"Eh, balik dah?" tegur Hanum. Aisyah tersenyum melihat Hanum yang berjalan masuk ke dalam biliknya. "Cepatnya balik? Singa apa macam?" sambung Hanum lagi. Aisyah ketawa dengan pertanyaan yang dilontarkan oleh Hanum.
"Tak baik awak panggil dia singa tau,"
"Eleh, kau tu panggil dia Iskandar poyo, angkuh dan lain-lain tu boleh?"
"Saya takpe," tawa Aisyah. "Awak sihat, Hanum?" tanya Aisyah. Dia memerhatikan muka Hanum yang seperti hendak menceritakan sesuatu.
"Alahai kau ni, apa tak sihatnya? Kan pagi tadi kau tengok aku sihat," kata Hanum sambil menarik pipi gebu milik Aisyah.
"Aduh, sakitlah!" marah Aisyah sambil menggosok-gosok pipinya.
"Aku nak cerita ni. Tapi kau jangan terkejut sampai termuntah-muntah pulak," Aisyah ketawa. "Kau ni senyum, ketawa, senyum, ketawa," bebel Hanum.
"Yalah, awak buat kelakar. Takkan saya nak marah? Awak nak cerita apa, Hanum?" tanya Aisyah seraya berjalan kearah pintu. Dia menutup dan mengunci pintu biliknya rapat. Dia kembali duduk dibirai katil, bersebelahan dengan Hanum.
"Kau nak tahu tak kenapa kau kena balik kampung tadi dengan Iskandar?"
"Eh, Datin nak menjodohkan saya dengan dia ke?" tanya Aisyah terkejut. Dia bertambah terkejut apabila mukanya dipukul dengan bantal.
"Kau ni jangan perasan sangat boleh tak? Aku pukul sampai mati kang!" gurau Hanum. Dia ketawa terbahak-bahak.
"Gurau ajelah!"
"Yelah tu, Aisyah oi!"
"Saya tak tahu sebab utama. Tapi yang saya perasan Izwan keluar terus tadi, tak pandang pun bila saya suruh tunggu. Makan hati juga saya tadi. Sebab semalam dia yang offer. Alih-alih saya kena tinggal," panjang lebar perasaan jauh dilubuk hatinya dikongsikan dengan Hanum.
"Dia gaduh dengan Diana lah kat meja makan tadi. Kau nak tahu apa Diana cakap?"
"Apa?"
"Aisyah dengan Hanum tu baik. Mama jangan nak bagi dia ni peluang pelik-pelik pulak,"
"Eh, awak pasti ke dengan apa yang awak dengar tu Hanum?" seperti wanita sedunia yang lain, Aisyah menanyakan soalan tersebut dengan keadaan yang separuh berbisik; biasalah, sedang mengumpat kan. Memang suara akan automatik jadi perlahan.
"Hahaha. Kau ni kalau mengumpat.." Hanum ketawakan Aisyah. Lucu sungguh bagi dia keadaan Aisyah sekarang. Fokus sungguh!
"Dah tu, saya curious. Kenapa dia tiba-tiba nak back up kita. Terutamanya diri saya sendiri. Selalunya dia cakap benda yang bukan-bukan tau,"
"Entahlah Aisyah. Aku pun tak pasti sangat dengan hal ni sebenarnya. Tapi Diana dengan Izwan memang k.o. Diana dengan Danial pun tak baik sangat. Diana dengan Iskandar tu aku tak pasti, sebab Iskandar senyap sikit,"
"Ya meh?" Aisyah menunjukkan rasa ragu-ragunya dengan gaya apek jual sayur dipasar berdekatan dengan rumah neneknya.
"Yalah. Takkan aku nak menipu kau," jawab Hanum. Keluarga ini pelik.
"Eh, Hanum. Awak takkan tak tahu lansung pasal mereka ni?" tanya Aisyah. Menyibuk.
"Aku bukan penyibuk macam kau ni, Aisyah oi! Tapi sebelum ni ada la jugak macam ada kes sikit."
"Awak tak nak cerita ke, Hanum?"
"Hm.."
YOU ARE READING
Andai Tiada Duka ☑️
Teen FictionMac 12 2020 - #3 in Malay 'Kalau bukan nak tolong kawan, dah lama aku sepak pagar bodoh ni' gumamnya dalam hati. "Manalah tuan rumah ni, nak kena maki dulu baru keluar ke?" tanyanya sendiri. Dia bosan kerana terpaksa berdiri ditengah mentari teri...