"Kau sihat?" tanya Iskandar. Dia cuba untuk mengelakkan rasa janggal yang mula terbit antara mereka.
"Alhamdulillah, awak?"
"Macam inilah."
"Business ok?"
"Alhamdulillah, ok. Kau?"
"Alhamdulillah juga. Kami buka new branch di England. Business not as good as here but everything still under control." terang Aisyah. Dia menelan air liurnya. Pahit.
"Cool bracelet," kata Iskandar tiba-tiba. Bibirnya dijuihkan sedikit kearah pergelangan tangan kanan Aisyah.
'BODOH KENAPA KAU PAKAI BRACELET NI HARI INI AISYAH OI DALAM BANYAK-BANYAK HARI, KENAPA HARI INI JUGAK?' marah Aisyah dalam hati.
"Bila kau buka kotak tu?" tanya Iskandar bersahaja. Dia memusingkan badannya dan memandang tepat kearah anak mata Aisyah.
Aisyah memandang kearah lain, tidak mahu perasaannya dibaca.
"Semalam,"
"Tipu."
"Saya.."
"Kau tinggal kat mana?"
"Ha?" tanya Aisyah kembali. Dia keliru tiba-tiba.
"Kat Langkawi ni, kau tinggal kat mana?" tanya Iskandar sekali lagi.
"Oh.. T Star Cottage. Awak kat mana?"
"Beachfront studio suites kat Casa del Mar. Kat sana," tunjuk Iskandar.
"Lah, betul-betul depan pantai ha," kata Aisyah cuba untuk berseloroh.
"Dah 4 hari kat sana. Baru hari ni aku keluar bilik."
"Tak jalan-jalan lansung?" tanya Aisyah pelik.
"I don't have the energy to do so as you know why," jawab Iskandar. Dia kemudian mengeluh panjang.
Aisyah terdiam sejenak. Sebelum dia membuka mulut, Iskandar pantas memotong dengan berkata, "Have a nice visit. I'll see you when I see you. Take care, Aisyah."
Belum sempat Aisyah menyuarakan apa-apa yang terbit dari dalam mindanya, Iskandar berlalu pergi meninggalkan dia sendirian disitu. Aisyah terpinga-pinga memandang susuk tubuh Iskandar berlalu pergi meninggalkan dirinya seorang diri.
**
Malam itu, Aisyah tidak kemana-mana. Dia menyendiri, baring di kerusi malas yang telah disediakan oleh pihak cottage di berandanya. Dia membuang pandang ke arah pantai Cenang.
"Kita mungkin sedang membuang pandang kearah laut yang sama, sepertimana kita membuang pandang kearah bintang-bintang yang selalu berada di langit yang sama," kata Aisyah seorang diri. Dia keliru dengan sikap Iskandar yang nampaknya terlalu redha dengan pemergiannya.
Assalamualaikum. Hanum, tadi saya terserempak dengan Iskandar.
ttyl (1) nak tidurkan Adelia sekejap.
Aisyah meletakkan telefon bimbitnya disisi. Dia tiba-tiba teringat perihal dimana dia dimarahi oleh Diana kerana meninggalkan mereka semua tanpa khabar berita. Hanum ada juga memarahi dirinya, namun tidaklah seteruk Diana.
"Mungkin sebab Iskandar abang dia."
Kata Diana, Iskandar tidak segembira dahulu. Badannya susut seperti hilang nyawa. Iskandar merindui dirinya. Namun, apa yang dilihat tadi berlainan dengan apa yang telah diperkatakan oleh Diana kepadanya. Perilaku Iskandar tidak lansung seperti seorang lelaki yang merindui kekasih hati yang telah lama menghilangkan diri.
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Novela JuvenilMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...