Sebaik sahaja keluar dari ruang studio, Azman terkejut diserbu oleh wartawan yang entah dari mana. Kakinya terasa lemas dan dadanya sesak melihat kilauan kamera dan mikrofon yang dihalakan kepadanya. Mustika dan Raees Arjuna pantas mendekati Azman. Beberapa orang pengawal keselamatan juga menghalang wartawan yang sangat ramai daripada terus mendekati Azman. Mustika memeluk lengan ayahnya, menyalurkan kekuatan agar ayahnya itu terus gagah melangkahkan kaki. Salah seorang wartawan yang menggunakan tudung berwarna hitam sempat mengerutkan dahi melihat Mustika memeluk Azman sebelum wartawan itu mengutarakan soalan dengan suara yang sangat kuat.
"Apa hubungan Encik Azman dengan Haura Mustika? Mengapa Mustika memeluk Encik Azman.." mikforon dihalakan ke wajah Azman.
"Oh, Mustika adalah anak tunggal saya!" Azman menjawab perlahan namun tegas.
"Anak tunggal? Maksudnya Cik Mustika adalah pewaris tunggal Mutiara Group. Apa pandangan Encik Azman tentang keadaan Mutiara Group sekarang? Dengan keadaan syarikat yang hampir muflis kerana anak Datuk Kamal sendiri.." wartawan itu menyoal lagi.
"Saya tidak ada komen tentang itu.." Azman menghela nafas yang panjang.
"Cik Mustika, adakah keluarga Cik Mustika akan menuntut hak yang dirampas? Seperti yang kita tahu, Mutiara Group sepatutnya menjadi hak Cik Mustika dan Encik Azman.." Salah seorang wartawan lain yang berambut hitam pekat menyoal lantang.
"Oh, bergantung kepada keadaan tetapi bagi saya, Mutiara Group berhutang penjelasan kepada kami. Mengapa ayah saya diperlakukan seperti orang buangan sedangkan dia adalah satu-satunya waris yang berhak? Mengapa keretanya dirampas dan akaun bank disekat? Dan mengapa Datuk Kamal tidak bersuara membela nasib anak saudaranya yang yatim piatu tetapi berani pula mengambil alih harta yang sepatutnya menjadi hak ayah saya? Sebelum ini, saya tidak tahu tentang perkara ini kerana ayah saya merahsiakannya. Sekarang, saya sudah tahu dan sangat banyak soalan yang bermain dalam fikiran saya.." Mustika bersuara menjelaskan satu-persatu.
"Tuan Raees Arjuna, apakah ada kemungkinan Teja Group dan Tuah Holdings akan membantu syarikat Mutiara sekiranya Azman mengambil haknya semula?" Kali ini, soalan wartawan ditujukan kepada Raees.
"Untuk Mustika, saya akan turun tangan untuk membantu.." Raees Arjuna tersenyum kecil, mengerling ke arah Mustika di sebelah Azman.
"Sempat!" Hati Mustika berbisik geram.
"Patutlah Cik Mustika bukan sahaja cantik dan bijak, keturunan Datuk Kamil rupa-rupanya. Auranya pun dah buat yang memandang merasa kagum!" Wartawan yang bertudung putih bersuara memuji.
"Memang sepadan dengan Raees Arjuna. Saya rasa kalau Cik Mustika membantu Encik Azman menerajui syarikat Mutiara, pasti keadaan kewangan syarikat dapat dipulihkan semula. Hanya orang yang bijak layak memimpin, seperti mana Datuk Kamil dahulu yang sangat rendah hati dan dermawan.." Wartawan yang berbaju petak pula mencelah.
"Saya hanya anak muda yang masih belajar. Terima kasih untuk harapan itu.."Mustika merendah diri.
Mustika mengeluh kecil.
Hatinya berdebar.
Entah apa lagi yang akan menjengah dalam lembaran hidupnya selepas ini. Dan di saat yang bersamaan, di dalam salah sebuah rumah agam bersebelahan dengan rumah Tan Sri Tuah, tiga pasang mata sedang duduk menonton siaran langsung wawancara oleh wartawan di televisyen. Usman, Tina dan Amanda diam tidak berkutik. Usman entah mengapa hanya tergamam dan merasakan dirinya terpedaya saat memandang raut wajah Azman yang sedang dipeluk oleh Mustika di layar kaca. Rupa-rupanya Mustika adalah anak Azman dan entah bagaimana pula Azman itu adalah pewaris kekayaan Mutiara Group yang sudah lama menghilang. Dia sempat melirik wajah isterinya yang terkesima di sebelah, jelas mata Tina kelihatan sayu, sebuah pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Usman menyumpah seranah dirinya sendiri di dalam hati kerana tidak mampu mengenal Azman, bekas kekasih isterinya sendiri suatu ketika dahulu.
"Mommy, aneh kan bagaimana takdir membolak-balikkan hidup kita. Dulu Mustika adalah orang gaji dan sekarang dia adalah waris tunggal Mutiara Group.." Amanda menelan air liurnya sendiri.
"Mommy.." Tina kehilangan kata-kata.
"Syarikat itu hampir muflis. Mana mungkin mampu berdiri semula?" Usman menempelak geram.
"Kalau atuk yang bantu? Tak pun, Raees yang akan bantu. Mustika kan buah hati dia.." nada suara Amanda jelas sayu dan cemburu dalam masa yang sama.
Usman hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala, rahsianya juga ada di tangan Azman. Kalau lelaki itu membongkar rahsianya, habislah dia. Usman mengeluh berat, matanya kembali fokus ke layar kaca.
"Azman.." hatinya hanya mampu berbisik.
YOU ARE READING
KELANA CINTA DI HATI MUSTIKA
RomanceSeorang gadis bernama Mustika yang didera ibu dan ayahnya yang kemaruk dadah. Dia dijual oleh ayahnya hanya untuk mendapatkan wang dan kerana tidak tahan disiksa, dia lari ke bandar. "Mustika.." Di bandar, dia ditakdirkan bekerja sebagai pembantu r...