangan tersebut.
'She believed she could. So she did'
"Apa benda lah yang Iskandar fikir masa dia bagi aku kotak ni. Patutlah besar lain macam," kata Aisyah sambil ketawa. Dia mengenakan gelang tersebut di tangan kanan.
Aisyah kemudiannya membuka lipatan-lipatan surat yang turut sama berada di dalam kotak tersebut.
Assalamualaikum,
Aku tak tahu dah berapa saat, minit, jam, hari, minggu, bulan, atau tahun selepas kau dah bersedia untuk membuka surat ini, tapi harapan aku.. kau sudah betul-betul bersedia untuk tahu dan faham isi hati aku, sebab aku mengaku, aku seorang lelaki gasar yang tidak pernah elok bahasanya apabila ingin menyatakan perihal cinta.
Mama aku cakap, "Life is short , goes by too fast", hence while I can , I'll make it a blast ; make memories that will last . I don't want to leave my life with regret. Yes, there are mistakes that I wish I could forget; like seeing your hair for the first time without you knowing because of my own mistake in forgetting to bring the house's key; the but still , I will always remember them like all the times.
Cakap pasal aku ternampak rambut kau tu, sebenarnya aku nampak kau tidur. Waktu seakan berhenti, aku terasa halus melalui diri untuk masuk ke dalam bilik kau; kemudian menari-nari dalam bilik kau tu sebelum bermain dengan rambut panjang kau yang bersepah-sepah.
Aku masih ingat lagi kaki kau hampir cecah lantai, mulut kau sedikit terbuka, kau tidur lena tanpa bantal. Aku hampir-hampir mahu ketawa apabila kau menguap kuat. Macam gergasi gemuk. HAHAHA *sorry*
Tapi, bila dikenang kembali, itu bukan pertama kali berputiknya rasa cinta aku terhadap kau. Aku tahu aku ada menyimpan perasaan terhadap kau apabila aku mampu ketawa bersembang di dalam kereta dengan kau. Kita berbual pasal arwah Afikah punya taste in classical music. Aku tak tahu kau ingat lagi atau tidak, tapi betul kata kau sebelum kita sampai kat rumah arwah nenek kau dulu, aku memang jadi separuh gila merindui diri kau tanpa aku sedar.
Aku tahu tentang segala apa yang telah terjadi dalam kehidupan rumah tangga kau sebelum ini, aku tidak akan mengungkit semua peristiwa pahit tersebut disini kerana aku yakin dan pasti adanya memori manis yang masih dalam ingatan; yang akan juga kau simpan sampai mati. Cumanya, aku amat berharap, saat kau mengambil keputusan untuk membaca surat ini, kau sudah bersedia untuk menerima seorang lelaki lain dalam hidup kau kembali. Menerima aku dalam hidup kau.
Aku tidak akan mampu menunaikan janji bulan dan bintang, yang dapat aku janjikan ialah kesungguhan aku untuk menjadi seorang suami yang terbaik untuk seorang Aisyah yang aku kasihi sepenuh hati.
Dearest,
Iskandar.
Aisyah menyapu linangan air mata yang tiba-tiba terbit ditubir matanya.
"You just came too strong, Iskandar. I cannot handle this. At all."
~
Aisyah terbangun dari sandarnya apabila dia terasa ada sebiji bola terkena badannya.
"Allahuakbar. Anak siapa pulak lah yang rajin sangat baling bola kat orang ni," rungut Aisyah. Dia melihat di sekelilingnya dan terlihat seorang kanak-kanak lelaki melambaikan tangan kearah dia, meminta bola tersebut. Aisyah membaling bola tersebut sekuat hatinya dan melambaikan tangannya kearah kanak-kanak tersebut.
"Haih.. budak-budak sekarang ni." kata Aisyah sebelum membetulkan selendang yang dipakai dan bangun untuk berjalan dipersisiran pantai.
**
Abaya hijau yang dipakainya diangkat sedikit, dia rasa tenang setiap kali air laut di pantai Cenang tersebut memukul dia hingga ke buku lali.
"Kenapalah aku tak datang sini dari dulu lagi. Ni dok habis duit pergi balik ke England, dah bertahun tahun baru nak datang sini." bebel Aisyah seorang diri. Dia meneruskan perjalanannya ke arah Cenang Mall dimana dia akan menghirup café latte kegemarannya di Starbucks selama beberapa jam sambil melihat perangai manusia dari pelbagai pelosok sebelum balik ke cottage yang telah hampir sebulan menjadi tempat penginapannya.
Langkah Aisyah tiba-tiba terhenti. Dia memandang tepat kearah susuk tubuh yang sangat dikenalinya. Susuk tubuh tersebut kelihatan sangat kurus dari sebelumnya. Dia terpana seketika.
"Aisyah...?"
Namanya disebut perlahan, namun cukup kuat sampai ke telinganya. Aisyah terasa mahu pengsan, kaki lembiknya tidak mampu berganjak pergi. Pasir-pasir dipantai Cenang menggenggam kedua-dua belah kakinya kuat.
"Iskandar."
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...