KELIHATAN seorang gadis yang sedang menilik dirinya dihadapan cermin mekap. Dia membaiki sedikit rambut ikal mayangnya yang berwarna perang lalu berdiri menjauhi cermin itu. Dia tersenyum senget."Hello pretty. Aih. Susah jadi cantik ni, pakai la apa pun, tetap cantik. Pakai lipstik terang pun cantik. Pakai lipstik warna nude pun cantik. Tch.." dia menyebak rambutnya ke belakang lalu menjungkit kening kearah cermin.
"Semuanya cantik.. kenapa kau cantik sangat ni Tasha? Tak pasal-pasal perempuan lain cemburu kan kau tau? Penat kadang jadi cantik ni.. semua orang pandang. Haih. Tak bleh ke kau jadi buruk sikit Tasha?" Tanyanya dengan senyuman dibibirnya.
Setiap hari dia akan memuji dirinya sebelum keluar dari biliknya. Tidak kisah la sama ada sebelum pergi kerja atau hujung minggu sekalipun, dia tetap akan memuji dirinya sendiri.
Habis tu nak tunggu siapa lagi puji? Haruslah dia puji diri sendiri..
Tok tok!
"Tasha.. jom makan. Lewat nanti pergi kerja.." Natasha menjulingkan matanya apabila mendengar suara seseorang yang paling dia benci. Dia mengambil beg gucci nya lalu keluar dengan bergayanya.
Sempat dia mengerling kearah katilnya yang berselerak dengan baju-bajunya. Dia menjungkit bahu. Apadehal. Bibik ada.. si Tasha tu pemalas orangnya.
Natasha menguak pintu kasar lalu berpeluk tubuh dihadapan seorang wanita yang berusia sama seperti bapanya. "Apahal aunty ketuk-ketuk bilik i ni? I dah cakap kan, jangan sesekali sentuh barang i. Tak faham bahasa ke?"
Puan Hannah senyum tipis. Sudah terbiasa dengan perangai anak tirinya itu. Dia berkahwin dengan Tuan Syazwan dua tahun yang lalu. Dan Natasha masih belum menerimanya dengan baik.
"Mama cuma nak ajak Tasha makan sama-sama.. dari semalam mama tengok Tasha tak makan kan? Tasha balik lewat kan semalam?" Natasha berdecit. Dia menggaru telinganya yang tidak gatal.
"Yang you sibuk sangat hal i ni kenapa? Suka hati i la nak kebulur ke apa. It's not your business. Tepi sikit bleh? Menyemak aje la orang tua ni." Ujar Natasha lalu menolak kasar badan ibu tirinya.
Hampir terjelumpuk Puan Hannah dibuatnya namun nasib baik anaknya, Anna sempat menyambutnya. Tasha menjeling kearah adik tirinya itu.
"Mama okay?" Tanya Anna kepada ibunya. Puan Hannah senyum lalu mengangguk. "Okay je.. mama juga yang silap sebab nak tersandung tadi.." ujar Puan Hannah yang sedang tersenyum kearah Natasha.
Natasha menjulingkan matanya lalu menjeling kearah Anna yang sedang memandangnya. Anna senyum tipis. "Akak.. semalam Anna cari akak sebab nak akak tolong Anna dalam bisnes.. tapi akak takde pula semalam."
"Ok so? Salah aku ke? Kau nak salahkan aku sebab tak ajarkan kau? Shit. Useless. Kalau nak cerdik, belajar la bersungguh-sungguh. Bukannya sibuk duk bercinta dekat kolej sana!"
Tersentak Puan Hannah dan Anna apabila ditengking begitu oleh Natasha. Mereka terima sahaja perlakuan Natasha kerana bagi mereka, Natasha sudah cukup baik kerana tidak menghalau mereka.
Tuan Syazwan telah berkahwin dengan Puan Hannah kerana simpati akan keluarga Puan Hannah yang agak lintang-pukang. Bekas suami Puan Hannah adalah pengedar dadah. Puan Hannah sekeluarga selalu menjadi mangsa Encik Halim iaitu bekas suami Puan Hannah.
Sekarang Encik Halim telah dimasukkan ke dalam penjara. Namun Tuan Syazwan bersimpati kepada Puan Hannah, jadi Tuan Syazwan pun mengambil keputusan untuk mengahwini janda anak dua itu.
Ia ditentang hebat oleh Natasha namun Tuan Syazwan tetap dengan keputusannya. Sehingga sekarang Natasha agak dingin dengan bapa kandungnya itu. Baginya, Tuan Syazwan sudah hilang rasa sayang pada arwah mummy Natasha iaitu Puan Natalia.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...