"Aisyah, kadang kala hidup ni diluar jangkaan kita," Aisyah memandang muka Danial. Dia rasa bersalah. Namun dia diam. Masih menunggu jawapan yang diinginkan.
"Pelik kan, kenapa Nisa tak boleh keluar dari rumah ni? Kami jaga dia sampai takde kawan.. Pelik kan?"
'Obviously. duuhh?' bisik hati Aisyah. Mulutnya masih lagi dikuncikan.
"Saya nak jauhkan dia dengan ibu dia. Ibu dia boleh bagi pengaruh yang tak baik buat dia. Ibu dia pernah datang sini, macam orang gila nak kidnap dia. Saya tak nak perkara tu berulang lagi, tu je. Saya terlalu sayangkan dia. Nisa je yang saya ada" Danial mengesat air mata jantannya berkali-kali.
"Eh, jangan lah menangis encik. Yelah, saya minta maaf. Berhenti please. Pujuk memujuk ni bukan bidang saya, encik.." Danial memandangnya sambil tersenyum lemah.
"Don't be funny. Saya sedih ni," dia ketawa apabila Aisyah secara spontan membuntangkan mata dan berkelakuan seolah-olah sedang menutup zip halimunan dibibir.
"Aisyah, Aisyah. Macam-macam.."
Aisyah tersengih bagaikan kerang busuk dipasar pagi berdekatan dengan rumah neneknya.
"Pendapat saya, lah. Dia kena keluar berkawan. At least once a week. Saya takut benda yang encik buat pada dia sekarang ni, akan effect masa depan dia. Encik nak ke Nisa jadi socially awkward person? Mesti tak, kan? Tapi, tulah.. pendapat saya je. Keputusan ditangan encik; sebagai ayah dia,"
Danial terdiam. Dia pandang kearah Aisyah dengan muka ala-ala pemikir. Dia mengeluh. Kuat.
"You know what? You're right. Apa kata, awak teman Nisa jalan-jalan, let say, once a week. Ok?"
"Better once than never. Can I go now, sir?"
"Awak ni, macam saya ni lecturer awak pulak dah. Awak ada apa-apa lagi nak cakap atau nak tanya tak?"
"Setakat ni, tu jelah. Thanks encik. Saya beransur dulu," Aisyah menapak keluar dari bilik bacaan rumah tersebut. Dia menutup pintu dibelakangnya perlahan.
"Alhamdulillah, ok je semua.."
"Apa yang ok?"
Aisyah memandang kekanan.
'Allahu.. kenapalah malang sangat nasib aku hari-hari kena menghadap muka lelaki belagak bagus ni,' Aisyah mengeluh.
"Nothing,"
"Kau mencuri ke apa?"
"Mana ada! Saya jumpa Encik Danial. Tanya pasal Nisa. Tu je. Awak tak percaya, masuk lah. Tanya sendiri,"
Iskandar memandang kearah Aisyah. Dia mengerutkan dahi.
"Kakak!" Hanisah berlari kearah Aisyah. Dia memeluk erat kedua-dua belah kaki Aisyah.
"Rindunya!" Aisyah tersenyum melihat gelagat gadis cilik dihadapannya.
"Kenapa Uncle Is? Marah kakak ke?" Aisyah bertanya. Sayu. Dia memandang kearah Iskandar. Iskandar lantas mendukungnya.
"Tak lah, uncle nak jumpa papa Nisa. Nak mintak panadol. Uncle tak sihat lah," tipu Iskandar. Dia ke situ kerana ternampak Aisyah. Baginya, gelagat Aisyah mencurigakan. Sebab itulah dia bergegas ke situ.
"Uncle pening tak?"
"Pening sikit,"
"Dekat sikit dengan Nisa," Iskandar mendekatkan lagi kepalanya dengan Hanisah.
"Muah! Hilang tak sakit uncle?"
"Amboi! Siapa ajar Nisa ni? Hilang sikit dah. Tapi ada lagi sikitlah pening uncle ni, Nisa. Kiss lagi, boleh?"
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...