"CANTIK.." gumam Natasha seraya memandang sawah padi di kampung tersebut. Tersenyum dia apabila angin menerpa wajahnya. Dia sedang melihat pemandangan kampung di tingkap kereta.Ariff senyum sahaja mendengarkan itu. Dia mengerling sekilas Natasha. "By the way kita tak berkenalan secara proper lagi." Ujar Ariff perlahan.
Natasha terus berpaling ke arah Ariff. Dia senyum tipis. "Yeah.. saya pun tak berkenalan lagi dengan awak.." ujar Natasha lalu memasukkan kepalanya ke dalam kereta.
Ariff mengangguk. "Nama saya Ariff.. umur saya sama dengan Iqbal. Kami berkawan dari kecil lagi. Maklum lah, rumah dekat kan?" Ujar Ariff lalu gelak perlahan.
Natasha senyum lalu mengangguk. "Mesti awak tahu semua benda pasal dia kan?" Ariff mengangguk laju. "Of course.. jenama boxer dia pun saya tahu."
Natasha terkekeh ketawa. Aih. Nakal juga si Ariff ni. "By the eay nama awak apa? Natasha saja ya?"
Natasha senyum lalu menggeleng. "Nama saya Natasha Syaquilla." Berkerut dahi Ariff. "Syaquilla?" Natasha mengangguk perlahan. "Yep. Pelik kan nama tu?" Ujar Natasha lalu gelak perlahan.
Ariff mengerdipkan matanya. "Macam pernah dengar.. rasanya Iqbal ada sebut masa darjah enam haritu.." gumamnya perlahan.
"Huh?" Tanya Natasha bingung. Ariff berpaling memandang Natasha lalu menggeleng perlahan. "Takde apa.. cuma yeah. Nama awak agak unik. Tu yang saya terkejut."
Natasha mengangguk sahaja. Natasha menggigit bibirnya kejap. "Ariff.. kalau saya nak tanya sesuatu boleh?"
Ariff mengerling sekilas lalu mengangguk. "Go on." Natasha menarik nafas lalu hembus perlahan.
"Siapa.. Kiara?" Berkerut dahi Ariff. "Mana awak dengar?" Natasha senyum tipis. Kenapa semua bertanyakan itu? Susah sangat ke nak jawab?
"Ada orang kampung sebut.. sebab tu la saya tanya.." Ariff mengangguk perlahan. "Kiara tu sepupu Iqbal.."
Natasha mengangguk. "Dia.. pernah bercinta dengan Iqbal ke?" Ariff senyum. "Dah agak. Mesti awak akan tanya soalan macam ni."
Natasha tersengih sahaja. Mestilah., dia sebagai isteri mestilah kena kenal semua yang rapat dengan Iqbal kan? Bukan cemburu! Tapi nak kenal je..
"Tak ada lah.. Iqbal tak pernah bercinta. Dia tu hati kering. Mana mungkin nya dia nak bercinta dengan Kiara apatah lagi Kiara sangat muda bagi dia." Berkerut dahi Natasha. "Berapa umur dia?"
"23." Natasha mengangguk faham. Sama dengan Anna la..
Ariff senyum. "Kenapa? Cemburu ea?" Natasha menjeling. "Mana ada la.. saya saja je tanya.." gumamnya perlahan.
Ariff terkekeh ketawa. "Tapi memang patut pun awak cemburu. Sebab awak isteri Iqbal kan? Jadi cemburu tu perkara biasa bagi setiap isteri."
Natasha memandang ke luar dengan muncung sedepa. Cemburu? Entah.. tak pernah pula dia rasa dia cemburu. Tapi agak tergugat juga la bila MakTina membandingkannya dengan Kiara tadi..
Dan yang paling penting.. Natasha agak gelisah apabila MakTina mengatakan bahawa Kiara akan merampas Iqbal darinya. What?! Hell no. Sekali jadi milik aku, ia akan kekal jadi milik aku tau? Ehem. Macam lain saja ayatnya.. cemburu? Hmm ye kut.
"Awak jangan risau. Iqbal tu setia. Dia takkan pandang Kiara kerana dia menganggap Kiara sebagai adiknya. Cuma awak kena risaukan satu je.." Natasha berpaling memandang Ariff lalu menjungkit kening.
Ariff senyum tipis. "Kiara sukakan Iqbal dari dulu sehingga sekarang. Dia masih menanti detik di mana Iqbal akan jatuh cinta pada dia. Yang tu awak kena hati-hati."
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...