Bab 67 : Universiti Antarabangsa Asia

79 4 0
                                    

Mini Cooper merah jambu diparkir di tempat letak kereta. Dia menggapai beg tangan Charles and Keith berwarna putih yang elegan, hadiah dari Mak Diva dan Kak Eja diletak rapi di atas kerusi sebelah pemandu. Tudung bawal jenama Fazura, hadiah dari ayahnya sendiri dibetulkan seketika menggunakan cermin di dalam kereta. Dia kemudiannya membuka pintu kereta dan melangkah keluar dengan penuh yakin. Kasut tumit tinggi berwarna coklat krim, yang juga jenama Charles and Keith disarung di kaki dan sepasang kasut itu pula adalah hadiah dari Umi Mariam serta Kak Timah. Tempoh hari, ketika Mustika membawa mereka berempat ke Andromeda Mall, keempat-empat emaknya itu membawa dia membeli beg tangan dan kasut tumit tinggi itu di Butik Charles and Keith, salah satu jenama yang terkenal di media sosial dan menjadi pilihan ramai wanita di luar sana. Penampilan Mustika mengenakan kemeja coklat pastel yang polos serta seluar coklat gelap menampilkan aura kesederhanaan namun entah mengapa kehadirannya di ruang lobi auditorium Universiti Antarabangsa Asia menarik perhatian ramai orang. Gadis itu terus melangkah ke meja pendaftaran dan menyerahkan beberapa dokumen yang sudah disiapkan seperti yang disenaraikan oleh pihak universiti di dalam portal rasmi UAA. Ketika sedang mengambil kad pelajar dan menulis namanya di dalam borang pendaftaran, bahu Mustika disapa oleh seseorang.

"Hai Mustika.."

Seorang gadis muda comel berpakaian serba merah jambu menegurnya mesra. Gadis itu bertubuh agak gempal, berkaca mata segi empat, mengenakan beg sandang berwarna krim dan beberapa gantungan hiasan Barbie bergantungan di beg sandang gadis itu. Mustika mengukirkan senyum, menghulurkan tangan untuk bersalam dengan si gadis comel.

"Hai, saya Mustika.." ujar Mustika lembut.

"Saya tahu. Orang di sini dah bercakap pasal awak, satu-satunya calon yang berhasil lulus temuduga dengan markah penuh. Oh ya, saya Aisyah. Siti Aisyah.." Aisyah menyambut huluran tangan setelah agak lama membiarkan tangan Mustika tidak bersambut, kerana dia terpegun melihat kecantikan Mustika yang lain dari yang lain.

"So Aisyah? Kita kawan?" Mustika tersenyum menampakkan giginya yang rapi.

"KAWAN? DENGAN SAYA?" Aisyah kelihatan teruja, seketika gadis itu melompat-lompat gembira.

"Relaks.." Mustika tergelak kecil.

"NAK! Saya nak kawan dengan awak. Tak pernah ya orang menawarkan diri nak berkawan dengan saya. Selalu saya menjadi pilihan terakhir.." Aisyah segera memeluk lengan Mustika.

"Comel.." Mustika masih ketawa.

Mereka berdua kemudiannya masuk ke dalam Auditorium Anggerik setelah mendaftar di lobi auditorium. Beberapa orang kelihatan menghalakan kamera telefon mereka ke arah Mustika dan tidak kurang juga para wartawan yang sejak tadi mengekori jejak gadis itu dengan kamera masing-masing padahal mereka diundang ke acara pendaftaran itu adalah untuk membuat liputan tentang kemasukan pelajar baharu ke UAA. Sebaik sahaja masuk ke dalam auditorium, Mustika dan Aisyah duduk di bahagian paling hadapan memandangkan hanya di situ ada kerusi kosong yang berbaki. Beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi yang duduk di baris belakang berbisik sesama sendiri sambil ada yang memandang ke arah Mustika.

"Mustika, awak tahu tak sekarang awak jadi pusat perhatian? Everyone know you.." Aisyah separuh berbisik di telinga Mustika.

"Biarkan, Aisyah. Sudah terbiasa.." Mustika tersenyum kecil.

"Mesti best kan, jadi orang cantik dan bijak. Dapat bakal suami kacak, bakal pewaris orang kaya pulak. Seronoknya jadi awak.." Aisyah memandang wajah Mustika yang putih kemerah-merahan.

Mustika hanya membalas dengan senyuman kecil. Andainya Aisyah tahu tidak semudah itu untuk menjadi dirinya, sudah pasti gadis itu tidak ingin menjadi seperti seorang Haura Mustika yang pernah mempunyai masa silam yang kelam. Keadaan menjadi bingit seketika apabila sekumpulan mahasiswi yang agak seksi muncul di dalam auditorium. Kumpulan itu terdiri daripada lima orang gadis muda dan yang paling menonjol ialah gadis berpakaian serba ungu, dengan beg tangan Louis Vutton ungu dan set persalinan baju jenama Channel yang juga berwarna ungu, dengan bertatahkan beberapa mutiara yang berkilauan. Kumpulan gadis itu membuatkan beberapa orang pemuda di dalam auditorium bersiul nakal dan mengusik manja.

"Itu TheLadies.." Aisyah kelihatan pucat seketika.

"Apa?" Mustika mengerutkan dahi.

