"Anneyong haseyo"
"Kamsahanida"
Mak Diva mengajuk perbualan pelakon Korea di dalam televisyen, tangannya pula melipat baju yang berlonggok di dalam bakul. Di atas sofa, Puan Teja sedang berbaring merehatkan diri dan Mustika sedang memicit-micit kepala majikannya itu. Drama korea masih rancak ditayangkan dan Mak Diva pula semakin galak terpancing emosi melihat adegan-adegan yang menyedihkan.
"Itulah, muka saja lawa tapi otak tak ada. Apa nak dikejarnya lelaki jahat tu, kan dah kena culik." Mak Diva membebel sendirian.
"Apa dibebelkan tu?" Puan Teja yang sedang menikmati pijatan tangan Mustika di kepalanya sempat menyampuk.
"Cerita ni Puan, watak perempuan semua lemah. Sakit hati saya, apa dia ingat perempuan senang dipijak dan dibuli? Cuba dia buli saya, saya lempar dia ke longkang.." Mak Diva mendengus geram.
"Kau ni, tak emosi tak sah." Umi Mariam yang muncul bersama dengan Montel di pangkuannya mencelah.
"Haih, mana pula kau jumpa si Montel? Bukan tadi Mak Seri cari dia ke sebab nak beri mandi.." Mak Diva memerhati si Montel yang comot.
"Dia pergi kejar rama-rama dekat taman di luar. Alah, macam kau tak biasa. Montel ini kalau tidak lepak di dalam rumah, di luarlah dia berkejaran. Sudahlah, aku hendak hantar Montel kepada Mak Seri di belakang sana.." Umi Mariam berlalu pergi dan sesekali, kedengaran Montel mengiau manja.
"Aku ini kadang-kadang keliru, si Montel itu kucing atau budak kecik ya?" Mak Diva mengomel lagi.
"Anggaplah dia budak lagi." Puan Teja tergelak kecil, geli hati mendengar omelan Mak Diva.
"Montel tu bagus, Puan. Dia suka bangunkan saya waktu azan subuh.." Mustika turut bersuara memuji kelakuan si Montel.
"Dengan kamu je dia begitu, dengan aku bukan main sombong. Nak tengok aku pun dia tak nak ya, memilih!" Mak Diva meluah geram.
"Mak Diva, tak lama lagi nak masuk bulan puasa. Mak Diva nanti tak balik kampung ke? Berpuasa sekejap ke dengan keluarga.." Soalan Mustika membuatkan Mak Diva terdiam sebentar.
"Kami jarang balik kampung, Mustika. Kalau balik pun, selalunya ada perkara penting yang diuruskan. Lagi pula, anak-anak kami semua sudah ada keluarga masing-masing. Kami tak nak mengganggu.." Nada suara Mak Diva mengendur, tidak seperti selalu.
"Kami beraya bersama, Mustika. Lebih seronok kalau mereka ada, taklah sunyi saja rumah ni." Puan Teja juga bersuara menerangkan kepada Mustika.
"Kami ini sudah tua, manalah anak nak melayan karenah orang tua. Mereka pun ada suami, ada isteri dan anak-anak. Anak kami semuanya kahwin awal, Mustika. Anak Mariam sahaja yang belajar di luar negara, anak lelakinya belajar medik di India dan anak perempuannya pula mengambil jurusan undang-undang di University of Reading, United Kingdom. Ish, berbelit lidah aku menyebut nama universiti tu."
Mustika hanya mengangguk perlahan, anak-anak Umi Mariam rupa-rupanya pandai belaka. Dan Mustika tidak dapat menafikan Umi Mariam juga punya aura tersendiri, ketika bercakap, ilmunya juga terserlah dari yang lain. Mustika teringat pula ketika mereka berdua berbincang tentang feminisme di dapur tempoh hari.
"Jadi nanti kita semua akan puasa bersama-sama di sinilah ya. Wah, seronoknya!" Suara Mustika kedengaran teruja.
"Memang seronok tapi satu je yang tak seronok. Hmmm" Mak Diva memuncungkan bibirnya.
