Hayunan tali pinggang hinggap di tubuh gadis berkulit kuning langsat sehingga jelas berbirat kemerah-merahan pada lengan dan lehernya. Si ayah langsung tiada belas kasihan, tali pinggang dihayunkan tanpa jeda, melepaskan amarah pada anak sendiri dengan dendam menggila. Kali ini, hayunan tali pinggang hinggap di muka mulus si gadis.Haura Mustika, anak tunggal dan mangsa dera
Mustika, nama gadis malang itu yang beribu dan berayahkan dua sosok manusia durjana. Si ayah langsung tidak peduli ketika hidung anaknya mulai berdarah, air mata Mustika mengalir laju meminta dikasihani. Menggigil seluruh tubuh kurusnya yang tidak cukup makan dan dia tidak berdaya melawan kudrat si ayah yang agresif kerana tidak dapat merasai stok dadah dari pembekal; akibatnya dia menjadi mangsa amarah si ayah. Di sudut kiri ruang tamu rumah kayu yang kelihatan hampir reput itu, si ibu hanya khayal dengan dunianya sendiri sambil menghembuskan asap rokok. Matanya hanya memerhati kosong si suami memukul anak tunggalnya namun tiada bantuan yang dihulurkan malah sesekali kedengaran suara wanita itu ketawa sinis.
"Sudahlah tu. Mati budak tu nanti, Man." Ujar perempuan itu yang hanya berkemban dengan kain batik lusuh dan terkoyak di sana sini.
"Geram aku tak dapat stok!" Azman menghayunkan pukulan tali pinggang yang terakhir, kali ini tepat mengenai bahagian tulang belakang anaknya. Mustika sudah tidak berdaya, hanya terbaring lemah dengan darah mengalir dari tubuh akibat luka dipukul dengan tali pinggang ayahnya.
"Kau pukul budak tu bukan dapat stok tu balik. Eh, engkau sepatutnya guna otak.." Munah menunjal dahi suaminya geram.
"Oi, aku ini suami kau.." Azman bertempik jengkel.
"Eh, sekarang ni kau kena fikir macam mana kita nak dapat duit. Habis dah tanah pusaka mak aku dijual, tak ada tinggal satu sen pun dah. Aku kalau tak dapat stok lagi, rasa nak gila dah.." Munah bersuara tidak puas hati, sesekali kain kembannya yang melondeh dibetulkan dengan tangan.
"Aku jiwa kacaulah. Dengan hutang sana sini, stres aku. Aku rasa nak jual rumah ni.." Azman memandang sekeliling rumah, satu-satunya rumah yang dia ada hasil pemberian arwah datuknya ketika Munah melahirkan Mustika dahulu.
"Kau gila? kalau kau jual rumah ni kita nak tinggal kat mana, syaitan..." Sekali lagi, Munah menunjal dahi suaminya.
"Habis tu, takkan aku nak suruh engkau jual badan lagi dengan tauke miang tu. Aku ini Munah, walaupun jahat, tetap sayang bini aku." Azman semakin buntu.
Jika boleh, dia enggan mengulang peristiwa itu lagi; peristiwa di mana dia menjual Munah untuk tidur semalaman dengan di tauke yang mengedar barang haram itu semata-mata untuk mendapatkan stok bagi melunaskan ketagih mereka berdua. Munah juga sanggup menggadaikan tubuh demi sebungkus bekalan bahan terlarang itu. Peristiwa itu disimpan rapat-rapat, Azman tidak mahu mengingatinya kerana hatinya berasa sakit mengingat hal itu.
"Habis tu macam mana?" Munah bersuara bimbang, ketagihannya juga sudah semakin teruk sehingga terbayang-bayang idea untuk mencuri sahaja stok dari tauke dadah.
"Tuan Iskandar.." Segaris nama itu disebut tiba tiba oleh Azman.
"Kau nak pinjam dari orang tua tu lagi ke? Eh kita dah berhutang hampir Rm 300 000 dengan dia, Man. habis tergadai tanah dan harta, kalau meminjam lagi entah apa syarat merapu diletaknya.." Munah jelas tidak puas hati dengan orang tua bernama Tuan Iskandar itu.
"Kita cuba saja kali ini.." Azman nekad, itu sahaja peluang yang ada.
Dan Mustika masih terbaring di lantai, langsung tidak bermaya selepas dipukul oleh ayahnya. Matanya yang bergenang dengan air mata merenung atap zink rumah yang sudah berlubang-lubang kecil. Dibiarkan sahaja darah mengalir dari bibirnya, berasa bengkak hatinya mendengar ibu dan ayahnya bercakap tentang duit dan stok dadah di hadapan jasadnya yang sedang lemah dihentam dengan tali pinggang. Entah ketentuan seperti apakah ini ditakdirkan mempunyai ibu dan ayah yang berperangai syaitan kerana binatang pun sayangkan anak, tetapi mereka? Barangkali syaitan juga terkejut melihat mereka yang terlalu ketagih dengan dadah sehingga melayan anak sendiri seperti hamba abdi.
Mustika hanya membiarkan air matanya mengalir. Menanti segaris bianglala di langit sendu, sesendu hidupnya yang setiap hari cemas dan ketakutan.
YOU ARE READING
KELANA CINTA DI HATI MUSTIKA
RomanceSeorang gadis bernama Mustika yang didera ibu dan ayahnya yang kemaruk dadah. Dia dijual oleh ayahnya hanya untuk mendapatkan wang dan kerana tidak tahan disiksa, dia lari ke bandar. "Mustika.." Di bandar, dia ditakdirkan bekerja sebagai pembantu r...