SYAQUILLA - BAB 33🔥

22.6K 885 50
                                    



NATASHA berdecit apabila telefonnya tiada liputan internet. Dia mengangkat tinggi telefonnya hingga keatas namun liputan tetap tidak kelihatan.

Puan Irina tersenyum melihat menantunya yang sedang berdiri di sebalik tingkap. Diperhatikan sahaja pakaian wanita itu.

Cantik. Hanya pakai tshirt lengan panjang berserta kain batik. Nampak seperti perempuan melayu terakhir pula Natasha kali ni. Sangat berbeza dengan Natasha ketika di bandar.

Natasha mengeluh. "Kenapa takde line? Dari semalam lagi aku cari tapi tetap tak jumpa.." keluhnya perlahan.

"Tasha.. kenapa tu?" Tanya Puan Irina lalu duduk diatas sofa rumahnya. Natasha berpaling ke arah ibu mertuanya. Dia menunjukkan telefon pada Puan Irina.

"Ni.. takde line pula.. dari semalam Tasha cari tapi langsung takde line.." ujar Natasha seraya berjalan ke arah Puan Irina lalu duduk diatas sofa.

Puan Irina hanya senyum tipis. Diperhatikan wajah cemberut Natasha sekarang. "Tasha.. selesa tak duduk di kampung ni?" Natasha berpaling memandang ibu mertuanya lalu menggeleng.

"Tak. Langsung tak. Tasha tak pernah hidup miskin macam ni. Sebab tu Tasha tak selesa langsung." Jawabnya tanpa berlapik. Puan Irina senyum kelat. Dia agak terasa apabila Natasha menyebut 'miskin'.

"Takpa.. lama-lama nanti selesa la. Tasha kena selesakan diri di sini. Kampung best tau. Aman dan tenang tanpa gangguan bunyi dan pencemaran udara kerana asap kenderaan seperti di jalan raya sana. Cuma ada kalanya ada juga la asap orang bakar daun dekat rumah dia.. yang tu jarang la.."

Natasha mengeluh lalu mengangguk. Dia berdecit apabila kainnya mula longgar kembali. "Tak suka la pakai kain macam ni. Londeh tau?"

Puan Irina senyum tipis. "Seeloknya pakai kain batik la di rumah.. apatah lagi depan suami. Semua suami suka tengok isterinya pakai kain batik dihadapannya."

Natasha panggung kepala dengan dahi berkerut. "Maksud ibu? Kenapa pula kena pakai depan suami?" Puan Irina menghirup air teh sekejap.

"Sebab seksi. Bagi lelaki kampung, perempuan yang pakai kain batik ni seksi.." berkerut dahi Natasha. "Huh? Seksi apanya? Kalau nak seksi, pakai la skirt. Dah kenapa pula nak pakai kain corak buruk ni?" Kutuknya lalu mengangkat sedikit kainnya.

"Tu kalu lelaki bandor. Kalu lelaki kampung, dia minat orang puang paka kain batik. Sebab punggung tonggek." Ujar NekLi yang baru sahaja masuk ke dalam rumah. Dia pergi ke rumah kawannya sekejap di belakang rumah mereka tadi.

Puan Irina dan Natasha berpaling ke arah nenek. "Minum mak.." jemput Puan Irina seraya menuangkan air ke dalam gelas. Natasha hanya mengerdipkan mata melihat cara Puan Irina menjemput nenek minum air selepas nenek balik dari luar.

Perlu ke dia buat macam tu pada Iqbal selepas Iqbal pulang dari kerja nanti? Selepas sahaja mereka pulang dari menoreh tadi, Iqbal terus mandi dan pergi ke tempat kerja. Ada satu rumah yang harus disiapkan dalam bulan ni.

NekLi mengangguk lalu duduk diatas sofa. Sempat dia mengesat peluh didahinya sekejap lalu merenung cucu menantunya.

"Mu kene pakai kain batik sokmo lepasni. Sebab usia mu ni dah terlambat pakai kain batik benonye. Patutnya start umur 18 tahun doh orang puang kene pakai kain batik setiap mase." Ujar NekLi lalu menghirup teh yang dibancuh Puan Irina.

Berkerut dahi Natasha apabila tidak memahaminya. "Kenapa nek? Kalau tak pakai kain batik, jadi lelaki terus ke?"

NekLi mendengus manakala Puan Irina hanya menahan tawa. Aih nakal sungguh si Natasha ni. Nampak sangat kuat menjawab.

"Mu ni pe'el (perangai) uduh sungguh la. Suke nyenyeh (loyar buruk) kat aku ork?" Terkulat-kulat Natasha apabila tidak dapat memahami perkataan yang berlangsung dari mulut neneknya itu.

NekLi mendengus. "Orang puang kene pakai kain batik sebab nok suruh barang bowoh tu ketat. Baru la orang laki sayang kalu bowoh mu tu ketat macam  anok dare." Ujar NekLi lalu memuncung ke bawah perut Natasha.

