Bab 54 : Rahsia Tina dan Azman?

24 4 0
                                    

Tina dan Amanda keluar dari perut kereta BMW hitam milik syarikat Tan Sri Tuah. Tina menanggalkan kaca mata hitamnya dan memandang ke arah Puan Teja yang sedang duduk bersantai bersama dengan lima pembantu rumah di dalam pondok kecil, di bahagian taman indah perkarangan rumah besar itu. Tina dan Amanda melangkah menuju ke pondok kecil, kedatangan mereka disambut baik oleh Puan Teja tetapi Mak Diva sempat mencebikkan bibirnya, tanda tidak suka.

"Lama tak jumpa, Teja. Hari ini saya free sedikit, Amanda ajak untuk datang melawat ibu saudaranya.." Tina melabuhkan punggung di atas kerusi berbentuk buaian berwarna putih, berlapik bantal kusyen berwarna hijau.

"Terima kasih.." Puan Teja membalas lembut.

"Auntie apa khabar? Bagaimana dengan rawatan fisioterapi, berjalan lancar? Uncle Mikhail beritahu sekarang setiap minggu proses terapi berlangsung.." Amanda tersenyum kecil, sempat mengerling ke arah Mustika yang sedang menjamah cucur udang.

"Oh, fisioterapi? Amazing so you nak cuba berjalan kembali.." Tina mengerutkan dahinya terkejut.

"InsyaaAllah, usaha saja. Selebihnya berserah kepada Allah." Puan Teja mengangguk kecil.

"Okay. Mengejutkan.." Tina memandang wajah Puan Teja dengan pandangan tidak percaya.

Umi Mariam menuang air teh ke dalam dua cawan, kemudian memberikan cawan itu kepada Amanda dan Tina. Tina meneguk air teh di dalam cawan, pandangan matanya sempat singgah pada wajah Mak Diva yang sedang berbisik mengumpat dengan Kak Timah. Tina berdehem seketika, membuatkan umpatan Mak Diva berhenti seketika.

"So Mustika, bila kamu mula kuliah? Saya dengar kamu lulus temuduga UAA." Tina memandang wajah Mustika yang putih kemerah-merahan, disimbah cahaya mentari yang samar-samar pada waktu petang.

"Tak lama lagi.." Mustika menjawab ringkas.

"Somehow muka kamu ni familiar, tapi entah di mana ya saya pernah melihat muka yang seiras.." Tina kelihatan berfikir seketika, entah mengapa tiba-tiba merasakan pernah melihat seraut wajah yang hampir sama.

"But nevermind! Pelanduk dua serupa mungkin.." Tina mengeluh kecil, merenung kosong ke arah cawan teh di tangannya.

"Kalau nak kata pelanduk dua serupa, muka Amanda dan muka Mustika pun tak jauh beza. Cuma Amanda bermata sepet.." Mak Diva memerhati wajah Amanda dan Mustika silih berganti. Kak Timah juga memandang kedua-duanya sebelum menggumam dengan nada terkejut.

"Yalah, sama! Bentuk muka berbeza tapi kenapa macam sama ya, baru perasan. Warna anak mata pun sama, coklat hazel.." Kak Timah bersuara teruja.

"Eh, sama cantik kot.." Amanda cuba menafikan, entah bahagian mana wajahnya iras-iras dengan Mustika.

"Hmm.." Tina juga memandang wajah anaknya dan Mustika silih berganti, terdetik hatinya juga mengatakan wajah kedua-duanya hampir sama.

"Kembar yang terpisah agaknya.." Kak Eja mula merapu.

"Saya tak ada kembar.." Mustika berwajah hairan, nada suaranya mendatar.

"Kebetulan saja tu. Orang kata muka hampir sama ni susah nak serasi, mungkin sebab itulah kalau berjumpa, asyik nak bergaduh saja! Kalau kembar, jelaslah mustahil. Amanda lagi awal lahir dari Mustika, lebih awal tiga tahun.." Puan Teja menggeleng-gelengkan kepalanya lucu kerana mendengar tekaan-tekaan pembantu rumahnya.

