Bab 10: Haura Mustika

43 7 0
                                    

Mustika menunggu di bahagian perkarangan rumah mewah, tidak berani menjejakkan masuk ke dalam. Separuh hatinya berdebar, tidak kurang juga rasa menyesal kerana tidak mengajak Aina turut masuk ke dalam bersamanya; Aina hanya menunggu di dalam kereta. Matanya melilau menjamah seluruh perkarangan rumah mewah itu yang dia rasakan mampu menjadi sebuah lapangan terbang yang selesa dan jauh lebih baik dari perkarangan rumah Tuan Iskandar di kampung Pedada. Pelbagai jenis bunga disusun rapi dan indah, beberapa orang tukang kebun ralit memotong ranting bunga yang menjulur keluar dan tidak kurang juga beberapa orang antara mereka yang sibuk memotong rumput yang sudah mulai tumbuh panjang sedikit. Di sekeliling bunga yang indah, ada taman yang Mustika dapat rasakan sebagai lokasi keluarga Puan Teja bersantai sewaktu masa terluang kerana ada pondok kecil bersama dengan landskap kerusi yang indah di dalamnya. Sedang ralit memerhati dan menjamu mata dengan kehijauan alam, terasa bahunya dicuit dan dia segera menoleh. Seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an, berdiri di hadapannya, lengkap berbaju seragam seperti beberapa orang pembantu rumah yang lain serta mengenakan tudung berwarna putih.

"Cik Mustika, silakan masuk.." wanita itu mempersilakan Mustika masuk ke dalam dan dalam keadaan agak teragak-agak, Mustika mengikut jejak wanita bertudung putih itu.

"Wah.." Mustika menggumam kagum.

Dia tidak dapat menahan dirinya daripada rasa kagum melihat rumah sebesar itu dengan susunan perabot dan dekorasi yang sangat indah.  Perabot-perabot rumah itu kebanyakannya daripada kayu jati asli dan bahkan memijak lantai sahaja pun sudah dapat Mustika mengagak bahawa lantai itu adalah jubin yang mahal harganya. Langkah Mustika terhenti ketika langkah kaki wanita bertudung putih di hadapannya berhenti, seketika kelihatan wanita itu beralih ke sebelah kanan, memperlihatkan sesosok wanita anggun yang ayu berhijab kuning cair. Mustika terkesima saat melihat wanita itu berkerusi roda dan wanita itu menatapnya dengan wajah yang serius sebelum mengukirkan senyuman kecil.

 Mustika terkesima saat melihat wanita itu berkerusi roda dan wanita itu menatapnya dengan wajah yang serius sebelum mengukirkan senyuman kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mak Seri, berusia 66 tahun

"Ini Cik Mustika, Puan.." Si wanita bertudung putih bersuara perlahan, separuh menunduk ketika berbicara dengan majikannya.

" Si wanita bertudung putih bersuara perlahan, separuh menunduk ketika berbicara dengan majikannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Puan Teja, pemilik Teja Group

"Ya, saya tahu. Saya sudah meneliti profil dia. Haura Mustika Binti Azman, berusia 19 tahun dan beberapa bulan lagi, bakal genap 20 tahun. Keputusan SPM dan STPM awak memberangsangkan, saya tertanya-tanya mengapa awak berada di sini, memohon pekerjaan sebagai seorang pembantu rumah? Minggu lepas ketika mendapat profil awak, saya sempat menyiasat latar belakang awak. Awak lari ya dari rumah?.." Wanita bertudung kuning menyoal dengan wajah cukup bersahaja.

"Ya, saya melarikan diri dari rumah." Mustika berterus-terang, enggan mengajar dirinya untuk menipu dan seketika, Haura menyedari dahi wanita bertudung putih berkerut seribu.

"Kenapa?" Wanita bertudung kuning masih ingin tahu.

"Saya hendak mencari haluan sendiri demi masa depan saya, Puan. Saya.." Mustika mengetap bibir, hatinya diasak sesak seketika.

Mustika menanggalkan tudung yang digunakannya, serta menyelak lengan bajunya yang panjang, mendedahkan tubuhnya yang dipenuhi lebam kebiru-biruan. Dia juga menyelak baju di bahagian perutnya, mendedahkan segaris luka panjang seperti digores dengan senjata yang tajam dan melihat luka itu, wajah si wanita bertudung kuning berubah riak, kelihatan mutiara jernih berubah riak di tubir matanya. Si wanita bertudung putih di sebelah menutup mulut, terkejut melihat tubuh si gadis muda yang habis mermar dan dipenuhi lebam.

