"DAN yang kedua, didik dia jadi manusia berguna. Jangan gunakan duit yang daddy bagi pada Iqbal untuk menampung kehidupan dia.""Maksud daddy? Iqbal tak faham.. jadi, untuk apa daddy bagi duit bulanan pada Iqbal kalau bukan untuk Natasha?"
Tuan Syazwan senyum. Dia sudah agak soalan ini akan dilontarkan oleh Iqbal.
"Guna duit bulanan tu untuk impian Iqbal. Iqbal kata nak baiki rumah nenek Iqbal kan? So go on. Daddy bantu Iqbal sikit-sikit untuk impian Iqbal tu."
Terbeliak mata Iqbal. "Macam mana daddy tahu?" Tuan Syazwan senyum tipis. "Pak Khalid yang beritahu daddy. Anggap je la daddy menderma pada keluarga Iqbal.."
Iqbal mengeluh perlahan. Bapa saudaranya itu suka memecahkan rahsianya. Tuan Syazwan senyum lalu menepuk bahu menantunya.
"Daddy nak Iqbal ajar dia supaya jadi orang sederhana seperti Iqbal. Harapan daddy hanya satu. Daddy nak dia berubah menjadi orang biasa. Daddy tahu dia jadi angkuh dan sombong kerana harta. Jadi, mulai harini daddy nak Iqbal didik dia jadi manusia biasa yang tahu bersyukur dengan rezeki Allah. Daddy nak dia berubah."
Iqbal mengangguk faham. Sekarang dia faham mengapa Tuan Syazwan tidak mengizinkan dia menggunakan duit itu untuk keperluan Natasha.
"Jadi maksud daddy, daddy nak Iqbal tanggung Tasha seratus peratus kan?" Tuan Syazwan senyum lalu mengangguk. "Absolutely yes. Jangan sesekali beritahu Tasha tentang duit bulanan tu. Daddy taknak dia meminta pula nanti. Daddy nak dia beranggapan bahawa Iqbal tiada kaitan dengan daddy."
Iqbal mengangguk sahaja. "Baik daddy. Iqbal janji Iqbal akan didik dia supaya jadi manusia berguna. Iqbal minta maaf atas kesilapan Iqbal malam ni. Iqbal akan jaga anak daddy sehingga akhir nafas Iqbal.."
Tuan Syazwan senyum lalu memeluk tubuh menantunya. Iqbal membalas pelukan mentuanya itu. "Terima kasih.. daddy percayakan Iqbal.." ujarnya perlahan.
Tuan Syazwan menghela nafas lega. Apa yang dirancang telah berjaya seratus peratus. Dia yang mengupah pelayan tadi untuk memasukkan pil mengantuk ke dalam air Natasha.
Dan dia jugalah yang menelefon JAIS untuk menangkap Iqbal dan Natasha berduaan dibilik hotel. Segalanya berjaya dengan jayanya.
Harapannya adalah satu. Ingin mengajar anaknya bersyukur dengan apa yang ada. Natasha terlalu agungkan kekayaan sehingga memandang rendah terhadap manusia lain.
Dan semestinyalah dia menginginkan Iqbal jadi menantunya. Dia yakin Iqbal pandai menjaga serta mendidik Natasha. Lihat sahajalah cara Iqbal bercakap dengan Natasha. Sentiasa terselit nasihat dalam perbicaraannya.
*:・゚✧*:・゚✧
MEMUNCUNG bibir Natasha ketika ini. Diperhatikan sahaja suaminya yang sedang memakai topi keledar. Iqbal berpaling ke arah Natasha yang masih berdiri sambil berpeluk tubuh.
Iqbal tergelak sinis. "Akhirnya orang tu kena naik juga besi buruk ni. Haritu kau mengutuk sakan motor aku kan? Haa sekarang inilah harta yang kita ada." Ujar Iqbal sambil menepuk-nepuk motornya.
Natasha berdecit. "Taknak la naik ni.." rengeknya dengan muka yang masam mencuka. Iqbal menjeling isterinya.
"Habis tu kau nak jalan kaki? Naik motor pun makan masa setengah jam ke rumah nenek aku tau? Apatah lagi jalan kaki.. mahunya berjam-jam.." ujar Iqbal dengan gelengan.
Natasha mendengus sahaja mendengarkan itu. "Cepatlah naik. Dah malam ni. Kang ada setan kacau kau nak?" Natasha berdecit. "Tak kelakar." Ujarnya lalu mengambil topi berbentuk hello kitty tersebut. Entah celah mana si Iqbal ni curi topi pink ni aih..
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...