Natasha terus mengintai ke bawah. Terkedip-kedip matanya sekarang. "Tak payah pakai la nenek.. sebab Tasha pun memang masih dara. Jadi takde fungsi la pakai pun kalau masih dara kan?"

"Eh budok ni. Kan aku kate doh kene jage molek bowoh tu supaya bergetoh macam anok dare.. eh kejakk (kejap) .." terkedip-kedip mata NekLi apabila mendengarkan perkataan yang terbit dari mulut Natasha tadi.

"Mu kate mende tadi? Dare? Mu masih dare?!" Natasha mengangguk perlahan. "Ha'ah la.. Tasha masih dara.. kenapa?"

Terbeliak mata Puan Irina apabila mendengarkan itu. NekLi juga tak kurang hebatnya dia punya terkejut.

"Jadi Iqbal langsung dok setuh mu ke? Berapa hari doh mu kawin tapi Iqbal langsung dok berjimak dengan mu ke?!" Tersentak Natasha dibuatnya. Dia berdehem sekejap apabila dia tersedar bahawa dia silap kata.

Aihhhh.. tersilap pula.. apa nak jawab?!

"Err ha'ah sebab Qilah... err.. Qilah period! Haa Qilah period lepas menikah dengan Iqbal.. sebab tu dia belum sentuh Qilah..." ujar Natasha lalu menggaru kepala yang tidak gatal.

Itu je yang relevan sekarang hmmm..

Puan Irina dan NekLi mengangguk faham. "Ooo cakak la gitu. Kejut aku tadi. Ingat ke cucu aku tu dok liur tengok badan mu." Natasha sengih sahaja.

Bukannya tak terliur. Masalahnya sekarang langsung tak terliur! Iqbal tu takde deria rasa ke? Atau nafsu dah hilang? Dia langsung tak minta haknya itu..

Tapi kalau dia minta pun, Natasha tetap menolak kerana Natasha belum bersedia memberikan dirinya pada Iqbal. Mereka pula bukannya bercinta dari awal. Jadi kena tangguh dulu la..

"Patut lah mu dok mayang. Aku ingat ke mu malas mayang sejok mu mari sini. Rupenye daroh.." Natasha senyum kekok.

Berdarah ke tak berdarah ke, Natasha tetap tak solat. Kerana dia sudah lupa segalanya tentang solat. Wudhuk pun dia lupa. Dia sudah lama tidak menunaikan solatnya..

*:・゚*:・゚✧

NATASHA hanya memuncung dipintu rumah. Dia hanya menantikan suaminya pulang sekarang. Dah takde benda nak buat gamaknya. Nak main telefon tapi telefon tiada liputan. NekLi ada menyuruhnya untuk menyapu daun-daun kering dihalaman rumah.

But well. This is Natasha okay? Dia tu sudahlah pemalas. Bila disuruh, lagi malas la jawabnya.

Tersenyum Natasha apabila mendengar bunyi motor dari jauh. Dia melambai pada Iqbal yang sedang menunggang motor ke halaman rumah NekLi.

Natasha turun dari tangga dengan senyuman lebar. Namun agak terbatas pergerakannya kerana berkain batik. Entah mengapa namun dia jadi selesa pula memakai kain batik selepas NekLi memberitahu tentang aset wanita tadi..

Iqbal membuka topi keledarnya lalu menyebak sedikit rambut ke belakang. Diperhatikan sahaja isterinya yang sedang memakai selipar jepun.

"Awak.. lewatnya ba-- awak! Kenapa tangan awak luka ni?!" Jerit Natasha lalu menyentuh tangan Iqbal yang sedikit berdarah. Berdesis Iqbal dibuatnya.

"Takde apa lah. Biasalah luka sikit-sikit terkena batu tadi. Aku dah biasa la..." berkerut dahi Iqbal apabila isterinya kelihatan sangat risau ketika ini.

"Jom jom naik cepat. Saya rawat. Nanti bakteria pula. Cepat la." Ujar Natasha lalu menarik-narik tangan kiri suaminya. Iqbal berdecit.

"Kau ni menggelabah la. Lek dah aa. Luka je pun. Aku anak jantan. Setakat luka sikit-sikit ni langsung tak menyaki-- aw sakit lah Tasha! Apa benda kau ni?!"

Terjerit Iqbal apabila Natasha dengan sengaja menampar lukanya tadi. Natasha mendengus. "Nampak tak? Luka yang sikit ni la yang pedih tau? Nanti mandi lagi pedih. Cepat laa.. saya letak ubat.." ujar Natasha lalu memaksa Iqbal untuk mengikutinya.

Iqbal berdecit. "Yelah. Kau ni suka memperbesarkan masalah. Padahal benda kecil je pun." Bebel Iqbal namun dia tetap juga mengikuti langkah isterinya naik ke tangga rumah.

TBC🤍
Elehh padahal dia suka tu..

VOTE AND COMMENT❤️

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now