Iskandar mundar-mandir di hadapan kubikel milik Izwan. Dia harap pertemuan dua muka antara Izwan dan papanya akan dapat membuahkan hasil yang baik. Bukan mereka tidak bertemu muka diluar waktu pejabat, namun sudah menjadi tatacara kehidupan papa mereka tidak mencampur adukkan hal pejabat dengan hal keluarga.
Seketika kemudian, pintu ditarik dari dalam. Iskandar memandang kearah wajah papanya yang jelas terpampang dimuka pintu.
"Masuk." arah Dato' Borhan dengan nada bisnes yang acapkali digeruni ramai.
Iskandar menapak masuk perlahan-lahan.
"Duduk, Is." pelawa Izwan.
"Jadi.."
"Dengar dulu. Lepas habis Izwan dengan papa bercakap baru giliran Is."
Iskandar hanya mendiamkan dirinya.
"Is, aku ni yang paling muda antara kita adik beradik lelaki.."
"Tapi tu.."
"Biar aku habiskan dulu."
Iskandar duduk menyandarkan belakang badannya dikerusi yang disediakan oleh Izwan untuknya.
"As I was saying, antara kita bertiga aku yang paling muda. Maksudnya, aku yang paling muda dalam perniagaan ni. Aku tak cukup matang untuk handle semua ni Is. Yang paling dekat dengan Danial ialah kau, bukan aku. Aku yakin kau tahu semua selok belok perniagaan ni. Aku tahu kau boleh. Bukan sebab aku nak lepas tangan, nak lepas tanggungjawab, tapi aku memang tahu, aku belum cukup matang, belum bersedia lagi nak gantikan Danial." luah Izwan panjang lebar.
"Iskandar, papa bukan nak paksa.."
"Sebenarnya memang Is dah ambil keputusan nak tinggal kat sini. Hal cawangan Sabah, macam yang Is dah cakap pada Izwan, Is dah serahkan pada Utung. Dia akan hantar report setiap bulan. Is tak tahu samada Is betul-betul layak untuk duduk dikerusi Danial. Itu je,"
"Bagi Iz, itu bukan satu masalah. Papa boleh duduk dikerusi lama papa dalam sebulan dua, dari situ papa boleh guide Is."
"Iz ke Is? Kenapalah papa setuju dengan mama kamu nak bagi nama lebih kurang dulu.."
Iskandar dan Izwan ketawa dengan keluhan Dato' Borhan.
"Itulah, orang suruh panggil Wan, tak nak. Nak jugak panggil Iz." ejek Izwan.
Iskandar hanya memandang kearah papa dan adik lelakinya. Kadang kala ada juga terbit rasa menyesal tidak bersama mereka sedari kecil. Ada juga rasa menyesal tidak memberikan papa dan mamanya peluang untuk membesarkan dirinya.
"We will settle that at home. Now, back to business. Apa macam Is? Papa dah bersedia nak jadi puppet a.k.a guidance a.k.a guardian master kau ni. Kalau aku ada experience macam kau, aku terima je."
Dato' Borhan hanya menggeleng-gelangkan kepalanya dengan kata-kata gurauan dari Izwan.
Iskandar mendiamkan diri sejenak sebelum berdiri tegak dan menghulurkan tangannya kearah Dato' Borhan. Dato' Borhan tersenyum lebar sebelum turut sama berdiri.
"We have a deal papa. Is harap semuanya akan berjalan lancar."
Mereka berjabat tangan, tanda semuanya sudah selesai.
'Alhamdulillah. Selamat pulang, anakku,'
**
"Is, kau ada masa tak?"
Iskandar mengerling jam ditangan kanannya sebelum menjawab pertanyaan Izwan dengan anggukan.
"Berapa lama?"
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...