NATASHA mendengus apabila kereta masih tidak sampai di pejabatnya. Dia sudah dimaklumkan oleh bapanya bahawa dia mempunyai driver baru bermula petang ini.Dan disinilah dia. Dia masih berdiri tegak dihadapan syarikatnya. Natasha mendengus lalu menyebak rambut ke belakang.
"Mana orang tua ni?! Berpeluh aku tunggu! Habis mekap aku cair ish! Hari pertama dah buat hal!" Jeritnya lalu menghentak kakinya. Bergema ruangan itu dengan kasut tumit tingginya.
Dia sudah tidak menghiraukan para pekerja yang memandang kearahnya. Well dia dah biasa menjerit seperti itu didalam syarikat.
Para pekerja pun sudah terbiasa dengan perangai diva CEO mudanya itu. Ada juga sebahagian daripada mereka yang selalu bergosip tentang Natasha.
Natasha bukanlah seorang yang mesra. Dia lebih mengutuk daripada memuji pekerjanya. Kerana itulah mereka tidak berkenan dengan Natasha. Namun mereka tetap bekerja disini kerana bayaran gaji disini agak lumayan.
Jadi bertabah sahajalah melayan karenah CEO divanya itu..
Natasha menjungkit kening apabila kelihatan honda civic 1.8c yang berwarna merah berhenti dihadapannya. Tahulah dia bahawa itu pemandunya.
Kereta itu milik Natasha namun Natasha tidak mempunyai lesen untuk memandu. Well, dia lebih suka menjadi princess passenger berbanding memandu sendiri.
Natasha berpeluk tubuh menunggu pemandu untuk membukakan pintu untuknya. Diperhatikan sahaja wajah pemandu baharunya. Muka lelaki itu tidak jelas kerana cermin tintednya gelap.
Natasha mendengus apabila kelihatan pemandu tersebut langsung tidak keluar dari keretanya. Natasha menghampiri pintu kiri lalu mengetuk tingkap tersebut.
Iqbal menurunkan cermin tingkap lalu menjungkit kening kearah anak majikannya itu. Terbeliak mata Natasha apabila melihat pemandunya kali ini agak muda berbanding sebelum ini.
Tuan Syazwan pernah mengambil pemandu muda namun pemandu muda itu buat onar kerana mengambil kesempatan untuk menyentuh Natasha. Bermula dari hari itulah Tuan Syazwan terus mengambil pekerja tua sahaja.
Namun kali ini kelihatan Tuan Syazwan amat mempercayai Iqbal selepas dia bertemu dengan Iqbal empat mata.
Natasha berdehem. Baginya lelaki itu agak hensem walaupun hanya berpakaian tshirt biasa serta seluar jeans sahaja. Baginya muka Iqbal agak kelakian kerana mempunyai sedikit kumis serta kening yang tebal. Sudahlah dia sedang memakai spek mata hitam.
Rawr sangat ni pemandu kali ni.
"Excuse me? Awak tak tahu cara untuk jemput majikan ke? Buka lah pintu ni! Macam mana saya nak masuk kalau pintu tertutup macam ni!" Terpejam mata Iqbal apabila menerima tengkingan dari Natasha.
Dia memerhati sekeliling. Dia sudah agak pasti jeritan Natasha telah menggamit pekerja yang lalu-lalang disini.
"Tertutup je kan? Bukannya terkunci. Buka sendiri la. Takkan aku pula nak bukakan?" Tercengang Natasha apabila pemandu itu melawan cakapnya. Tidak pernah lagi orang melawan cakapnya seperti ini.
"What? Aku? Awak bahasakan diri aku? Gila kerek. Awak tu pemandu je! Tak payah la nak kasar sangat dengan saya! Saya ni majikan. Kedudukan saya lagi tinggi dari awak! Tolong hormat saya sebagai majikan! Sudahlah mari lewat! Lepastu kurang ajar pula! Mak ayah tak didik ke?!"
Berkerut dahi Iqbal apabila Natasha mula menyebut tentang ibubapanya. Dia berdecit lalu keluar dari kereta. Natasha menjungkit kening sambil berpeluk tubuh.
Diperhatikan sahaja badan tegap lelaki itu. Wow. Baginya pemandu muda itu agak tinggi orangnya kerana pemandu itu lebih tinggi darinya.
Ketinggian Natasha mencecah 170cm. Jadi, dia dapat anggarkan ketinggian lelaki itu mungkin dalam 185cm keatas..
Natasha mendongak kearah Iqbal dengan riak angkuhnya. Iqbal berdehem lalu mencabut spek hitamnya. Dia menyangkut spek itu ke kolar tshirtnya.
Natasha agak terkesima melihat mata kekokoan lelaki itu. Baginya Iqbal agak sempurna dari segi raut wajah.
