Mustika membuka komputer di bilik bacaan. Dia sudah meminta izin dari Puan Teja untuk menggunakan komputer itu. Dia menaip carian pada aplikasi Google, berkenaan dengan nahas kapal terbang keluarga Datuk Kamil. Mustika ingin mencari tahu tentang kejadian itu, entah mengapa sejak mendengar apa yang dikatakan oleh Tina semalam, dia merasakan dia langsung tidak mengenali Azman padahal
lelaki itu adalah ayahnya sendiri. Terlalu banyak perkara yang Mustika tidak ketahui. Selesai mengetik carian, semua hasil carian terpapar pada permukaan skrin.NAHAS KAPAL TERBANG UKRAINE
DATUK KAMIL SEKELUARGA MAUT
MENUNGGU JENAZAH TIBA
TEMBAKAN PENGGANAS PUNCA UTAMA
Mustika membaca semua artikel yang keluar pada hasil carian. Gambar keluarga yang terkorban juga dipaparkan dan jelas di situ, dia melihat sesosok ayahnya yang masih muda dan tampan, jauh beza dengan ayahnya yang kusut masai sekarang. Mustika mengeluh, berapa banyak rahsia tentang ayahnya yang dia belum ketahui? Dia melihat nama penuh ayahnya di hasil carian itu, Muhammad Azman Bin Kamil. Dia kemudiannya mencari maklumat berkenaan dengan ayahnya namun tidak banyak hasil yang keluar. Hanya keluar berkenaan dengan pewaris Mutiara Group yang menghilangkan diri dan tidak dapat dijejaki.
"Jadi benar, ayah adalah pewaris?" Mustika terkesima seketika.
Dia mengetik lagi carian pada aplikasi itu. Nama Tina ditaip ; Kartina model ternama. Banyak hasil carian yang keluar dan salah satu gambar yang terpapar menarik perhatiannya. Gambar Tina dengan Tuan Yusuf yang mengikat tali pertunangan. Dahinya berkerut, Tina dan Tuan Yusuf pernah bertunang? Salah satu artikel memaparkan hasil wawancara wartawan dengan Tina 25 tahun yang lalu. Mustika membaca artikel tersebut dengan teliti. Dia sempat mengeluh curiga apabila membaca nama ayahnya disebutkan sebagai insan istimewa oleh Tina. Gambar ayahnya yang masih muda memeluk pinggang Tina yang langsing diperhatinya dengan pandangan penuh tanda tanya.
"Jauh beza betul ayah dulu .." Mustika menggumam tidak percaya.
"Buat apa?"
Soalan dari Raees Arjuna yang muncul tiba-tiba mengejutkan Mustika. Raees segera tunduk membaca artikel yang dibuka oleh Mustika.
"Awak baca tentang ayah awak sendiri? Menarik bukan, orang yang kita kenal tetapi sebenarnya kita tidak kenal langsung. Macam ayah awak.." Raees melabuhkan punggung di atas kerusi kayu, tepat di sebelah Mustika yang sedang fokus.
"Mana awak tahu.." Mustika masih ligat membaca hasil carian yang ada.
"Ibu beritahu. Ayah pun terkejut, saya pun lagilah terkejut. Siapa sangka syarikat saingan Teja Group adalah sebenarnya milik ayah awak. Saya pun tak tahan dengan Datuk Kamal, angkuh sangat. Dulu ada ura-ura mengatakan dia yang bunuh pewaris tunggal Datuk Kamil, sebab dia nak rebut semua harta tu. Tapi nampaknya, khabar angin itu tidak benar. Saya rasa kita dah jumpa pewaris yang layak.." Raees Arjuna ketawa kecil membayangkan wajah angkuh Datuk Kamal.
"Saya tak rasa ayah saya nak jadi pewaris. Kalau dia nak, kenapa dia lari? Yang saya lebih pelik, nenek dan datuk saya merangkap orang tua kepada ayah saya di kampung itu siapa sebenarnya? Entah kenapa semua ini buat saya jadi pening.." Mustika menyandarkan tubuhnya pada kerusi, memicit kepalanya yang sudah mulai berdenyut perlahan.
"Kenapa awak tak tanya pada ayah awak? Lagi senang.." Raees memberikan cadangan.
"Saya takut nak bercakap dengan dia." Mustika berterus-terang.
"InsyaaAllah dia okay. Dah dua minggu kan dia di sini, saya rasa dia tak mendatangkan apa-apa masalah. Kadang-kadang, kita kena rendahkan ego untuk memecahkan masalah yang ada.." Raees Arjuna tersenyum kecil.
"Egokah aku?" Gumam Mustika di dalam hati.
"Mungkin bila awak tanya sendiri dengan ayah awak, hubungan awak dengan dia akan jadi lebih baik. Siapa tahu masa lalu dia membuatkan dia menjadi panas baran dan ketagihan dadah? Awak kena faham Mustika, setiap orang mempunyai cerita yang tidak mahu diceritakan kepada sesiapa. Mungkin ayah awak pun begitu, cuba awak korek cerita sampai dapat.."
Mustika hanya menganggukkan kepala mendengar apa yang dikatakan oleh Raees Arjuna.
Benar.
Dia akan cuba!
YOU ARE READING
KELANA CINTA DI HATI MUSTIKA
RomansaSeorang gadis bernama Mustika yang didera ibu dan ayahnya yang kemaruk dadah. Dia dijual oleh ayahnya hanya untuk mendapatkan wang dan kerana tidak tahan disiksa, dia lari ke bandar. "Mustika.." Di bandar, dia ditakdirkan bekerja sebagai pembantu r...