NATASHA menayangkan riak jijik melihat bilik air luar rumah mereka. "Ee apa tu?" Tanya Natasha perlahan pada suaminya. Iqbal mengerling sekilas jari telunjuk isterinya."Oh tu kolah. Takkan tak kenal kolah?" Tanyanya yang sedang menukarkan seluar ke kain pelikat. Nak mandi! Panas sekarang ni. Dah masuk tengahari namun dua mempelai ini belum mandi kerana dihalang neneknya tadi.
"Euww.. apa benda tu? Saya taknak la.. bathtub takde ke? Saya nak berendam.." ujar Natasha namun mata masih memandang jijik ke arah kolah tersebut.
Iqbal mengeluh perlahan. "Takde berendam nya dekat sini. Kalau kau nak berendam, pergi berendam dalam telaga sana. Konfirm kau boleh berendam selama-lamanya tanpa diganggu dekat situ"
Natasha menjeling suaminya lalu berdecit. Dia mengusap lengannya. "Saya tak boleh la guna air sembarangan macam ni.. kalau kulit saya gatal macam mana? Berkudis? Ish taknak la awak.." ujarnya sambil menarik-narik singlet milik Iqbal.
Iqbal berdecit lalu menepis tangan isterinya. "Banyak cekadak kan kau ni? Mandi je lah! Bukannya ada racun pun dalam air tu. Kalau air tu kotor, dah lama aku mati tau?" Iqbal masuk ke dalam bilik air.
"Alaa awak.. please. Kita mandi dekat lain nak?" Ujar Natasha yang mengekori langkah suaminya ke dalam bilik air.
Iqbal menjeling. "Tutup la pintu tu. Nanti orang nampak la aku mandi.." ujar Iqbal lalu mencurah air kolah ke badannya. Natasha memuncung lalu menutup kembali pintu bilik air.
Dia mendekati suaminya lalu berpeluk tubuh. "Awak! Jom la mandi dekat lain!" Jerit Natasha. Iqbal menjeling isterinya.
"Nak mandi dekat lain? Tuu hujung kampung ada sungai. Pergi mandi dekat sana. Jangan kacau aku. Aku nak pergi kutip buah rambutan belakang rumah PakMat nanti." Ujar Iqbal lalu mencurah air ke badannya berkali-kali.
Natasha berdecit. "Taknaklah awak.. kalau ada buaya macam mana? Nanti dia terkam saya la.." Iqbal meraup wajahnya yang basah lalu mengerling isterinya.
"Kau pilih. Kalau mandi dekat sungai, kau akan kena terkam buaya. Kalau kau mandi dalam bilik air ni, alih-alih kena terkam dengan aku je. So, pilih la nak yang mana." Ujar Iqbal lalu senyum senget.
Natasha terus menyilang kedua dadanya. "Pervert." Iqbal tergelak perlahan lalu mengambil sabun buku. Dipakaikan sabun itu ke badannya. Natasha menayangkan riak jijik.
Seriouslah kongsi sabun dengan orang lain? Sabun buku pula tu..
"Kau lagi pervert. Sekarang ni, kau intai aku mandi tau? Dah macam nak ajak mandi bersama pula kau ni. Semalam aku ajak, kau taknak.." ujarnya dengan senyuman senget.
Natasha memuncung. "Mana ada lah.. saya takut dengan nenek awak. Sebab tu saya datang teman awak mandi ni."
"Habis tu kau taknak mandi ke? Dahlah semalam dah tak mandi. Takkan hari ni nak hold lagi kot? Tak kuasa aku nak bau badan hamis kau." Ujarnya lalu menutup hidung.
Berkerut dahi Natasha. Natasha terus menghidu ketiaknya. "Ee mana ada busuk la.. saya wangi.."
"Hidung kau tersumbat. Hidung aku mengatakan yang kau busuk."
"Benci la dia ni!" Jerit Natasha lalu menghentak kaki. Iqbal hanya tersengih sahaja. "Cepat la mandi.. aku dah nak habis mandi ni. Nak aku teman atau nak aku naik sorang-sorang?"
Natasha mengerdipkan mata. Tachod la pula mandi sorang-sorang. Kalau biawak datang intai macam mana?
"Yela.. bagi saya benda tu." Ujar Natasha lalu menunjukkan ke arah satu objek. Terjungkit kening Iqbal. "Benda? Apa dia?"
Natasha berdecit. "Tu la yang awak pegang tu.." ujarnya lalu memuncung ke arah objek tersebut. Iqbal senyum senget. "Kau tak tahu nama dia kan?"
Natasha menggigit bibir. Muahhhahhha dia tak tahu! Takkan nak panggil besen kot?
Iqbal menggeleng. "Ni orang Terengganu panggil ciduk. Kalau nenek suruh kau ambik ciduk, kau ambil je benda alah ni bagi pada dia. Faham?"
Natasha mengangguk faham. "Tapi kalau bahasa buku, kita panggil gayung. Takkan kau tak pernah sebut gayung kut?"
