Bab 66 : Mini Cooper Cabrio Merah Jambu

20 3 0
                                    

Mustika memegang kain hitam yang menutup kedua-dua belah matanya. Di kiri dan kanannya, Umi Mariam dan Mak Diva memimpin tangannya menuju ke perkarangan rumah. Terdengar suara Puan Teja yang memarahi Raees Arjuna yang cuba menyentuh hidung mancung milik Mustika dengan tangkai bunga yang diambil dari dalam pasu. Tuan Mikhail tergelak lucu dan Kak Eja pula teruja memegang gunting di tangannya. Kak Timah fokus memegang kamera, ingin mengabdikan momen indah ini dalam hidup mereka di sebelah Tuan Mikhail, Azman juga berdiri tidak sabar, ingin melihat reaksi Mustika melihat hadiah yang bakal diterima anaknya itu. Perlahan-lahan, Mak Diva membuka ikatan kain di mata Mustika dan sebaik sahaja matanya dibuka, Mustika tergamam.

"Ya Allah.. cantiknya!"

Sebuah kereta Mini Cooper berwarna merah jambu pastel yang masih berbalut reben dan dihiasi belon berwarna-warni di hadapan matanya membuatkan Mustika menjerit kecil, tergamam antara terharu dan gembira. Nomnor plat kereta tersebut jelas tertulis MUSTIKA1905 -gabungan nama Mustika sendiri dan tarikh lahirnya. Mustika melangkah mendekati kereta Mini Cooper itu dan menyentuhnya dengan perlahan-lahan, masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia menoleh ke arah Tuan Mikhail dan Puan Teja, air mata yang mengalir di pipi dikesat dengan lengan baju.

"Hadiah untuk kamu sebab berjaya lulus temuduga ke UAA. Semoga bermanfaat untuk membantu kamu berulang-alik memandu dari rumah ke universiti.." Puan Teja tersenyum kecil, tangan suaminya yang berdiri di sisi digenggam erat.

"Puan, mahal ni.." Mustika serba salah.

"Terimalah, Mustika. Anggaplah itu hadiah dari kami dan ya, direka khas dengan merah jambu hanya untuk kamu. Oh ya sini, gunting.." Tuan Mikhail segera melangkah mendekati Mustika dan mengambil huluran gunting daripada Kak Eja.

"Kak Timah, gambar jangan lupa ambik.."Puan Teja bersuara mengingatkan.

"Jom kita rasmikan kereta Mustika.." Tuan Mikhail menghulurkan gunting kepada Mustika.

Mustika menyambut huluran gunting dan kemudian menggunting reben yang membalut kereta. Belon-belon berterbangan di atas lantai beranda rumah dan di atas rumput ketika reben sudah selesai dibuka.Tuan Mikhail kemudian mengeluarkan segugus kunci dari kocek seluarnya dan mengambil kunci kereta yang dilengkapi gantungan logo merah jambu. Dia menekan salah satu punat pada kunci kereta dan kemudian, atap pada kereta Mini Cooper itu terbuka dengan sendirinya. Mustika menutup mulut, terkejut melihat kecanggihan kereta tersebut.

 Mustika menutup mulut, terkejut melihat kecanggihan kereta tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Atap kereta ini boleh dibuka. Mini Cooper ini namanya Mini Cooper Cabrio, antara hot selling di dunia. Sesuai untuk gadis muda macam kamu, Mustika. Lama-lama nanti, kamu juga terbiasa." Tuan Mikhail menepuk-nepuk lembut kereta merah jambu di hadapannya.

"Terima kasih banyak-banyak. Tuan dan Puan, sangat banyak membantu saya.." Mustika masih serba salah, baginya hadiah ini terlalu mewah untuk dirinya yang hanya seorang pembantu rumah.

"Tenang, Mustika. Dua orang anak saya juga diberikan kereta oleh Puan Teja dan Tuan Mikhail, hadiah kerana berhasil melanjutkan Ijazah Sarjana Muda mereka di luar negara.." Umi Mariam mengelus lembut bahu Mustika sebagai tanda memahami.

"Lepas ini, bolehlah Mustika bawa saya shopping baju dekat Andromeda Mall." Mak Diva yang paling teruja.

"Kan. Boleh juga bawa kita minum Starbucks. Ingin juga nak merasa kopi mahal.." Kak Timah yang sedang memegang kamera turut menyampuk.

"Tak adalah mahal sangat, kak. Mampu milik rasanya. Nanti insyaaAllah saya belanja ya." Mustika tersenyum kecil.

"Amboi Kak Timah, nak starbucks." Puan Teja ketawa kecil.

"Mestilah Puan!" Kak Timah membalas sambil tersengih-sengih.

"Azman, jom ke mari. Kita bergambar semua. Kak Timah, ambil gambar cepat!" Tuan Mikhail memanggil Azman yang masih berdiri di tepi pintu.

Mereka semua berkumpul di hadapan Mini Cooper Cabrio merah jampu kepunyaan Mustika dan Azman yang berdiri di sebelah Mustika, entah mengapa berasa lega melihat senyuman lebar di wajah anaknya. Senyuman bahagia! Kak Timah yang fokus mengambil gambar tidak berhenti menyebut perkataan satu, dua dan tiga.

Satu

dua

tiga!

Klik Klik Klik!

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now