SYAQUILLA - BAB 8🔥

18K 769 52
                                    



BUNYIAN lagu yang merancakkan suasana telah membingitkan telinga Natasha. Dia bukanlah seorang yang suka lagu bising-bising seperti ini. Dia memejam mata kejap lalu memandang sekelilingnya.

Penuh. Penuh dengan perempuan dan lelaki yang berpelukan. Dengan kata lain, penuh dengan maksiat. Ada yang bercumbu. Ada yang raba sana sini. Dan paling menyakitkan mata, ada yang hampir lakukan persetubuhan disini.

Like really? Ni party pool untuk ternak sperma ke? Sakit pula hati Natasha saat ini. Dia mengambil begnya lalu ingin melangkah pergi.

"Woaa nak pergi mana? Meh la minum-minum dengan abang dulu.." ujar Anas lalu menarik perlahan tangan Natasha. Natasha berdecit lalu menepis kasar tangan Anas.

"Tak payah la sentuh aku!"

"Wow garang adik tiri kau Anas.. lek lah. Sentuh sikit je pun. Bukannya raba lagi kan?" Ujar salah seorang rakan Anas disitu. Mereka yang disitu ketawa terbahak-bahak selepas rakan mereka menyatakan itu.

Natasha mendengus. Ini yang dia malas sangat ni..

"Drink?" Tanya Anas lalu memberikan air kepada Natasha. Natasha mengeluh perlahan lalu menyambut huluran itu.

"Minum la.. kita enjoy je malam ni nak?" Tanya Anas dengan riak nakalnya. Natasha menjeling sahaja. Malas nak melayan!

*:・゚*:・゚✧

"SHIT Kenapa kau ambil air tu?!" Marah Iqbal yang sedang mengintai Natasha dari jauh. Dia sudah siap sedia teropong didalam begnya untuk langkah berjaga-jaga.

Dan ya, ada hikmah juga dia membawa teropong itu. Boleh la dia memerhati anak majikannya itu dari jauh.

Dia kembali memerhati Natasha melalui teropong. Terbeliak matanya apabila melihat Natasha yang ingin meminum air tersebut. Dia terus melempar kasar teropong ke atas seat.

"Bodoh! Aku dah cakap jangan minum!" Marahnya lalu keluar dari kereta. Dia terus berlari masuk ke halaman rumah tersebut. Dia berlari sepantas yang mungkin ke arah Natasha namun dia terlambat apabila Natasha sudah minum sedikit air itu.

Iqbal terus menepis kasar gelas itu dari tangan Natasha. Hancur berkecai gelas kaca itu apabila jatuh diatas lantai. Mereka yang disitu berpaling ke arah Iqbal yang sedang bernafas tercungap-cungap.

"What the hell man? Kau rosakkan majlis tau?" Marah Anas lalu bangun dari duduknya. Natasha berpaling ke arah Iqbal. Dia bangun dari duduknya lalu merangkul lengan Iqbal.

"Jom balik.." bisik Natasha perlahan. Iqbal mencerlung tajam mata Natasha. Natasha meneguk liur kesat. Takut la pula dengan panahan tajam Iqbal ni..

Iqbal kembali mencerlung ke arah Anas yang sedang memandangnya dengan riak tegang.

"Kalau Tasha pening atau mabuk, kau orang pertama yang aku cari." Ugut Iqbal lalu menarik kasar tangan Natasha. Dia melanggar kasar bahu Anas sehingga Anas hampir terjelumpuk jatuh.

Anas berdecit lalu memusingkan badan ke arah Iqbal yang sedang melangkah pergi bersama Natasha. Dia meraup wajah kasar.

"Tak guna. Sikit lagi Tasha hampir jadi makanan aku. Pengacau la jantan tu.." ujarnya perlahan dengan riak tegang.

*:・゚✧*:・゚

"AWW sakit la Iqbal.." desis Natasha lalu menolak-nolak tangan Iqbal yang sedang memegang erat tangannya sekarang.

"Sakit?"

"Sakit la.." adu Natasha dengan bibir memuncung. Berkerut dahi Iqbal apabila pipi Natasha mula memerah. "Iqbal... saya nak tidur.. penat la awak.." ujar Natasha dengan suara manja lalu melentokkan kepala ke bahu Iqbal.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now