Dari arah pasu-pasu bunga yang tersusun, kelihatan Montel sedang mengejar beberapa ekor rama-rama yang terbang. Beberapa orang tukang kebun yang sedang mengemas pasu bunga terpaksa berhenti seketika, tugas mereka tergendala. Sesekali kelihatan mereka ketawa melihat telatah Montel. Dan Mustika melihat ayahnya juga sedang menyeka peluh di dahi, mengumpul ranting-ranting bunga yang dipotong dan memasukkan ranting-ranting itu ke dalam plastik sampah berwarna hitam. Kemudian ayahnya itu mengangkat tubuh gebu Montel dan membawa kucing putih itu ke arah pondok kecil.

"Montel, Puan.."'Azman menyerahkan Montel kepada Puan Teja.

"Montel ni selalu kacau orang buat kerja.." Puan Teja membebel geram.

"Eh.." Tina terkesima seketika.

Wajah Azman dipandangnya dengan mata terbeliak, dan Azman hanya tersenyum kecil saat matanya bertemu dengan mata Tina. Sesosok wanita berambut perang itu yang merupakan isteri Usman, sudah menjadi sebahagian dari zaman silamnya. Tidak ada apa-apa peristiwa manis untuk dikenang, semua itu sebaik-baiknya dipadamkan semua demi kebaikan bersama. Amanda yang melihat ibunya tergamam, pantas menyenggol ibunya dengan siku. Dia mengerling aneh ke arah Azman, yang bajunya dibasahi peluh namun anehnya tetap kelihatan gagah dan perkasa.

"Ini Azman, tukang kebun baru kami.." Puan Teja memperkenalkan Azman.

"Azman.." Tina masih terkesima.

"Dia ayah Mustika. Datang dari kampung untuk bekerja mencari rezeki.." Puan Teja menjelaskan sedikit, bimbang pula ada yang menuduh Azman sengaja mengambil kesempatan atas kebaikannya kepada Mustika.

"Ayah Mustika?" Tina terkejut lagi.

"Mommy, why.." Amanda memandang ibunya dengan pandangan hairan.

"How.." Tina kehilangan kata-kata.

"Kamu berdua saling kenal ke?" Puan Teja menyoal curiga, tidak pernah dia melihat Tina tergamam sebegitu rupa.

"Azman, lama tak jumpa. Teja, saya kenal dia. Dia antara orang yang berjasa menjadikan saya seorang model. Azman, ke mana menghilang tiba-tiba? Sudah 24 tahun awak lenyap.." Tina memandang wajah Azman dengan pandangan yang sukar dimengerti.

"Masa silam hanyalah masa silam. Tak ada apa-apa untuk dikenang. Saya di sini sebab nak menjaga anak saya, Mustika. Saya minta diri untuk buat kerja dulu.." Azman kemudiannya melangkah pergi dengan wajah yang serius, tidak selesa Tina membongkar kembali kisah lama yang telah dikuburnya.

"Wow.." Tina masih tidak percaya.

"Mommy.." Amanda memegang tangan ibunya.

"Sudah lama saya mencari dia. Bagaimana boleh bertemu di sini? Dan dunia ini sungguh aneh ya, orang yang saya cari rupanya ayah Mustika.." Tina menyandarkan tubuhnya, dadanya terasa sesak.

"Apa hubungan Puan Tina dengan dia?" Mak Diva mengerutkan dahi, rasa ingin tahunya meluap-luap.

"Kalau Teja masih ingat keluarga Datuk Patinggi Kamil, yang meninggal dunia dalam nahas kapal terbang di Ukraine, Azmanlah pewaris tunggalnya. Dia dulu banyak bantu saya dapat job modelling sana sini, tapi selepas nahas kapal terbang itu, dia hilang tiba-tiba. Dengar-dengar, semua warisan Datuk Patinggi Kamil, diambil oleh ayah saudaranya, Datuk Kamal.." Tina menggeleng-gelengkan kepalanya, masih sukar untuk percaya.

"So sebenarnya Mustika ini pewaris tunggal orang kaya?" Umi Mariam jelas terkejut.

"Mustahil.." Mustika menggeleng.

"Datuk Kamal, saya kenal dia. Bukan dulu anak lelaki dia ke yang nak dijodohkan dengan saya?" Puan Teja cuba mengingat kembali.

"OMG!" Amada menekup mulutnya dengan tangan, melihat satu-persatu rahsia yang tersimpan rapi mulai terbongkar.

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now