Bab 20

2K 52 1
                                    

AMARAN: PG18

~~

"Awak dah habis kemas ke Hanum?" tanya Aisyah. Dia muram.

Hanum menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Aku tak sangka, akhirnya aku akan keluar dari rumah ni,"

"Awak jaga diri tau Hanum. Kalau ada apa-apa masalah, awak mesej saya. Ok?"

"InsyaAllah kalau aku ada kredit." Hanum menjelirkan lidahnya.

Aisyah mencebik.

"Nanti mesti saya rindu awak. Banyak-banyak," katanya. Sayu.

Hanum memandang Aisyah. Muka wanita dihadapannya muram. Dia memeluk erat tubuh badan Aisyah.

"Kau jaga diri jugak tau! Interview pukul berapa ni?"

"Pukul 10 pagi. Nanti pergi sama-sama dengan Iskandar," jawab Aisyah tenang.

"Kau pergi siap-siap dulu. Aku dah nak pergi nanti aku jumpa kau dulu,"

Aisyah mengangguk perlahan sebelum melangkah pergi dari bilik Hanum dan Mak Jah.

**

"Kau tak pakai make up ke?" tanya Hanum.

"Pakai. Sikit aje."

"Aku nak gerak dah ni. Muka kau macam tak pakai apa-apa. Tu yang aku tanya."

"Saya tak retilah Hanum. Lagipun nanti susah nak solat," jawab Aisyah bersahaja.

"Ye. Aku nak gerak dulu ni."

Aisyah memeluk Hanum erat. Lama pelukannya Hanum biarkan.

"Dah dah! Kau ni nak buat aku menangis ke?"

Aisyah ketawa. Dia mengesat sisa air matanya yang mengalir dipipi.

"InsyaAllah nanti lepas interview saya cuba pergi jenguk awak ya?"

"Aku ok je mana-mana. Kau jaga diri tau. Ingat pesan aku ni."

Aisyah menganggukkan kepalanya beberapa kali. Dia membuntuti langkah Hanum kearah luar rumah. Dia menyedut hingusnya perlahan apabila kereta Diana hilang dari pandangan mata. Air matanya dikesat perlahan.

"Kenapa?"

Aisyah memandang kearah belakang. Iskandar berdiri agak dekat dengannya.

"Oh, awak. Awalnya bangun?"

"Nak pergi kerja kan, kejap lagi. Kau siap dah ke?"

"Sudah."

"Barang-barang yang penting jangan lupa bawak. Aku nak minum kejap."

"Ok."

Iskandar melangkah pergi menjauhi dirinya.

'Fuh.. nasib baik dia tak tanya lebih-lebih. Buat malu jelah kau ni Aisyah!' marah Aisyah dalam hati.

**

"Selamat pagi Encik Iskandar. Encik Shukri dan Dato' Borhan sudah sedia menunggu encik dibilik mesyuarat untuk sesi temuduga."

"Terima kasih, Natasha."

Iskandar memusingkan badannya kearah Aisyah. Dia tersenyum. Wanita tersebut tidak lansung menunjukkan perasaan gugup.

"Oi mak cik! Daftar nama kau kat Natasha."

Aisyah mengerutkan dahinya.

"Saya tampar awak nak? Bila masa saya jadi mak cik?" marah Aisyah.

Natasha yang sedari tadi leka memandang skrin komputer tergamam. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk melihat wajah 'mak cik' yang berani mahu menampar muka bos nya.

Andai Tiada Duka ☑️Where stories live. Discover now