IQBAL bangun dari duduknya lalu berjalan kehulur kehilir di depan bilik kecemasan. Dia telah meminta tolong Ariff untuk menghantar mereka sekeluarga ke hospital.Sedari tadi Iqbal hanya diam sahaja. Air mata masih mengalir tanpa henti. Matanya hanya memandang bilik kecemasan. Sudah sejam berlalu namun doktor masih tidak keluar dari bilik tersebut.
Iqbal meraup wajahnya lalu memicit batang hidungnya. Dia memejam mata erat. Dia takut. Dia takut akan kehilangan Natasha.. dia takut jika wanita itu meninggalkannya mendadak seperti ini.
Puan Irina, Pak Khalid, PakMat, Ariff dan NekLi memandang sayu Iqbal yang masih menunggu isterinya. Iqbal langsung tidak makan dan minum walaupun dipaksa oleh neneknya.
Dia hanya inginkan isterinya sahaja. Ariff bangun dari duduknya lalu merangkul bahu kawannya. "Dah.. takde ape lah. Doktor rawat je tu. Nanti isteri kau ok la tu.. jangan risau.."
Iqbal mengeluh perlahan. "Kalau dia tak okay macam mana? Kalau dia tinggalkan aku macam mana?" Tanya Iqbal sayu sambil merenung mata Ariff yang sedang memandangnya.
"Kalau isteri aku tinggalkan aku, aku akan follow dia. Aku tak kira, aku akan ikut dia kemana sahaja dia pergi."
"Mengucap Iqbal.. tak baik cakap macam tu.." tegur Pak Khalid yang hanya diam dari tadi. Iqbal memejam mata kejap lalu mengesat kasar air matanya.
"Iqbal yang salah.. kalau la Iqbal teman dia tidur semalam, perkara ni takkan jadi. Kalau la Iqbal jaga dia waktu dia tidur, dia tak akan keluar diam-diam dari rumah macam ni. Salah Iqbal paksu.. Iqbal dah janji pada dia untuk selalu jaga dia sewaktu dia lena. Iqbal takkan tinggalkan dia bersendirian sewaktu dia tidur. Tapi Iqbal gagal paksu.. Iqbal mungkir janji.. sebab tu dia bunuh diri kan? Semua sebab Iqbal?"
Ujarnya diselangi esakan yang makin laju. Ariff menghela nafas perlahan lalu mengusap bahu kawannya. Puan Irina memandang sayu wajah anaknya.
Tidak pernah lagi Iqbal rapuh sampai ke tahap ini. Sedih hati tuanya melihat Iqbal dalam keadaan tidak terurus seperti itu. Rambut kusut masai.. baju pun hanya memakai baju lusuh sahaja tadi. Seluar pun kotor dengan tanah serta ada sedikit kesan darah Natasha di bajunya.
"Takde siapa yang salah.. Iqbal jangan salahkan diri macam ni.. semuanya ada hikmah. Ibu yakin menantu ibu tu kuat.. dia takkan tinggalkan kita.. ibu pasti hal tu.."
Ujar Puan Irina dengan tergagap-gagap. Dia agak ragu-ragu dengan ucapannya namun hanya itu sahaja cara untuk menenangkan anak tunggalnya itu.
Iqbal mengetap bibirnya. "Tapi.. tapi Iqbal yang marah dan tengking dia ibu.. silap Iqbal.. Iqbal terlupa yang Tasha pernah depress.. bodohnya Iqbal sebab buat acuh tak acuh saja tentang hal itu.." ujar Iqbal lalu memukul kuat kepalanya.
Sayu hati Puan Irina melihat keadaan anaknya sekarang.. tahu la dia bahawa Iqbal sangat berasa bersalah atas kesakitan Natasha..
Iqbal memejam mata kejap lalu menunduk. Sungguh dia berasa bersalah terhadap Natasha. Dia lupa Pak Khalid ada mengatakan bahawa Natasha pernah menghidapi depression. Dan sekarang dia pasti depression Natasha datang kembali.
Iqbal panggung kepala ke pintu emergency apabila pintu itu dikuak dari dalam. Dia menolak badan Ariff lalu melangkah menghampiri doktor.
"Doktor.. ist.. isteri saya macam mana?" Tanya Iqbal dengan tergagap-gagap. Doktor senyum tipis lalu menepuk bahu Iqbal.
"Alhamdulillah dia selamat.. cuma dia lemah sebab kehilangan darah. Tapi sekarang dia dah makin membaik.."
Iqbal senyum lebar. "Terima kasih doktor.. terima kasih." Ujar Iqbal lalu mencium bertalu-talu tangan doktor.
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...