Raees Arjuna memerhati Mustika yang baru sahaja selesai ujian memandu bersama dengan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan atau lebih dikenali sebagai JPJ. Gadis itu tersenyum lebar sambil memegang kertas di tangannya. Sebaik sahaja sampai di hadapan Raees, Mustika menayangkan kertas ujian litar dan ujian memandu di luar litar dengan sengihan puas. Perkataan LULUS ditulis dengan huruf besar oleh pegawai JPJ yang mentaksir Mustika.
"Congratulations!" Raees bertepuk tangan.
"Berdebar sungguh! Nasib baiklah semuanya berjalan lancar. Area bulatan sana, saya panik tau. Nasib baik saya dapat kawal diri.." Mustika memegang dadanya yang masih berdebar.
"So lepas ini bolehlah drive? Bawa Umi Mariam beli barang guna kereta sendiri.." Raees cuba menduga.
"Saya belum ada kereta. Tunggulah saya kumpul deposit dulu untuk wang pendahuluan, baru boleh apply pinjaman untuk beli kereta.." Mustika menyimpan kertas bertulis LULUS di dalam beg, kertas itu dilipatnya dua.
"Lambat cerita! Ayah dah tempah kereta pun untuk awak. Katanya, nak bagi awak senang memandu sendiri berulang-alik dari rumah ke kampus. Sayang betul ibu dan ayah pada awak ya. Cemburu saya.." Raees tersenyum kecil, menahan tangannya daripada mencubit pipi Mustika yang putih gebu.
"Ya Allah. Entah macam mana saya nak balas budi baik Tuan Mikhail dan Puan Teja. Baik sangat!" Mustika kelihatan serba salah.
"Orang dah beri terima sajalah. Jangan sibuk nak menolak pula, ibu tak suka kalau orang menolak pemberian dia. Lagi pula, awak kan bakal menantunya.. hehe" Raees Arjuna menjungkit kening, melayangkan senyuman nakal kepada Mustika.
"Ish, tak kuasa nak melayan.." Mustika memutar bebola matanya ke atas, geram melihat telatah Raees Arjuna.
"Sengaja nak jual mahal la tu" Raees menjeling penuh makna.
"Malas nak layan. Perut saya ni lapar.." Mustika segera melangkah menuju ke Tesla merah kesayangan Raees.
"Nak makan di mana?"
Raees membuka pintu kereta untuk Mustika sebelum melangkah menuju ke tempat duduk pemandu. Laju Tesla merah itu menderu memotong beberapa buah kereta yang dipandu agak lambat dan sesekali, kedengaran bunyi perut Mustika berkeroncong manja. Raees tergelak kecil mendengar bunyi tersebut dan Mustika mengeluh malu. Wajahnya yang putih bertukar kemerah-merahan.
"Lapar.." Mustika memegang perut.
"Dari tadi kan saya tanya nak makan di mana? Tak jawab, itulah jual mahal sangat. Siapa suruh merajuk?" Raees ketawa lagi.
"Awak ni macam nenek-nenek tau tak? Membebel memanjang. Singgahlah mana-mana gerai tepi jalan sekarang, beli air dan kuih ke, lapar sangat dah ni.." Mustika memuncungkan bibirnya geram.
"Melawan sungguh!" Raees tersenyum lucu.
Raees memperlahankan kereta ketika melihat beberapa buah gerai di tepi jalan. Kereta Tesla merah diparkir di bahagian tepi masjid yang berada berdekatan. Laju sahaja Mustika membuka pintu dan keluar melangkah menuju ke gerai. Raees yang ketawa kecil melihat gelagat Mustika hanya mengikut jejak gadis itu dari belakang, sambil mengenakan kaca mata hitam yang menghalang sinar mentari mengenai matanya.
"Mak cik, nak air milo satu" ujar Mustika tidak sabar.
"Dua, mak cik.." Raees pantas menambah.
"Baik, nak." Mak cik yang menjual makanan di tepi jalan itu hanya tersenyum manis, sambil tangannya ligat mencedok air di dalam balang.
"Nak cucur udang lima ringgit, kuih donut dua ringgit dan cucur ubi tiga ringgit ya mak cik.." Mustika fokus memandang kuih-muih yang disusun rapi di dalam dulang. Seperti biasa, dia tidak jemu menjamah cucur udang kegemarannya.
"Amboi, selera.." Raees menggeleng-gelengkan kepala melihat Mustika yang begitu berselera.
Mak cik yang bertudung biru hanya tersenyum mendengar omelan Raees. Cucur dan donut segera diletakkan di dalam plastik kemudian diserahkan kepada Mustika. Sempat dia memandang wajah Mustika yang menjeling Raees dengan jelingan tajam.
"Semua RM 15.." ujar mak cik itu lembut.
"Nah, mak cik. Baki mak cik simpan ya."
Belum sempat Mustika menyelongkar beg sandang coklatnya, Raees terlebih dahulu menyerahkan not bernilai RM 50 kepada mak cik tersebut. Mak cik itu mengucapkan terima kasih, suaranya sebak.