Natasha menjeling suaminya yang sedang mengejeknya. "Saya belajar english je. Bahasa melayu jarang.. saya cuma tahu goyang je.. gayung tak pernah pula.." ujarnya sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
Iqbal menggeleng lalu tergelak perlahan. "Ah kau. Keturunan melayu tapi tak pandai melayu. Apa benda la.. goyang tu lain.. goyang tu kau je duk bergoyang dalam bilik buat video tiktok.."
Natasha berdecit. "Awak ni.. saya bukannya keturunan melayu 100% la.." berkerut dahi Iqbal. Dia mengambil berus gigi lalu memberus giginya.
"Habis tu? Kau ada keturunan lain ke?" Natasha mengangguk laju. "Saya keturunan British.. mak saya keturunan dari sana. Sebab tu la mata saya berwarna biru ni.."
Iqbal mengerdip mata lambat. "Haa sudah..." gumamnya perlahan. Berkerut dahi Natasha. "Kenapa?"
Iqbal mula berkumur lalu basuh berus giginya. "Nenek aku tak suka keturunan kau. Kalau kau sebut British depan dia, mesti dia buka langkah silat nanti. Katanya keturunan kau tu keturunan penjajah.."
Tercengang Natasha dibuatnya. "Kalau macam tu, awak jangan la cakap pada nenek.. saya takut la dia halau saya.." Iqbal tergelak perlahan.
"Hmm dia takkan tahu kalau takde orang beritahu.. kalau kau nak tahu, nenek tanya aku tadi kau warnakan mata kau ke sampai jadi biru?"
Natasha terkekeh ketawa. "Hehe nakal la nenek..." Iqbal berdehem. "Cepat la nak mandi ke tidak. Aku nak keluar ni.."
"Kejap awak.. jangan keluar lagi. Nanti ada binatang buas macam mana?" Tanya Natasha seraya mengambil gayung dari tangan suaminya.
Iqbal senyum senget. "Kalau suami buas? Kau tak takut?" Natasha menyimbah air ke mukanya.
"Hah? Tak dengar.. awakk sejuk la air ni.." Iqbal mengeluh. "Memang la sejuk. Nama pun air kolah.. aih.." keluh Iqbal lalu mengambil gayung dari tangan Natasha.
"Meh la aku simbah. Lambat la dia ni. Aku ni nak cepat. Banyak kerja lagi nak buat." Bebelnya lalu menyimbah air kolah ke atas kepala Natasha.
"Awak!! Sejuk lah!!" Jeritnya lalu dengan tidak sengaja dia memeluk badan Iqbal. Iqbal menggeleng perlahan. Dia hanya membiarkan. Tahu sangat yang si Natasha ni biasa mandi air panas..
"Kau patut bersyukur sebab mandi masa tengah hari. Bermula esok, kau kena mandi pagi tau? Kau hadap la air sejuk ni pagi-pagi buta esok.."
Natasha panggung kepala memandang suaminya dengan badan serta bibir yang menggigil. "Haa? Kenapa? Tak.. takde air panas ke dekat sini?" Tanyanya dengan suara terketar.
Iqbal meletakkan gayung ke dalam kolah lalu menyisir rambut isterinya yang menghalang pandangannya.
"Takde. Lagipun tak elok la asyik mandi panas atau suam je. Nanti kulit kering dan gatal kalau mandi air suam setiap hari. Kau kena belajar mandi air sejuk. Orang dulu-dulu badan cergas sebab mandi sejuk di pagi hari.. kau pun kena start dah esok. Faham?"
Perlahan sahaja percakapan Iqbal ketika ini. Dia mahu mengajar isterinya cara hidup di kampung. Natasha mencebik lalu mengeratkan pelukan mereka. Dia mendongak memandang suaminya sambil dagu direhatkan ke dada bidang suaminya itu.
"Tapi saya tak tahan sejuk..." rengek Natasha perlahan. Iqbal senyum tipis lalu mengambil sabun buku. Dia mula menyapu sabun ke bahu isterinya yang masih memakai gown semalam.
"Cuba.. kena cuba. Lama-lama kau akan terbiasa.." bisik Iqbal perlahan. Natasha mengangguk sahaja.
Dia terus berpaling ke arah tangan Iqbal apabila terasa sedikit berbuih di situ.
"Awak! Kenapa pakai sabun ni?? Eiii taknak lah! Saya geli!!"
"Dah yang tu je ada. Kau nak pakai sabun apa kalau takde yang ni?"
"Ihh taknakkkkk! Cucikan balik! Nanti badan saya gatal la awakkkkk."
"Ahh takde. Kau jangan nak mengada sangat. Pakai je apa yang ada.. tak payah nak acah bandar dekat sini."
"Saya benci awak! Benci awak Iqbal!"
"Ye aku tahu. Aku pun benci kau. Sudah-sudahlah ungkap ayat sama."
TBC🤍
Dan tanpa sedar, mereka mandi bersama-sama dihari kedua menjadi suami-isteri auch..VOTE AND COMMENT❤️
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Roman d'amour"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...