"Maaf cik Tasha. Sememangnya waktu yang ditetapkan adalah pukul 4.30 petang. Dan sekarang baru sahaja masuk 4.20 petang. Celah mana aku lewat ni?" Tanya Iqbal lalu menunjukkan jamnya kearah Natasha.
Natasha mendengus. "Habistu nak buat mcm mana? Saya keluar awal. Jadi, bila saya dah keluar, saya nak pemandu dah sedia ada kat sini! Itu cara kerja yang sebenar."
Iqbal tergelak. "Woaa sorry. Kalau mcm tu, lepasni cakap je lah kau nak keluar awal. Aku akan datang sini dua jam lebih awal. Bleh bawak pembakar sosej sekali. Jual sosej kat sini laku gak kan?" Tanyanya sinis.
Awalnya dia ingin melayan Natasha dengan baik namun selepas sahaja Natasha menjerit terlolong kepadanya, terus dia kuburkan sahaja niatnya itu..
Buat apa nak bercakap elok-elok dengan orang yang kurang ajar kan? Nenek cakap kena lawan.. jadi, Iqbal pun lawan la..
Natasha mendengus. "Kurang ajar kan awak ni? Tak pernah lagi saya jumpa dengan orang kurang ajar macam awak ni!"
Iqbal berdecit lalu menggaru telinganya. Pedih! Asyik menjerit sahaja majikan mudanya ini.
"Maaf lah. Aku membalas perlakuan kau. Kalau kau kurang ajar, aku pun akan kurang ajar. Aku tak kisah kau anak majikan aku sekalipun. Aku tetap jadi diri aku."
Natasha berdecit. "Saya majikan tau. Awak tetap kena layan saya elok-elok! Tak tahu cara kerja ke apa? Mesti sebelum ni awak tanam anggur je kan? Datang pada daddy pastu merayu untuk dapat kerja ni? Tch. Lelaki sampah.." ujar Natasha lalu menggeleng.
Iqbal senyum segaris. "Nak masuk tak ni? Kalau taknak, aku nak keluarkan tikar. Mana tau kau nak berpicnic pula kat depan syarikat kau ni kan?"
Natasha mendengus. "Awak tengok la nanti, saya report pada daddy tentang hal ni! Awak akan dipecat pada harini jugak!" Jeritnya lalu menolak kasar badan Iqbal. Dia menjeling kearah lelaki itu lalu masuk ke dalam kereta.
Iqbal mengangkat tangan tanda mengalah sahaja. Dia menjungkit bahu. "Lantak la.. bapak kau yang suruh aku setia jadi pemandu kau.. aku nak tengok je sama ada Tuan Syazwan bela kau atau aku.." gumamnya perlahan.
"Cepatlah masuk! Terhegeh-hegeh la jantan ni!" Jerit Natasha dari dalam kereta.
Iqbal mengeluh lalu memakai kembali kaca mata hitamnya. Dia melangkah kearah pintu pemandu lalu masuk kedalam kereta. Dia mengerling kearah belakang sekilas.
"Pakai seatbelt." Natasha mendengus. "Awak sibuk kenapa? Bawak jelah kereta tu! Memekak ajelah dia ni! Dari tadi itu tak kena ini tak ke-- auch!" Jerit Natasha apabila dahinya terhantuk di seat hadapan.
Dia menyentuh dahinya lalu berdesis sakit. Dia mencerlung tajam kearah Iqbal yang tersengih.
"Kenapa pandu macam tu?! Sakitlah dahi saya kalau awak berhenti mengejut mcm tu!!" Jeritnya lalu mengelus perlahan dahinya.
Iqbal tersenyum sinis. Dia pening kepala mendengar bebelan Natasha. Kerana itulah dia mula memandu lalu terus menekan brek. Saje nak beri peringatan kepada Natasha untuk memakai seatbelt dengan elok.
"Dah nampak kan sebab apa aku suruh kau pakai seatbelt? Pakai je la. Bukannya kena bayar pun.."
Natasha menolak isian pipinya dengan lidah. Dia menghentak kakinya lalu memakai seatbelt dengan cepat.
"Dah? Puas hati awak?" Tanyanya dengan riak tegang. Iqbal mengerling sekilas kearah belakang lalu mengangguk.
"Good. Bukan susah sangat kan?" Tanyanya lalu mula memasukkan gear. Dia mula memandu keluar dari syarikat itu.
Natasha mendengus lalu berpeluk tubuh. Dia masih menyimpan dendam kearah pemandu baharunya itu.
TBC🤍
Aduhai si Iqbal ni cari pasal dengan majikan pulak dahh..VOTE AND COMMENT❤️
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...