"Semoga dimurahkan rezeki dan semoga kamu berdua dikurniakan rezeki anak yang soleh dan solehah, panjang umur dan perkahwinan kekal sehingga ke akhir hayat.."
"Aamiin ya rabbal alamin." Pantas Raees Arjuna mengaminkan doa tersebut sedangkan Mustika hanya tergamam dan merenung wajah Raees dengan renungan aneh. Kedua-duanya segera melangkah menuju ke kereta namun Mustika yang melihat ada kerusi di sebuah taman yang berdekatan menghentikan langkahnya.
"Saya nak duduk di sana" ujarnya perlahan.
"Jom!" Raees akur dengan permintaan Mustika.
Mustika melabuhkan punggung di atas kerusi kayu dan Raees pula duduk di kerusi yang berhadapan dengannya. Di tengah-tengah kerusi yang saling berhadapan itu, ada sebuah meja batu yang kukuh dan bersih. Mustika meletakkan makanan dan minuman yang dibeli di atas meja tersebut, cucur udang diambil dari dalam plastik dan setelah membaca lafaz Bismillah, dimasukkan ke dalam mulut. Raees meneguk air milonya, matanya memerhati beberapa orang anak kecil berusia dalam lingkungan lima hingga tujuh tahun sedang bermain bola di taman tersebut.
"Seronok kan jadi anak kecil.." Raees tersenyum saat anak-anak kecil itu saling mengejar antara satu sama lain.
"Masa kecil saya yang paling indah adalah bersama nenek. Saya suka ikut nenek mengail baung dan sembilang. Seronok." Mustika meneguk air milo di hadapannya, terasa lega tekaknya yang haus.
"Nanti kalau ada kesempatan, bawalah saya balik ke kampung awak. Mana tahu mak awak berkenan nak jadikan saya menantu.." Raees tersengih, menampakkan giginya yang putih dan tersusun rapi.
"Tuan ni ada-ada saja.." Mustika tergelak lucu, entah mengapa dia mula selesa meluangkan waktu bersama Raees Arjuna.
"Oh ya, pagi tadi awak nak minta tolong untuk tulis artikel berita pasal waris yang hilang kan? Saya sudah hubungi Tuah Media, salah satu syarikat media datuk saya. Mereka kata mereka akan terbitkan berita ini sebab kisahnya menarik. Awak nak tahu tak datuk saya terkejut bila saya cerita tentang ayah awak?" Nada suara Raees kali ini serius.
"Kenapa?" Mustika menyoal sepatah.
"Lucu bagaimana dunia ini berputar, Mustika. Datuk Kamil itu dulu pernah bantu bisnes Tuah Holdings. Mereka sahabat baik sampailah nahas kapal terbang itu berlaku, semuanya hilang. Kerjasama antara Tuah Holdings dan Mutiara Group dibatalkan oleh Datuk Kamal, adik Datuk Kamil sendiri. Awak tahu apa yang lebih menarik? Kes siasatan nahas kapal terbang itu ditutup begitu sahaja, tak ada kesudahan. Lenyap bagaikan debu yang berterbangan. Padahal kes itu besar, ratusan nyawa terkorban. Ditambah pula waris satu-satunya hilang, maka harta yang banyak itu semuanya jatuh ke tangan adik Datuk Kamil.." Raees fokus menjelaskan satu-persatu.
"Jadi bila artikel itu akan diterbitkan?" Mustika tidak sabar, entah mengapa semangatnya untuk membongkar kebenaran berkobar-kobar.
"Siaran langsung.." Raees membalas ringkas.
"Maksudnya?" Mustika masih tidak faham.
"Atuk saya nak buat siaran langsung untuk membincangkan kembali kes nahas kapal terbang itu. Sebab banyak yang pelik tentang kemalangan itu, Mustika. Juruterbang dan dua orang pramugari boleh hidup, kenapa yang lain semuanya terkorban? Anehnya, mereka yang terselamat hilang tanpa berita setelah kembali ke negara ini. Pelik bukan? Jadi atuk saya nak buat slot khas dengan media syarikat Tuah, disiarkan live di semua saluran media. Sudah tentu melibatkan ayah awak.." Raees kelihatan teruja.
"Menarik idea ni" Mustika mengangguk kecil.
"Cuma saya tak pasti ayah awak setuju atau tak? Bukan senang untuk ayah awak sebenarnya, sebab melibatkan kes kematian keluarga dia." Raees mengeluh berat, cuba memahami situasi.
"Saya akan pastikan dia bersetuju!" Mustika pantas membalas.
"Yakinnya.." Raees tergelak kecil.
"Dia tak ada pilihan.." Mustika mengetap bibir.
YOU ARE READING
KELANA CINTA DI HATI MUSTIKA
RomanceSeorang gadis bernama Mustika yang didera ibu dan ayahnya yang kemaruk dadah. Dia dijual oleh ayahnya hanya untuk mendapatkan wang dan kerana tidak tahan disiksa, dia lari ke bandar. "Mustika.." Di bandar, dia ditakdirkan bekerja sebagai pembantu r...