"SAYA tak kira! Saya taknak balik rumah saya!" Jerit Natasha lalu menghentak kaki kuat. Sedari tadi Iqbal memaksanya untuk pulang kerumah. Sudahlah sekarang sudah pukul 1 pagi.Mereka berdua masih lagi bersantai di taman ketika ini. Pening kepala Iqbal dibuatnya apabila Natasha memberontak seperti ini.
Iqbal berdecit. "Balik la.. dah lewat la. Mesti daddy kau bimbangkan kau sekarang ni.." ujar Iqbal lalu menggaru kepalanya. Entah bagaimana lagi cara untuk memujuk si Natasha ni..
Natasha mendengus. "Takkkknakkkkkk! Daddy tak risaukan saya pun la! Kalau tak, mesti dia dah call saya! Tapi dari tadi telefon saya langsung tak berbunyi."
Iqbal menjulingkan mata. Dia yang cari pasal, tapi dia pula yang nak dipujuk..
Tersentak Iqbal apabila telefonnya bergetar. Dia mengeluarkan telefon lalu tersenyum senget. "Nahh. Tengok siapa call aku sekarang." Iqbal menunjukkan skrin telefonnya pada Natasha.
Berkerut dahi Natasha. "Serius lah? Awak pakai nokia lagi? Sebab tu awak takde whatsapp?" Tanya Natasha dengan riak bingung.
Dia pernah meminta Iqbal untuk menghantar whatsapp sahaja jika ada apa-apa yang mustahak namun lelaki itu call sahaja. Kadang-kadang lelaki itu menghantar melalui mesej.
Sekarang baru lah Natasha tahu kenapa Iqbal hanya menghantar pesanan melalui mesej dan bukannya whatsapp.
Iqbal mengangguk. "Aku jawab call daddy kau jap." Ujar Iqbal lalu menjawab panggilan itu. Natasha masih mengerdipkan matanya.
Ada lagi ke orang pakai nokia 3310 sekarang? Sekarang ni zaman telefon berskrin penuh.. tak sangka pula masih ada yang menggunakan telefon kecil itu.
Iqbal membuka loud speaker agar Natasha turut mendengarnya. "Hello uncle.."
'Hello Iqbal.. Iqbal dah jumpa Tasha ke?'
Natasha mencebik. Elehh. Buat-buat tanya pula.. tadi tengking orang.. Iqbal menjungkit kening ke arah Natasha. Natasha hanya memuncung sahaja.
"Ada uncle.. dia ada dengan Iqbal sekarang ni. Uncle nak Iqbal bawa balik cik Tasha sekarang ke?"
Natasha berdehem perlahan sambil berpeluk tubuh. Saja la nak dengar bapanya merayu kepadanya untuk pulang.
'Nah sokay. Iqbal bawa je dia kemana-mana. Uncle tak kisah.'
Terbeliak mata Natasha apabila mendengarkan itu. Iqbal hanya ketawa perlahan apabila Tuan Syazwan menghalau anak sendiri.
"Daddy! Sampai hati cakap macam tu! Bukannya nak suruh anak balik kan?!" Jerit Natasha dengan tiba-tiba.
'Eh? Laa ada ke.. ingat ke dah lari keluar negara tadi..' seloroh Tuan Syazwan lalu tergelak kecil.
Natasha memuncung. Benci betul dengan bapanya itu. Suka sangat menyakatnya begitu. Padahal baru tadi mereka berperang sehingga bumi hampir terbelah tiga..
"Fine! Kalau macam tu Tasha tidur rumah Iqbal je!" Terbeliak mata Iqbal. What? Tak malu ke perempuan ni?
'Hmm pergilah.'
Natasha tersebik. Dia menghentak kaki kuat. "Tasha taknak kawan dengan daddy lepas ni! Daddy ni daddy derhaka! Menci!" Jerit Natasha lalu menolak kasar badan Iqbal.
Tercengang Iqbal apabila dia yang dapat habuan sekarang ni.. apa salah aku?
'Iqbal..'
Iqbal berpaling ke telefonnya lalu melekapkan telefon ke telinganya. "Ya uncle.."
'Jaga Tasha baik-baik. Uncle tahu Iqbal seorang yang boleh dipercayai. Ikut je kemana saja dia pergi.. biar dia tenang dulu sebelum balik ke rumah..'
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Roman d'amour"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...