IQBAL menjeling Ariff yang sedang tersengih kepadanya. "What? NekLi yang cakap yang korang perlukan kereta untuk pergi berkelah kan? Jadi aku datang la sini untuk membantu.." ujarnya lalu senyum senget pada Iqbal.Iqbal mendengus. Bukannya dia tidak tahu bahawa Ariff sengaja ingin mengikutinya kerana ingin makan makanan percuma. Tahu sangat la perangai si Ariff ni!
"Tapi.. kita ramai.. tempat duduk pula sempit. Macam mana?" Tanya Kiara yang sedang memerhati ruang kereta Ariff. Ariff sengih.
"Macam ni, aku dan Pak Khalid duk depan. Lepas tu bahagian tengah, Iqbal, Natasha dan makcik. Bahagian belakang nenek dan Kiara. Setuju tak?" Tanya Ariff sambil menjungkit kening.
Natasha berdecit perlahan. "Tukar seat boleh? Saya boleh duduk bahagian belakang.." Iqbal terus berpaling ke arah isterinya. Tahu sangat bahawa isterinya ingin menjauh darinya.
Ariff mengangguk. "Ok. Kalau macam tu, awak duduk dengan Kiara dekat belakang. On ke tak on?" Ujar Ariff dengan senyuman senget. Natasha berdecit. Dia terus berpaling ke arah NekLi lalu tersengih.
"Takdok. Mu duduk la dengan laki mung dan mok mertua mu. Aku takboh duduk berhimpit ramai-ramai. Aku duduk dengan Kiara kat belakang. Dah jom." Ujar NekLi lalu menarik tangan Kiara.
Kiara menyimpan keluh. Benci.. tak boleh ke kalau dia je duduk dengan Iqbal dan Puan Irina? Biarkan je NekLi dan Natasha duduk di belakang? Dia pun nak juga berhimpit dengan Iqbal..
Iqbal melangkah menghampiri isterinya lalu menggenggam tangan Natasha. "Jom masuk.." ujarnya perlahan. Natasha menepis pegangan Iqbal lalu menonong masuk ke dalam kereta seorang diri.
Iqbal mengeluh perlahan. Isterinya masih memarahinya sekarang..
Ariff mendekati Iqbal lalu menepuk perlahan bahu kawannya. "Asal? Bergaduh?" Iqbal mengeluh lalu mengangguk.
"Lebih kurang macam tu aa.." Ariff tergelak perlahan lalu menggeleng. "Macam-macam la korang ni.. ala.. kau duduk dengan dia nanti kan? Sentuh dan belai la dia.. nanti ok la Tasha tu.."
Iqbal hanya mengangguk sahaja. Memang itulah tujuannya nanti. Dia akan memujuk Natasha sehabis baik kali ini. Tak sanggup dia melihat wajah masam mencuka Natasha..
*:・゚✧*:・゚✧
NATASHA mengeluh perlahan apabila dia terpaksa duduk ditengah-tengah dihimpit Puan Irina dan Iqbal. Dia ada bertanyakan Puan Irina tadi sama ada ingin menukar seat atau tidak namun Puan Irina menolak.
Puan Irina memberitahu bahawa dia akan pening jika duduk di tengah. Jadi, dia kena duduk di tepi tingkap kereta sahaja. Itu semua alasan je sebenarnya. Dia ingin merapatkan hubungan anak serta menantunya..
Tersentak Natasha dari lamunan apabila tangan kasar Iqbal mula mengusap pahanya. Natasha berpaling ke arah Iqbal lalu mencerlung tajam. Iqbal senyum lalu menjungkit kening.
"What? Salah ke aku usap paha kau?" Tanyanya perlahan. Natasha mendengus lalu menepis perlahan tangan suaminya. "Tak payah la. Saya tak selesa."
Iqbal senyum senget lalu merapatkan lagi kedudukan mereka. Hampir sesak nafas Natasha apabila badannya bersentuhan dengan badan Iqbal.
"Apa ni.. nanti nenek nampak la.." ujarnya sambil menolak-nolak dada Iqbal. Iqbal berpaling ke belakang. NekLi dan Kiara sudah tidur lena begitu juga Puan Irina. Iqbal kembali berpaling ke arah isterinya.
"Alah aku sentuh sikit je.. takkan dah gelabah?" Tanyanya seraya mengusap celah paha Natasha. Natasha mendengus lalu menolak kasar tangan gatal itu. "Tak payah!" Bisiknya dengan dahi berkerut.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...