Bab 61 : Datuk Kamal

22 4 0
                                    

Wajah Datuk Kamal pucat menonton siaran langsung tersebut. Deringan telefon bimbit dan telefon rumahnya sejak tadi tidak berhenti. Datin Belinda, isterinya juga menelan air liur sendiri memerhati wajah anak saudara yang sudah lama menghilang tiba-tiba muncul dalam siaran langsung di televisyen dan media sosial. Di media sosial, semuanya sudah kecoh. Kes nahas kapal terbang 28 tahun yang lalu digali semula oleh netizen bahkan kes penyelewengan dana syarikat turut terpalit sama. Gambar juruterbang dan pramugari yang terselamat sudah mulai tersebar luas bahkan rakaman video beberapa orang lelaki bertopeng hitam memukul Azman di hadapan rumah Datuk Kamil dimuat naik oleh sebuah akaun Twitter bernama Anonymous. Rakaman yang berpuluh-puluh tahun lalu entah bagaimana tersebar luas. Datuk Kamal menggigil marah, kedudukannya kini terancam.

"Abang. Macam mana ni? Bukan abang kata Azman dah mati ke? Tiba-tiba saja dia muncul.."ujar Datin Belinda risau.

"Dia memang sepatutnya sudah mati.." Datuk Kamal sendiri pening, dahinya dipicit dengan tangan.

"Papa!"

Karina, anak perempuannya keluar dari bilik dengan wajah gelisah. Jelas anaknya itu juga sedang menonton siaran langsung di Tuah Media. Karina duduk di sebelah ayahnya, bahu ayahnya digoncang kuat.

"Papa, kenapa semua orang serang keluarga kita di instagram? Mereka semua komen benda-benda yang jahat. Susahlah macam ni papa, Karina ni instafamous dan tiktokfamous! Mereka kata Karina ni menumpang harta Azman.." Karina memuncungkan bibir, tidak berpuas hati.

"Sabar, sayang.." Datin Belinda membelai lembut rambut anak bongsunya yang panjang mengurai.

"Papa, do something. Jangan biar saja keluarga kita diremehkan oleh netizen.." Karina mendesak ayahnya yang hanya berdiam diri.

"Boleh diam tak Karina?" Datuk Kamal bersuara geram, kepalanya bertambah pening dengan karenah anak bongsunya.

"Papa!" Karina mendengus kasar.

"Tak semudah itu nak padamkan berita yang tersebar. Ini melibatkan keluarga dan syarikat."Datuk Kamal menggeleng perlahan.

"Dulu kes Karina dengan instafamous si Sheena tu, senang je ayah nak selesaikan. Sampai hilang job Sheena tu ayah kerjakan. Kali ini buatlah benda yang sama.." Karina tidak sabar.

"Kes ini berbeza, Karina. Ini melibatkan Tan Sri Tuah. Kamu tahu tak Tan Sri Tuah itu siapa? Kamu tak sedar ke siaran langsung itu disiarkan oleh Tuah Media? Kalau kamu membalas guna cara yang keanak-anakan, kamu yang akan kena kembali. Ayah juga tidak mampu melawan Tan Sri Tuah, syarikat kita sedang berada di fasa yang kritikal. Silap hari bulan, muflis! Kamu sedar tak?" Datuk Kamal tanpa sengaja tertengking anak bongsunya.

"Tan Sri Tuah, datuk Raees Arjuna? Jadi, ayah nak mengalah? Silap hari bulan, Azman menuntut kembali hak dia dalam Mutiara Group. Ayah nak ke susah payah keluarga kita selama ini hancur dalam sekelip mata? Karina tahulah Tan Sri Tuah tu orang paling kaya di Asia. Ayah kenalah bijak sikit, buatlah rundingan dengan Tan Sri Tuah. Kalau ayah menawarkan sesuatu yang mampu menarik perhatian Tan Sri Tuah, mesti dia akan bantu.." Karina mengutarakan cadangan sambil memintal hujung rambutnya.

"Kewangan syarikat teruk, ayah masih pening. Ditambah lagi dengan perkara ini, yang tiba-tiba viral.." Datuk Kamal menghela nafas yang panjang.

"Mungkin betul kata Karina. Abang cubalah berbincang dengan Tan Sri Tuah.." Datin Belinda menepuk lembut bahu suaminya.

"Belinda, kamu rasa nak ke si Tuah menolong kita? Dulu saya sendiri yang batalkan kerjasama dengan dia. Mungkin ini cara dia membalas dendam dan hendak menghancurkan Mutiara Group.." ujar Datuk Kamal perlahan.

"Ini semua salah Kabir, kalau dia tak guna duit syarikat untuk berfoya-foya, syarikat tak akan susah macam ni.." getus Karina geram.

"Janganlah salahkan abang kamu.." Datin Belinda mengeluh berat.

"Betul apa? Kalau dia tak guna duit syarikat sesuka hati, isu penyelewengan dana tak akan timbul. Belum lagi gaji pekerja yang tak dibayar, esok lusa masuklah di media pekerja syarikat yang mogok kerana gaji tak dibayar. Mama dan ayah manjakan sangat Kabir, sampai dia memijak kepala. Sepatutnya ayah ajar dia jadi manusia berguna dan mampu berbisnes, kan dia lelaki. Jadi macam Raees Arjuna yang menerajui syarikat Teja Group sampai tersenarai lima syarikat terbaik dunia, bukan menghancurkan syarikat macam si Kabir.." Karina kemudian mencebikkan bibirnya geram, sebelum melangkah marah menuju ke biliknya di tingkat atas.

"Merajuk lagilah tu.." Datin Belinda menggeleng perlahan.

"Ada betulnya kata-kata Karina tu. Kabir terlalu dimanjakan, sampai syarikat yang terima kesannya.." ujar Datuk Kamal kesal, nada suaranya jelas sedang kecewa.

"Kabir kan masih muda. Biasalah kalau anak muda menghabiskan wang dengan benda yang dia suka.." Datin Belinda masih bersuara membela anak lelaki sulungnya.

"Awak manjakan sangat dia. Dia tu anak lelaki, sepatutnya bantu menjana idea untuk syarikat dan buat projek yang menguntungkan. Ini terbalik pula, hampir muflis kita dibuatnya. Kalau sesi persidangan di mahkamah berjaya mengemukakan bukti penyelewengan dana melibatkan Kabir, anak awak masuk penjara tau tak? Hish, budak ni tak menyusahkan orang tak sah!" Datuk Kamal menahan amarah.

"Abang cubalah berbincang dengan Tan Sri Tuah. Mana tahu dia boleh tolong?" Datin Belinda masih tidak berputus asa.

"Nantilah saya fikirkan.."

Datuk Kamal runsing. Bukan sahaja pening kepala mengenangkan perangai anak lelakinya yang hanya tahu menghabiskan duit, tetapi juga mengenangkan keadaan kewangan syarikat yang semakin teruk. Sekarang, ada masalah baharu pula yang terpaksa difikirkan. Kemunculan Azman, anak saudaranya yang telah lama menghilangkan diri menjadi tanda tanya. Azman muncul ketika syarikat sedang berada dalam krisis yang besar dan hampir muflis. Adakah kemunculan Azman bertujuan hendak menuntut semula hak yang dirampas?

KELANA CINTA DI HATI MUSTIKAWhere stories live. Discover now