Bab 11 : Ibu-ibu yang diva dan mesra

41 7 1
                                    

Mustika mengemas pakaiannya di dalam almari kayu bercorak keemasan dan di sisinya, Mak Seri juga turut membantu dia melipat beberapa helai baju. Sesekali kelihatan beberapa orang tukang kebun dan pembantu rumah turut menjengukkan kepala ke dalam bilik, memandangkan lokasi biliknya betul-betul berdekatan dengan dapur dan pintu di bahagian belakang rumah agam mewah milik Tuan Mikhail dan Puan Teja.

"Mustika, kalau perlukan apa-apa, maklumkan saja pada Mak Seri ya.." Mak Seri tersenyum kecil, tangannya ligat melipat helaian baju.

"Alhamdulillah semua cukup, Mak Seri. Nanti kalau sudah dapat gaji setiap hujung bulan, saya pergi beli sendiri baju yang kurang.." Mustika menjawab sopan, menghormati orang tua bertudung putih di hadapannya.

"Di rumah ini, semua pembantu mengggunakan seragam. Baju seragam Mustika nanti Mak Seri bagi. Rumah ini ada lima orang pembantu termasuk Mak Seri, dan enam orang tukang kebun sebab Puan Teja sukakan taman bunganya sentiasa kemas dan segar. Bila dah ada Mustika ni, nampaknya bertambah menjadi enam oranglah kita.." Mak Seri kelihatan menyusun baju-baju yang dilipatnya di dalam rak baju berwarna putih.

"Bilik ni besar juga ya." Mustika memerhati seluruh bilik itu, dan di dalam bilik itu, dia duduk bersendirian memandangkan beberapa orang pembantu rumah yang lain sudah berkongsi bilik yang besar di sebelah bilik Mustika. Bilik itu bahkan lebih luas dari biliknya di rumah kampung, kelihatan beberapa perabot seperti meja solek, katil bersaiz queen serta beberapa buah alat muzik di suatu sudut bilik. Patung beruang bersaiz sebesar badan Mak Seri juga tergeletak di atas katil, berwarna merah jambu dan seakan-akan sudah lama tidak disentuh, kerana nampak sedikit berdebu.

"Itu patung Cik Raisa.." Mak Seri bersuara perlahan saat menyedari Mustika memandang aneh ke arah si patung beruang merah jambu.

"Raisa?" Mustika mengerutkan dahi.

"Anak perempuan Tuan dan Puan. Sebaya dengan Mustika tetapi dia sudah meninggal dunia kerana kemalangan.." Mak Seri mengeluh berat, terbayang di ruang matanya sesosok wajah penghibur duka, Raisa Ameena.

"Oh, begitu.." Mustika hanya mengangguk kecil.

Ketika itu, empat orang pembantu rumah yang lain muncul di bilik Mustika. Semua pembantu tersebut berusia dalam lingkungan 40-an sehingga 60-an. Mak Seri pantas memperkenalkan mereka.

Mak Diva - the real Diva yang gojes!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mak Diva - the real Diva yang gojes!

Mak Diva - the real Diva yang gojes!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now