SYAQUILLA - BAB 92🔥

19.8K 819 41
                                    



KEESOKANNYA telah tiba namun Natasha masih setia menunggu bapanya diluar bilik ICU. Bapanya masih kritikal dan harus dijaga dengan rapi. Natasha hanya diam tak bersuara. Dia sudah penat menangis sehingga dia lemah longlai ketika ini.

Iqbal melangkah mendekati isterinya yang tidak bermaya di ruangan kerusi. Iqbal mengeluh perlahan sambil membawa roti serta air kotak untuk isterinya. Natasha langsung tidak menjamah makanan.

Katanya dia tidak mahu makan jika Tuan Syazwan tidak bangun. Dan apabila Iqbal memaksa, dia akan bertanyakan soalan yang agak pelik. Macam meracau pun ya.

'Daddy tak makan takpe je.. Tasha taknak makan. Tasha nak ikut daddy. Kalau daddy tak makan, Tasha pun taknak makan. Tasha nak tunggu daddy..'

Itulah perkataan yang Natasha ungkapkan. Tahukah Natasha bahawa Tuan Syazwan bernafas melalui wayar? Dan lelaki itu masih bernyawa dengan alatan pernafasan. Jadi tidak makan pun tak apa kerana ada bantuan.

Lain pula dengan situasi Natasha.. Natasha langsung tiada bantuan alat pernafasan tau? Kalau pengsan sebab kekurangan nutrisi naya je...

"Sayang.. makan dulu meh." Ucap Iqbal lalu menghenyak punggung diatas kerusi ditepi Natasha. Natasha menggeleng perlahan lalu memeluk tubuh suaminya. Iqbal senyum tipis sambil mengelus kepala Natasha.

"Tasha nak tunggu daddy.." Iqbal senyum. "Tahu.. tapi Tasha perlukan tenaga untuk berjumpa daddy bila daddy dah sedar nanti.. mesti daddy marah abang sebab abang tak jaga Tasha dengan baik.. Tasha nak ke daddy marah abang nanti?"

Bisik Iqbal perlahan seraya mengusap pipi isterinya. Lesu sahaja wajah kesayangannya itu.

Natasha tersebik lalu menggeleng. "Amauuu.. kesian abang nanti.." rengeknya perlahan sambil mengelus dada Iqbal. Iqbal tergelak perlahan mendengar perkataan yang amat cute baginya.

"Kalau macam tu makan sikit.. Tasha dah lemah ni.. nanti pengsan, tak sempat la nak jumpa daddy.. betul tak?" Bisik Iqbal perlahan. Natasha panggung kepala ke arah suaminya. Iqbal senyum sahaja melihat bibir pucat isterinya.

"Kalau macam tu abang suap la Tasha.." ujar Natasha sambil mengerdip mata dihadapan Iqbal. Iqbal senyum lalu mengangguk.

"Okey okey meh.. abang suap isteri manja abang ni.." Iqbal mengoyak plastik roti. Natasha mengangakan mulut menunggu suapan dari Iqbal. Iqbal tergelak perlahan.

"Aaaaa keretapi datang.." ujar Iqbal perlahan seraya meluaskan mulutnya. Natasha sengih lalu menyambut suapan suaminya. "Aummmmm.. cuk cukkk.." ujar Natasha sambil mengunyah.

Iqbal terkekeh ketawa. Natasha makin berperangai budak-budak sekarang.. makin nakal..

Iqbal mengesat sedikit bibir isterinya yang comot. Natasha senyum tipis sambil mengunyah roti. Berpasir sahaja kunyahannya ketika ini kerana dia masih merisaukan keadaan bapanya.

Iqbal dan Natasha panggung kepala apabila doktor keluar dari ruangan ICU. Natasha mendekati doktor dengan nafas tercungap-cungap.

"Macam mana dengan daddy saya doktor?" Iqbal merapati isterinya lalu merangkul bahu isterinya dari tepi. Doktor senyum kelat.

"Tuan Syazwan masih tidak sedar dan keadaannya sedikit merosot dari semalam. Dia masih dalam fasa kritikal saat ini. Jadi, saya sarankan encik dan puan banyakkan berdoa kerana... peluang untuk hidup agak tipis."

"Allah.." gumam Natasha lalu pengsan di pangkuan suaminya. Terbeliak mata Iqbal. Dia menepuk-nepuk pipi isterinya. "Sayang?" Panggilnya dengan riak terkejut. Dia terus mencempung isterinya apabila kelihatan Natasha tidak sedarkan diri.

"Bawa dia ke ruang kecemasan." Arah doktor perlahan. Iqbal mengangguk lalu terus melangkah laju dari situ. Sempat dia mengerling isterinya yang pengsan dalam dukungannya.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now