"Saya nak mulakan hidup baru. Saya nak kerja di sini supaya saya dapat kumpul duit, untuk gapai impian saya menjadi pakar bahasa. Dan saya yakin, kalau saya kerja di sini, ayah saya takkan menemui saya. Saya tak nak lagi jadi mangsa dera ayah saya sendiri, Puan.." Mustika bersuara separuh merayu.

"Teja, panggil saya Puan Teja." Puan Teja memperkenalkan dirinya, matanya masih memandang ke arah luka mermar di leher Mustika, membayangkan entah berapa lama gadis itu tersiksa menahan semua penderaan itu.

"Saya berjanji akan bekerja sehabis baik." Mustika gementar saat menyedari Puan Teja ralit memerhati seluruh tubuhnya yang kurus.

"Saya memang mencari pembantu rumah yang muda kerana memerlukan pembantu yang cekap dan tangkas menguruskan saya, di samping membantu beberapa orang pembantu yang lain. Namun saya tidak menyangka, semuda ini umur pemohonnya. Jika awak diambil bekerja, awak kena tinggal di rumah ini. Awak sanggup?" Puan Teja cuba menduga lagi.

"Saya sanggup. Saya tak ada tempat lain untuk berteduh, Puan. Jika Puan sanggup menerima saya, saya sangat bersyukur.." Mustika tersenyum kecil, sangat berharap dirinya diterima bekerja di situ.

Puan Teja kelihatan berfikir seketika, wajah Mustika yang cengkung diperhatinya. Sempat hatinya berbisik, penderitaan apa yang anak ini telah lalui sehingga tubuhnya menjadi kurus kering dan cengkung bagaikan mayat hidup? Padahal wajahnya cantik dan sinar matanya sangat indah, bercahaya walaupun agak redup dan kusam, barangkali kerana kesengsaraan yang ditanggung raga dan sukmanya. Timbul rasa kasihan di hatinya, lebih-lebih lagi gadis muda di hadapannya ini sebaya dengan anak perempuannya yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya tujuh tahun yang lalu. Raisa, jika anaknya itu masih ada, sudah pasti dia sebesar dan seremaja gadis di hadapannya itu sekarang.

"Awak boleh mula kerja hari ini." Puan Teja bersuara perlahan, bibirnya mengukir senyum kecil.

"Hari ini, Puan?" Mustika terkejut.

"Ya, dan di sebelah saya ini ketua pembantu rumah, Mak Seri. Dia akan uruskan perpindahan masuk awak ke sini. Awak boleh balik dulu, kemas apa yang patut dan petang nanti, awak datang semula ke sini bersama dengan barang-barang awak." Puan Teja mengangguk kecil dan dia agak terkejut ketika Mustika duduk melutut di hadapannya sambil menangis teresak-esak. Gadis itu menyalami tangannya, mengucapkan terima kasih dan dia dapat merasakan kehangatan air mata Mustika mengalir di celah jari-jemarinya.

"Terima kasih, Puan Teja.."

Mustika kemudiannya bingkas bangkit, senyuman lebar terukir di bibir gadis itu sebelum meminta diri untuk mengemas barangnua di rumah kawan tempat dirinya menumpang. Puan Teja hanya memerhati langkah kaki gadis itu yang kelihatan teruja.

"Dia seperti Raisa.." terpacul segaris ayat itu dari bibir Puan Teja.

"Puan, tidakkah dia terlalu muda?" Mak Seri kelihatan agak tidak yakin dengan pilihan majikannya itu.

"Tak apa Mak Seri, ajarkan dia sampai dia mahir. Percayalah, kita di rumah ini memerlukan tenaga muda untuk membantu. Kita semua sudah tua, Mak Seri.." Puan Teja tergelak kecil membayangkan pembantu-pembantu dirumahnya yang sering sakit pinggang dan lenguh di seluruh badan.

"Baiklah, Puan. Tapi teruk jugak lebam di badan dia tu. Kena dirawat dulu, nanti takut bernanah.." Mak Seri masih prihatin mengenangkan luka di seluruh badan Mustika.

"Mungkin di rumah ini, dia akan lebih bahagia. Anak muda seperti itu sudah menderita, kasihan kan. Saya harap dia dapat beradaptasi dengan kehidupan di rumah ini."

Puan Teja mengeluh kecil.

Haura Mustika.

Semoga dapat mencipta bahagia di rumah itu, kerana dahulu selepas berpulang Raisa ke pangkuan Tuhan Maha Pencipta, rumah itu hambar. Sunyi bagaikan makam di malam yang sepi.

"Mustika.."

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now