"Apa dia?" Mustika ingin tahu.
"Nak bangunkan Tuan Raees untuk bersahur. Itu perjuangan yang tiada hentinya.."
Puan Teja ketawa mendengar omelan Mak Diva tentang Raees Arjuna. Benar kata Mak Diva, anak lelakinya itu memang sukar benar hendak bangun bersahur. Raees Arjuna sanggup bangun untuk menunaikan solat subuh tetapi sangat liat bangkit untuk bersahur bersama dengan yang lain. Bahkan dirinya sendiri sejak Raees masih kecil, terpaksa meminta bantuan suaminya untuk membangunkan anaknya itu untuk bersahur bersama.
"Err.." Mustika menahan gelak.
"Cuba kali ini Mustika pula yang bangunkan. Mana tahu dia terus terbangun. Lagi pula hari tu, Tuan Raees ada berikan kamu hadiah kan.." Mak Diva menjungkit keningnya, tersenyum lebar.
"Raees beri hadiah?" Puan Teja bingkas bangkir dari pembaringan, kakinya yang tidak dapat digerakkan dipegang kerana berasa sakit di bahagian lutut.
"Ya, Puan. Dia beri jambangan bunga, coklat dan patung boba merah jambu. Lepas tu, main paksa pulak untuk menerima walaupun Mustika tak nak terima." Mak Diva mencebik bibir saat mengingat gajinya yang hampir dipotong kerana Tuan Raees geram melihat Mustika yang enggan menerima hadiah.
"Jarang Raees nak beri hadiah. Kali terakhir dia beri dulu, kepada Ain Larissa. Itu pun hanya jambangan bunga mawar berwarna putih.." Puan Teja menggumam hairan, wajah Mustika di sebelahnya diperhati mencari jawapan.
"Siap berpantun sekali.." Mak Diva menyambung lagi, tidak menghiraukan wajah Mustika yang sudah merah padam.
"Dua tiga boleh kucari, mana nak sama Mustika seorang. Ewah, pandai Tuan Raees berpantun. Jangan-jangan, Tuan Raees Arjuna menyimpan rasa pada Mustika. Dia nampak prihatin dan sayangkan Mustika, bahkan dengan si model itu dulu dia tak begitu, Puan. Puan kena siasat, Mustika ini ramai peminat. Takut nanti Tuan Raees kecewa lagi, kalau buah hati disambar orang."
Mustika segera melompat ke arah Mak Diva, ditutupnya mulut orang tua berserkup putih itu dengan tangan kanannya. Terkulat-kulat Mak Diva cuba membuka mulut namun tidak berhasil. Umi Mariam yang muncul dari arah bilik belakang terkesima, separuh lucu melihat Mak Diva dan Mustika yang bersilat di ruangan menonton. Puan Teja juga terkejut, sekali lagi tawanya pecah dengan tingkah laku pembantu-pembantu kesayangannya.
"pddffdajsj" entah apa yang dikatakan oleh Mak Diva dalam keadaan mulutnya yang ditutup, masih juga mahu membebel.
"Puan, jangan dengar ya apa Mak Diva cakap. Saya tak rasa Tuan Raees sukakan saya. Mak Diva ada saja nak bergurau tak kena tempat. Hehehe" Mustika hanya tersengih, jelas wajahnya yang merah padam itu kebimbangan.
"Baiklah."
Puan Teja menghabiskan sisa tawa yang berbaki, hanya mampu mengiyakan kata-kata Mustika. Umi Mariam di sisi kanan juga menahan perutnya kerana untuk kali pertama, dia melihat Mustika berani mengerjakan Mak Diva..
YOU ARE READING
KELANA CINTA DI HATI MUSTIKA
RomanceSeorang gadis bernama Mustika yang didera ibu dan ayahnya yang kemaruk dadah. Dia dijual oleh ayahnya hanya untuk mendapatkan wang dan kerana tidak tahan disiksa, dia lari ke bandar. "Mustika.." Di bandar, dia ditakdirkan bekerja sebagai pembantu r...