Bab 48 : Serba salah

30 3 1
                                    

Azman membuka  mengeluarkan kunci dari kocek seluarnya, memasukkan kunci ke tombol pintu rumah sewanya. Pintu dibuka dan ditutup semula. Dia melangkah menuju ke peti sejuk, membuka pintu peti sejuk dan minim sebotol air mineral. Rumah sewanya yang bersaiz sederhana itu dihuni olehnya seorang sahaja, enggan berkongsi dengan orang lain. Adakalanya, dia membawa anak-anak buahnya ke rumah itu untuk membincangkan strategi tugasan yang diambil dari orang-orang kaya yang serakah. Dia menuju ke sofa, melabuhkan punggung di atas sofa hitam yang memang disediakan oleh pemilik rumah itu, memejamkan matanya buat seketika. Kejadian sebentar tadi di Andromeda Mall terbayang di ruang matanya.

"Ayah seperti apa aku ini, kalau anak sendiri takut denganku? Mungkin lebih baik aku tidak menjadi ayah.."Azman menggumam sayu.

Dia tidak dapat menyalahkan Mustika jika anaknya itu trauma melihatnya. Apabila difikirkan semula, dipukul dan disiksa sejak kecil bukanlah suatu perkara yang indah untuk dikenang. Jauh lebih menyedihkan, hanya itulah kenangan yang antara dia dan Mustika. Munah pula bagaimana? Munah sudah diceraikan sebaik sahaja dia keluar dari kampung kerana takutkan Tuan Iskandar. Entah apa berita Munah, mungkin sudah berkahwin lagi untuk menyambung kehidupan yang bergantung kepada stok berwarna putih yang merosakkan kehidupan. Azman sudah berhenti mengambil barang itu beberapa bulan yang lalu setelah dia memilih untuk fokus dengan kerjanya. Untuk berhenti juga bukan mudah, hampir mati rasanya menahan ketagihan yang tiada henti. Dia mencapai alat kawalan jauh televisyen di atas meja, lalu menghidupkan televisyen bersaiz sederhana di ruang tamu. Wajah Mustika dan Raees Arjuna terpapar dalam rancangan Kecoh Selebriti. Video kedua-duanya minum di Starbuck ditayangkan.

"Apa hubungan Mustika dengan Raees?" Azman menyoal dirinya sendiri.

Mungkin Mustika bekerja sebagai seorang pembantu rumah tetapi jika dilihat dari segi senyuman di wajah Raees, hubungan kedua-duanya sudah pasti lebih dari sekadar hubungan majikan dan pekerja. Dan mengapa pula Usman terancam dengan kewujudan anaknya itu? Rasa bersalahnya terhadap Mustika tidak pernah padam apatah lagi dia diupah untuk membunuh anak kandung sendiri. Gila! Apa yang dia boleh lakukan untuk melindungi Mustika? Melihat wajahnya sahaja Mustika sudah histeria.

"Tauke Lim.." nama itu terlintas di kepalanya.

Telefon bimbit dalam beg sandang hitam dikeluarkan. Nombor telefon tauke itu pantas didail.

"Hello, tauke.."

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now