"Kumpulan TheLadies, geng instafamous dan tiktokfamous di UAA. Boleh katakan mereka adalah golongan penguasa di UAA, suka membuli orang-orang biasa yang masuk dengan biasiswa dan orang berkasta rendah dari mereka. Awak tak kenal ke mereka? Sebelum saya masuk ke sini dan mendaftar ke asrama UAA semalam, berbulan-bulan saya mencari informasi tentang universiti ini. Mereka itu bahaya, dan yang paling depan itu ketuanya, Karina Karmila." Aisyah menjuihkan bibir ke sosok gadis serba ungu.

"Karina?" soal Mustika ingin tahu.

"Dia anak Datuk Kamal, pewaris Mutiara Group. Rasanya awak dan dia adalah waris syarikat yang sama. Dia berada di tahun akhir di UAA. Awak kena berhati-hati dengan dia.." Aisyah jelas kelihatan takut-takut.

"Tak ada apa yang perlu ditakutkan. Bertenang, Aisyah.." Mustika mengelus bahu rakannya itu dengan lembut.

Ketika itu, kumpulan TheLadies melangkah mendekati tempat duduk Mustika dan Aisyah. Karina Karmila yang paling menyerlah dalam kumpulan itu, memandang Mustika dengan pandangan tidak puas hati, dari atas sehingga ke bawah. Mustika hanya fokus ke hadapan, berpura-pura tidak peduli dengan lima gadis muda yang cuba berdiri menghadang pandangannya. Karina memetik jari di hadapan Mustika, namun Mustika masih malas hendak peduli.

"Haura Mustika, selamat datang ke UAA. Di sini, peraturan pertama, jangan sombong dengan senior.." Karina menundukkan kepala, berbisik di telinga Mustika.

"Terima kasih, kakak senior.." Mustika melemparkan senyuman lebar kepada Karina.

"Karina. Panggil I karina.." Karina menayangkan beg tangannya di hadapan Mustika.

"Ya Karina.." Mustika mengangguk perlahan.

"Baguslah kalau you tahu nak hormat orang, jangan jadi seperti badak sebelah you. Sudahlah masuk guna biasiswa, nak hormat orang pun tak tahu." Mata Karina melirik ke arah Aisyah yang sudah berpeluh menahan rasa takut.

"Kenapa? Nak dia sembah dan cium kaki awak semua ke? Tapi awak semua bukan Tuhan dan cara hormat orang pun tak semestinya nak kena sembah kan. Saya rasa awak semua yang perlu khatam semula bab adab sopan ni. Sesuka hati je gelarkan orang badak. Habis tu, yang awak semua kurus kering ni apa? Lidi? Tiang lampu? Mee hoon sup?.." Mustika bersuara lantang, membela Aisyah yang sudah menangis teresak-esak di sebelahnya.

"Hei Mustika, kau jangan ingat sebab engkau kekasih Raees Arjuna, aku boleh berlembut. Kau tu hanya angin lalu, sekali aku jentik, kau lenyap." Karina bersuara menengking Mustika dan Mustika tidak hanya mendiamkan diri, gadis itu bingkas bangkit berdiri.

"Engkau dan keluarga engkau yang rampas Mutiara Group dari keluarga ayah aku. Jangan ingat orang tak tahu syarikat ayah engkau dah nak muflis. Aku akan masuk ke dalam syarikat dan rampas semula hak ayah aku. Mutiara Group itu hanya menanti masa untuk musnah, kalau bukan kerana ayah engkau merayu minta bantuan Tan Sri Tuah. But look at you, masih di sini ya mak cik? Berlagak dan menghina orang padahal diri engkau tu lebih teruk sebenarnya." Mustika yang menahan amarah tidak sedar suaranya terakam dalam mikrofon yang sudah dihidupkan di hadapan.

"Eh, bukan you kata ayah you guna duit simpanan keluarga ke?" salah seorang dalam kumpulan TheLadies menyoal Karina hairan.

"No..I ada alasan.." Karina gugup.

"Duit simpanan keluarga? Awak semua dah kena tipu ni. Datuk Kamal sendiri yang merayu minta bantuan Tan Sri Tuah untuk menyelamatkan Mutiara Group. Tan Sri Tuah bersetuju dengan syarat ayah saya kembali semula mengurus syarikat dan saya juga masuk bertugas di sana ketika waktu terluang. Kedudukan kita sama sekarang, Karina walaupun yalah, awak tu pangkat mak cik saya.." Mustika tergelak kecil.

"Shut up!" Karina semakin cemas.

"Karina, jelaskan semua.." ahli-ahli dalam kumpulan TheLadies mendesak Karina memberikan penjelasan.

"Mak cik, sekarang mak cik jangan kacau saya dengan kawan saya yang comel ni. Saya nak fokus kepada program orientasi. Jangan sampai saya minta Tan Sri Tuah tarik semula derma kepada syarikat ayah awak.." Mustika lantas duduk semula, tidak mempedulikan wajah Karina yang merah padam kerana menahan malu.

Karina mendengus kasar sebelum melangkah keluar dari auditorium dan kemudian, terdengar tepukan gemuruh dari seisi dewan dan gumaman pujian dari serata arah.

"Bravo, Mustika!"

"Go girls!"

"Hidup Mustika!"

"Wah, hebat Mustika." Aisyah bersuara kagum, spontan tangannya menunjukkan isyarat tangan bagus.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 29, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now