Bab 35 : Si gadis muda merah jambu

25 5 1
                                    

LULUS TEMUDUGA!

Kertas berwarna putih yang diberikan kepadanya ditatap tidak percaya. Kertas bersaiz A4 yang bertulis lulus temuduga itu dipegang dengan tangan yang menggigil. Daripada seratus orang calon yang ditemuduga pada hari itu, hanya 55 orang yang diberikan kertas tersebut dan itu bermakna hanya 55 orang yang lulus temuduga. Beberapa orang staf universiti mengarahkan calon temuduga yang lulus untuk berkumpul di bahagian depan auditorium Fakulti Bahasa dan Komunikasi untuk sesi bergambar. Dari jauh, Raees Arjuna yang duduk di bahagian kafe universiti dengan kaca mata hitamnya tersenyum lebar. Wajah manis Haura Mustika yang tersenyum bahagia menenangkan hatinya, memandangkan sejak dia menghantar gadis itu pagi tadi, Mustika sentiasa memberitahu dirinya cemas dan takut. Tiada apa yang perlu ditakutkan kerana akhirnya, seperti yang dijangkakan, gadis itu sudah pasti akan lulus temuduga dengan cemerlang.

"Kami minta calon yang lulus temuduga dengan markah tertinggi untuk berada di barisan paling hadapan. Okay, yang dapat markah penuh.." staf universiti berhenti seketika.

"Haura Mustika.."

Mustika terkejut namanya disebut. Dia diarahkan untuk berdiri di barisan paling hadapan dan seketika, semua orang bertepuk tangan mendengar markah temuduganya yang sempurna. Seterusnya, terdapat empat orang calon lain menyertainya di barisan hadapan; Nur Kasih dengan markah 96, Muhammad Abdullah dengan markah 94, Siew Ling dengan markah 93 dan Parvati Malhotra dengan markah 91. Mereka semua diminta untuk memegang kertas yang bertulis "Lulus Temuduga" dan kemudian, beberapa orang wartawan mendekati mereka.

Klik! Klik! Klik!

Gambar siap diambil. Semua calon yang lulus temuduga bersurai dan ketika itu, Raees Arjuna melangkah mendekati Mustika. Mustika melompat melihat Raees, tidak sabar mahu berkongsi cerita.

"Tuan Raees, saya lulus! Markah penuh.." Mustika tersenyum lebar.

"Tahniah Mustika. Awak memang layak" Raees menghulurkan sekuntum mawar merah dari dalam jaket hitamnya kepada Mustika.

"Hadiah kemenangan pertama.." gumam Raees lembut dan kali ini, Mustika tidak teragak-agak untuk menyambut hadiah tersebut.

"Kali ini diterima.." ujar Mustika dengan senyuman bahagia.

Beberapa orang wartawan yang sedang memeriksa gambar di dalam kamera masing-masing berhenti seketika. Salah seorang dari mereka, wartawan yang berjaket kuning dan berkaca mata bulat memandang penuh minat ke arah pasangan yang baginya sudah pasti akan menimbulkan kisah tergempar baharu di media sosial dan media massa.

"Raees Arjuna.." ujarnya penuh minat.

"Anak Puan Teja dan Tuan Mikhail. Siapa gadis itu, yang lulus dengan markah penuh? Saya baru dapat profilnya dari Naib Canselor menerusi email. Cuba tengok.." wartawan yang mengunyah sirih menunjukkan dokumen di telefonnya.

"Haura Mustika Binti Azman, pelajar A+ dalam semua subjek bagi peperiksaan SPM dan STPM. Wah, ini memang betul-betul pandai. Sah bukan guna orang dalam.." wartawan yang berkaca mata bulat kedengaran kagum.

"Lama kita tak dengar gosip Raees Arjuna, selepas kes skandal bekas kekasih dia dulu. Kali ini, mesti meletup artikel kita.." Wartawan berjaket kuning itu ketawa puas.

Klik! Klik ! Klik!

Gambar diambil sebanyak yang mungkin. Demi kelangsungan dan kemenjadian sebuah artikel yang menarik serta mampu menarik ramai pembaca, maka dia perlu mengambil peluang ini. Welcome back kisah Raees Arjuna, jejaka pujaan Malaya!

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now