Bab 32 - Bahagian 2

369 7 1
                                    

Aisyah menghembus hingusnya perlahan. Pagi Ahad tersebut terasa terlalu dingin. Aisyah menciumi pipi John Durke yang masih lena diulit mimpi sebelum bangun dan bergerak kearah tingkap balkoni bilik mereka. Tingkap tersebut ditutup rapat.

Perlahan-lahan Aisyah berjalan menuju kearah suis kipas, menekan butang on dan kembali duduk dibirai katil. Entah mengapa pagi Ahad yang serba serbi dingin ini membuatkan dia teringat akan arwah Nek Som. Kata-kata arwah Nek Som sebelum dia melanjutkan pelajarannya dahulu masih lagi teguh berada dalam mindanya.

"Aisyah, ingat pesan nenek. Andai tiada duka semalam, takkan ada apa yang dapat kita kenangkan masa kita senang nanti. Duka yang semalam kita simpan, buat pengajaran untuk masa depan. Bahagia tidak akan hadir tanpa sebarang duka datang menyinggah. Masatu, jangan sekali pun lupa pesan nenek ni. Tabah. Tetapkan dalam jiwa, semua ada hikmah. Allah itu maha kaya, Dia maha adil. Dia tahu segalanya. Tetapkan hati, InsyaAllah semua duka akan buahkan kebahagiaan dalam diri kau nanti,"

Kadang-kala ada juga Aisyah terfikir, mengapa dirinya selalu ditimpa malang. Kemudian, dia terpandangkan wajah suaminya yang putih pucat, licin kulitnya, mencintai dia. Ada juga masa dimana dia merindui tubuh genit Hanisah, dengan mulut becoknya yang tiada henti. Namun apakan daya, semua itu harus dia simpan dalam lubuk hatinya. Dia tidak mahu suaminya terasa hati dengan keadaan diri Iskandar yang juga sungguh-sungguh mencintai dirinya.Apa perkhabaran lelaki tersebut, tidak lansung tertanya oleh Aisyah. Dia memendam segala, walau yang dirindui hanyalah hubungan persahabatan dia dan lelaki tersebut.

"Morning,"

Aisyah mengalihkan pandangannya kearah John Durke. Dia tersenyum. Rambut suaminya yang sudah sedia kusut lagi dikusutkan lagi. Dia kemudiannya ketawa.

"Morning, sleepy head,"

John Durke hanya tersenyum kearah Aisyah sebelum menarik tangan isterinya. Dia memeluk tubuh lansing isterinya dengan penuh kasih sayang.

"I love you," ucap John Durke.

"I love you too,"

"I know,"

Aisyah menjeling kearah belakangnya sebelum menolak tubuh John Durke kearah belakang sedikit. Dia duduk bersila di hadapan suaminya.

"Bila Rosaline nak datang?" tanya Aisyah.

"Sepatutnya lusa dia sampai."

"Oh.." jawab Aisyah panjang.

"Anything more to ask?" tanya John Durke apabila dia melihatkan keadaan Aisyah yang tiba-tiba lemas dalam lautan fikirannya.

"I want to work." jawab Aisyah singkat.

John Durke hanya memandang kearah anak mata Aisyah. Dia lebih suka sekiranya Aisyah berada dirumah. Dia tidak mahu mana-mana lelaki pun tahu akan kewujudan diri Aisyah.

"You know I love my line of work right?" tanya Aisyah perlahan.

"I know.."

"Jadi kenapa abang buat Aisyah macam ni? Aisyah bosan." luah Aisyah.

John Durke masih lagi mendiamkan dirinya. Dia tahu Aisyah jenis 'alpha woman', dia boleh berdiri atas kaki sendiri. Dia tahu Aisyah suka menyibukkan dirinya tidak kira perihal kerja mahupun gossip kosong. John Durke tersenyum apabila teringatkan perangai Aisyah yang suka menyibuk.

"Apa senyum-senyum? Orang cakap serius ni." marah Aisyah. Dia mengerutkan dahinya.

"Abang tak boleh tengok Aisyah macam tu. Geram. Rasa nak kiss."

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now