Bab 44 : Sinar kasih

26 3 0
                                    

Amanda melangkah masuk ke dalam rumah agam itu dengan membawa bakul yang berisi buah-buahan segar. Kehadiran gadis berambut perang itu jelas tidak disenangi oleh Mak Diva yang sedang mengurut bahu Puan Teja di atas sofa. Montel yang sedang duduk bersantai di atas kerusi roda kosong mengiau marah, ekornya dilibas tidak senang melihat kemunculan Amanda. Puan Teja hanya memandang, tiada sapaan keluar dari segaris bibir miliknya.

"Apa khabar, auntie?" Amanda tersenyum kecil, segera melabuhkan punggung di sofa yang bertentangan. Bakul berisi buah segar diletakkan di atas meja.

"Alhamdulillah, baik.." Puan Teja menjawab perlahan.

"Raees mana ya.." Mata Amanda melilau melihat ke tingkat atas namun kelibat sesosok pemuda yang dicari tidak kelihatan.

"Kerja.." Puan Teja menjawab sepatah.

"Saya terkejut juga dengar berita kes pembunuhan di rumah ni hari tu, takziah atas kehilangan Mak Seri. Saya nak datang melawat tapi mommy tak benarkan sebab takut bahaya.." Amanda cuba berbasa-basi meski dapat merasakan kehadirannya tidak disenangi.

"Kami tak perlukan pun Cik Amanda datang melawat, Mak Seri pun dah bahagia bersemadi. Kami semua pun alhamdulillah, masih hidup lagi." Mak Diva mencelah dengan suara yang geram.

"Oh.." Amanda termengkelan, jelas tidak selesa dengan nada sindiran Mak Diva.

"Saya dengar Mustika berjaya masuk ke UAA. Hebat juga ya dia.." Amanda duduk menyilangkan kaki, matanya memerhati ke arah dapur dan menyedari Mustika bersama Umi Mariam sedang mengemas beberapa peralatan dapur yang rosak.

"Eh biasalah. Genius!" Mak Diva bersuara bangga.

"Saya dulu gagal saringan pertama. Keputusan SPM saya tidak begitu bagus. Kecewa jugak rasanya sebab semua keluarga kita, belajar di situ. Auntie Teja pun graduan UAA kan, salah seorang penerima Pingat Graduan Terbaik UAA Peringkat Dunia. Auntie orang pertama yang diiktiraf, selepas itu kebanyakannya pelajar asing yang mendapat gelaran itu. Kalaulah kaki auntie tak macam ni.." Amanda melihat kaki Puan Teja dengan pandangan hampa.

"Saya akan menjalani fisioterapi. Jangan risau, saya akan usahakan untuk mampu berjalan semula." Puan Teja pantas menjawab.

"Fisioterapi?" Amanda agak terkejut.

"Mustika sudah berjanji akan temankan saya. Raees Arjuna juga sudah menyusun jadual temujanji saya. Saya akan kembali melangkah semula insyaaAllah dan kembali membantu suami saya dalam Teja Group.." Puan Teja tersenyum kecil.

"Puan.." Mak Diva juga kelihatan hampir tidak percaya, matanya bergenang dengan mutiara jernih memandang wajah majikan kesayangannya.

"Ya, Mak Diva.." Puan Teja mengelus lembut tangan Mak Diva yang memegang bahunya.

"Mestilah Puan. Puan harus ada keyakinan dan saya akan pastikan Puan berjaya sehingga ke saat akhir.." Mustika yang muncul bersama dulang berisi jus oren dan sepinggan kuih donut coklat bersuara yakin.

"Silakan menjamu selera, Cik Amanda." Mustika memandang wajah Amanda dengan senyuman kecil, hidangan di atas dulang diletakkan di atas meja.

"Tahniah.."  Amanda mengucap tahniah kepada Mustika, tangannya dihulurkan.

"Untuk apa?" Mustika menyoal hairan.

"Berjaya masuk ke UAA.." Amanda menjawab perlahan.

"Oh, terima kasih." Mustika menyambut huluran tangan daripada Amanda.

Terdetik pula di hati kecil Mustika, tidak gelikah Amanda memegang tangannya memandangkan gadis itu memang tidak suka bergaul dengan pembantu rumah? Bukankah golongan pembantu rumah dianggap orang rendahan dan hanya layak berada di kaki sahaja? Dan apa pula mimpi Amanda menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya? Bagai mimpi menjadi nyata!

"Saya ikut semua berita pasal awak dan Raees Arjuna. Saya anggap ini persaingan antara kita, the best woman will win. Walaupun awak hanya pembantu rumah, saya rasa awak layak dianggap sebagai saingan yang sengit kerana tak semua orang dengan mudah dapat lulus temuduga UAA dengan markah penuh. Itu maksudnya awak bukan sahaja bijak tetapi punya aura tersendiri. Dan yes, barulah awak layak bergaul dengan saya.." Amanda memintal hujung rambut dengan jari-jenarinya. Nada suaranya angkuh, seakan-akan masih enggan mengaku kalah.

"Tak ada orang yang bersaing dengan awak, Cik Amanda. Saya tak ada niat pun nak bercinta dengan Tuan Raees. Semua yang tersebar di media sosial itu hanya dari sudut pandangan wartawan sahaja. Orang hanya percaya apa yang mereka mahu percaya!" Mustika tersenyum sinis, menggeleng-gelengkan kepala dengan karenah Amanda yang masih sama angkuhnya.

"Jujur, saya rasa hanya saya yang sesuai digandingkan dengan Raees Arjuna." Amanda tersenyum lebar, membayangkan dirinya dan Raees disandingkan dalam sebuah majlis yang gah.

"Asalkan awak bahagia, Cik Amanda.." Mustika hanya tergelak kecil, malas mahu melayan Amanda yang sudah terdidik untuk memandang rendah kepada orang lain.

"Awak tahu tak, Mustika. Kadang kala saya berharap, awak yang mati dalam kes serangan malam tu. Sekurang-kurangnya, hati saya tak sakit melihat cara Raees memandang awak." Amanda meluah jujur, pandangan matanya serius menatap Mustika.

"Unfortunately, Tuhan masih panjangkan umur saya. Hasrat awak tidak kesampaian. Im sorry.." Mustika tersenyum lagi, tudung yang senget dibetulkan seketika.

"dan satu lagi, apa yang Cik Amanda maksudkan dengan cara Raees memandang saya? Saya tak faham.." Mustika menyoal ingin tahu.

"Pandangan penuh cinta. You know when someone look at you while deeply in love. Sinar mata yang bercahaya dengan kasih sayang, ketulusan dan cinta yang tidak berkesudahan. Saya nampak semuanya dalam mata Raees Arjuna ketika melihat awak." Nada suara Amanda mengendur, tubir matanya digenangi mutiara jernih namun ditahan daripada terus jatuh mengalir.

"Merepek.." Mustika tidak percaya.

"Betul, ini aku setuju. Nampak sangat!" Mak Diva yang sejak tadi mendiamkan diri turut menyampuk.

Mustika menggeleng-gelengkan kepala, dan menyedari Puan Teja memerhatinya dengan pandangan yang sukar dimengerti, bersama senyuman yang penuh makna.

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now