"KEMBALI ke syarikat Tasha semula. Itu permintaan abang.." Natasha bangun dari baringnya lalu menggeleng laju dengan dahi berkerut."No. Tasha taknak. Tasha takkan kembali ke syarikat itu lagi atau lebih tepat, Tasha taknak berjumpa daddy lagi."
Dia sudah selesa hidup di kampung dan untuk pulang ke tempat asalnya semula adalah mustahil bagi Natasha kerana dia sudah berikrar untuk tinggalkan bandar.
Iqbal menekup kedua pipi Natasha. Diperhatikan sahaja mata Natasha yang sedang menatapnya sekarang. "Tahu.. abang tahu yang Tasha masih terasa dengan daddy.. tapi abang mohon, kembali semula ke sana kerana disana adalah tempat asal Tasha.. Tasha mesti rindukan tempat asal Tasha kan?"
Bisik Iqbal perlahan seraya mengusap pipi isterinya. Natasha menggeleng dengan riak sebik lalu menepis tangan suaminya. "Abang halau Tasha ke sekarang?"
Iqbal menggeleng laju seraya menggosok kedua-dua lengan Natasha. "Tak.. tak pernah terlintas di hati abang untuk halau Tasha.. Tasha tetap akan tinggal dengan abang.. cuma.. abang nak Tasha uruskan semula syarikat tu.. sepatutnya syarikat tu di handle oleh Tasha. Bukan Anas. Jadi abang moh--"
"Taknak! Tasha taknak! Sampai bila-bila pun Tasha taknak kembali ke sana! Tasha stress hidup dekat sana!" Jerit Natasha lalu bangun dari duduknya. Dahi Iqbal mula berkerut lalu dia bangun dari tilam dan berdiri dihadapan isterinya.
Natasha meraup kasar wajahnya lalu mencerlung suaminya yang sedang memandang redup ke arahnya. Iqbal mengeluh perlahan. "Sayang.. abang tahu Tasha dah selesa di sini.. tapi abang cuma nak Tasha uruskan semula syarikat tu. Itu impian Tasha kan? Tasha masih sayangkan syarikat tu kan?"
Natasha mengemam bibir. Betul. Dia masih sayangkan syarikat bapanya itu. Tipulah jika dia kata dia sudah lupakan syarikat itu sedangkan dia sudah lama memegang syarikat itu.
Iqbal melangkah merapati isterinya lalu membelai rambut isterinya. Iqbal senyum tipis. "Abang bagi Tasha masa.. Tasha tak perlu jawab sekarang.. Tasha jawab masa Tasha dah bersedia. Tapi jangan lambat sangat.. jangan biarkan daddy menunggu Tasha.."
Natasha menggigit bibirnya lalu panggung kepala ke arah suaminya. Diperhatikan sahaja wajah berkerut suaminya ketika ini. "Tapi.. abang keutamaan Tasha.. Tasha nak jaga abang.. Tasha nak jaga makan minum abang.. Tasha nak tunggu abang balik bekerja macam selalu...
... kalau Tasha kembali bekerja disana, keadaan akan berubah, abang.. kita akan berjauhan nanti.. Tasha pun tak boleh nak masak dan hantar makanan untuk abang nanti.. Tasha taknak macam tu.."
Iqbal mengangguk lalu mengusap kedua pipi isterinya. "Abang tahu.. tapi abang taknak disebabkan abang, Tasha terus tolak impian Tasha.. sebagai seorang suami, abang akan selalu support Tasha dari belakang.. abang nak Tasha kejar impian Tasha.. abang taknak la Tasha lupakan impian Tasha hanya disebabkan ingin menjaga makan minum abang.. kita masih boleh menjaga antara satu sama lain lepas ni.."
Natasha menggeleng perlahan lalu mula menitiskan air mata. Dia mengusap tangan suaminya yang berada di pipinya sekarang. "Taknak.. nanti kita kurang luang masa bersama.. Tasha taknak macam tu abang.. abang tolong la faham Tasha.." ujar Natasha dengan suara bergetar.
Iqbal senyum lalu melekapkan dahinya ke dahi Natasha. Natasha mengerdip mata merenung mata koko suaminya dihadapan wajahnya.
"Tahu.. tapi kita tetap akan spend time bersama juga selepas balik kerja nanti.."
Natasha menggeleng. "Lain abang.. syarikat Tasha ambil masa setengah jam dari rumah nenek.. Tasha taknak habiskan masa di jalan raya yang sesak.. Tasha nak luangkan masa dengan abang.. Tasha nak jadi isteri mithali untuk abang.."
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...