Bab 55 : Kebenaran yang ditutup rapi

25 4 1
                                    

Tina melabuhkan punggung di birai katil. Pertemuan dengan Azman membuatkan hatinya yang telah lama mati kembali berdebar dan debaran itu seakan-akan membawanya kembali ke kenangan manis zaman silam. Dia kemudiannya mendekati peti kecil di atas almari dan membuka peti tersebut menggunakan kunci di dalam dompetnya. Peti dibuka dan sebuah buku diari dikeluarkan. Buku diari yang lusuh itu dielusnya lembut dan dibawa menuju ke atas katil. Halaman demi halaman buku diari berwarna coklat itu diselak, memaparkan momen-momen indah di saat usianya masih muda dan di sebelahnya di dalam gambar-gambar yang sudah berusia puluhan tahun itu, Azman tersenyum lebar. Tina merenung gambar-gambar tersebut dengan mutiara jernih yang mengalir laju di pipinya.

"Kenapa sekarang baru engkau muncul? Kenapa engkau tak muncul 24 tahun yang lalu.." Tina mengesat air mata di pipinya yang mulus.

"Mommy.." Amanda yang berdiri di pintu bilik ibunya bersuara perlahan.

"Amanda, just leave me alone? Boleh? Mommy perlukan masa bersendirian.." Tina bersuara sambil tersedu-sedan.

"Okay. Take care Mommy!"

Amanda berpaling, menutup pintu bilik ibunya perlahan-lahan. Sejak pertemuan dengan lelaki bernama Azman di rumah ibu saudaranya, ibunya hanya mendiamkan diri dan kali ini, dia ternampak ibunya menangis teresak-esak di dalam bilik. Apa sebenarnya kaitan lelaki itu dengan kisah silam ibunya? Dan Tina di dalam bilik, masih mengenang kekecewaan zaman silam yang sentiasa disesalinya.

"Kalau engkau muncul, aku tak perlu berkahwin dengan Usman. Kau tak dapat membayangkan betapa siksanya berkahwin dengan lelaki yang tak pernah wujud di hati.." Tina memeluk gambar dirinya dan Azman.

Kenangan zaman silam menjengah kembali ke mindanya. Di saat Azman meluangkan waktu dengannya, bahkan rela membelikannya yang masih hidup sebagai seorang pekerja di kedai makan sebuah kereta yang dibayar tunai. Azman juga yang memperkenalkan Tina yang masih polos kepada produser filem bahkan penaja-penaja syarikat iklan yang mencari model yang sesuai. Azman banyak berjasa dalam hidupnya dan lelaki itu juga adalah destinasi pertama di mana sauh cintanya berlabuh. Azman juga menyuarakan hasrat untuk menikahinya tetapi lelaki itu menghilang tiba-tiba setelah nahas yang mengorbakan seluruh keluarganya. Dia tidak sempat hendak memberitahu Azman bahawa ada nyawa yang sudah hidup dalam rahimnya. Namanya sedang terkenal dan jika diketahui oleh media, kerjayanya boleh ranap dalam sekelip mata. Dia buntu dan ketika itu Tuan Yusuf, pewaris kekayaan Tan Sri Tuah menyuarakan cinta kepadanya, itu sahaja jalan penyelesaian yang ada! Tali pertunangan diikat namun putus di tengah jalan kerana Tuan Usman yang bertindak serong. Usman memerangkap dirinya kononnya sedang menjalin hubungan bersama, maka terpaksa dia menerima lamaran Usman yang kini sudah sah menjadi suami. Sampai sekarang tiada seorang pun yang tahu kebenaran yang ditutup rapi.

"Amanda.."

Kalaulah Amanda tahu bahawa sebenarnya Azman itu adalah ayah kandungnya, apa agaknya yang akan terjadi? Dan hakikat bahawa Mustika dan Amanda adalah adik beradik, membuatkan bulu roma Tina berdiri tegak. Entah bagaimana ketentuan Tuhan? Sekarang dia tahu mengapa wajah Mustika dan Amanda hampir sama dan terjawab sudah persoalan tentang aura Mustika yang luar biasa, gadis itu sedarah dengan anaknya.

Aura Azman yang mempesona..

ada pada Mustika!

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now