SYAQUILLA - BAB 7🔥

19.2K 804 39
                                    



BERKERUT dahi Iqbal apabila melihat keadaan party tersebut. Ramai perempuan yang hanya berbikini dan lelaki yang hanya memakai seluar pendek. Dia menayangkan riak jijik apabila melihat situasi tersebut.

"Kau join party mcm ni ke?" Tanya Iqbal yang menjeling Natasha yang sedang memakai kasut tumit tinggi. Natasha mengangguk perlahan lalu berdiri tegak dari berbongkok.

"Kenapa tanya? Nak join?" Iqbal menggeleng. "Taknak la aku. Aku dah banyak dosa. Takde masa nak tambah dosa mcm kau ni." Ujar Iqbal lalu mengeluarkan telefon dari poketnya.

Natasha menjeling. "Habistu awak nak duduk kat luar ni je ke?" Berkerut dahi Iqbal. Dia terus berpaling kearah Natasha.

"Apa kau ingat aku takde kerja sangat ke? Aku balik la.. takde masa aku nk tggu kau kat sini. Aku hanya pemandu kau. Bukannya member kau pun.."

Natasha memuncung lalu merapatkan dirinya kearah Iqbal. Terjungkit kening Iqbal saat ini. "Apahal rapat ni? Nyah la kau setan." Ujar Iqbal lalu menolak kasar bahu Natasha.

Natasha berdecit. "Ish kasar la dia ni! Saya nk bisik je dengan awak.."

Iqbal menjeling. "Tak payah! Jangan rapat dengan aku. Minyak wangi kau menyakitkan hidung aku. Entah minyak wangi mana kau rembat sampaikan hampir hilang deria bau aku.."

Natasha menolak isian pipi dengan lidah. "Saya pakai minyak wangi mahal okay? Bukannya yang murah mcm awak. Tak perlu nak mengutuk sangat. Awak tak pernah bau minyak wangi mahal sebab tu awak provoke saya kan?"

Berkerut dahi Iqbal dibuatnya. Dia melangkah merapati Natasha. "What? Minyak wangi murah? Cuba kau bau aku. Aku rasa aku dah pakai minyak wangi paling mahal bagi aku. Cuba bau.." ujar Iqbal lalu merapati badan Natasha.

Natasha hanya memandang mata Iqbal manakala Iqbal juga merenung mata Natasha. Berkerut dahi Iqbal dibuatnya.

"Mata kau..." Iqbal merapati wajah Natasha. Terbeliak mata Natasha apabila muka Iqbal betul-betul rapat dihadapan wajahnya.

"... cantik.. warna biru cerah.. bersinar.." ujarnya perlahan sambil merenung mata kebiruan Natasha. Natasha berdehem lalu berundur perlahan.

Tidak pernah lagi dia berdebar sehingga tahap ini. Padahal dia okay saja apabila menatap mata lelaki lain sebelum ini. Namun lain pula jadinya bila Iqbal merenungnya seperti tadi.

Natasha berdehem sekejap. "Mestilah. Sebab tu arwah mummy saya bagi nama Syaquilla yang bermaksud mata berwarna kebiru-biruan.."

Berkerut dahi Iqbal. "Sya.. Syaquilla?" Iqbal masih berfikir. Dia ingat akan nama itu. Nama itu agak unik kerana itulah dia ingat nama seorang gadis yang dia jumpa sewaktu kecil dahulu.

Natasha mengangguk. "Yes. Natasha Syaquilla nama saya.." Iqbal masih tercengang. Adakah orang yang sama dengan gadis yang dia bertemu sewaktu kanak-kanak dulu?

"Tasha!" Iqbal dan Natasha terus berpaling kearah suara itu. Natasha mengeluh perlahan apabila kelihatan abang tirinya yang hanya memakai seluar pendek dihujung sana sedang melambai kearahnya.

"I got to go." Ujar Natasha lalu ingin melangkah. Namun terbantut langkahnya apabila ada satu tangan kekar yang melelar tangannya. Natasha berpaling kearah Iqbal lalu menjungkit kening.

"Jaga diri. Jaga maruah. Jangan pernah tunjuk badan kau sepertimana perempuan-perempuan yang berbikini tadi tunjuk pada umum. Aku tunggu kau kat sini. Jangan minum air sembarangan. Kalau kau rasa pening atau mengantuk, cepat-cepat datang pada aku. Jangan sesekali follow sesiapa walaupun dia abang tiri kau. Faham?"

Natasha mengangguk perlahan. Dia agak terharu apabila lelaki seperti Iqbal memberi nasihat kepadanya. Padahal lelaki sebelum ini semuanya berperangai syaitan seperti abang tirinya itu.

"Faham.. awak jangan risau la, saya tak bodoh lagi nak berbogel mcm perempuan kat sana tu. Saya datang sini hanya kerana menerima cabaran je. Tak lebih."

Iqbal mengangguk lalu melepaskan pegangannya. "Baik. Tapi jangan sampai cabaran tu makan diri. Jaga diri kau baik-baik. Jangan pernah hampakan daddy kau."

Natasha mengangguk faham. Dia pun takkan sesekali mencemarkan nama bapanya. Dia datang kesini hanya untuk tunjuk muka sahaja. Bukan nak berfoya-foya sangat pun.

"Baik. Awak tunggu sini tau.. saya akan datang balik secepat yang mungkin." Iqbal angguk. "Cepat. Jangan lama-lama sangat. Berbulu mata aku tengok manusia kat sana yang terlampau bebas.." ujar Iqbal lalu memandang kearah kolam.

Dia menunjukkan riak jijik apabila ada pasangan yang bercium mulut disana. Entah dah berkahwin atau tidak diorang tu aih..

Natasha tergelak perlahan. "Chill lah. Perkara biasa la tu bercium dan berpeluk."

"Yeah. Bagi kau perkara biasa. Tapi dalam Islam ia haram jika bercumbu dan bermesra di tempat awam apatah lagi belum mempunyai ikatan yang halal."

Natasha meneguk liur kesat. Aduh.. ini adalah fakta. Dia tidak boleh melawan. Memang la dia agak kurang dari segi agama.. solat pun dia tinggal.. mengaji pun tak pernah.. tapi dia tahu sedikit sebanyak tentang islam. Dia masih ingat apa yang diajar mummynya dulu.

Puan Natalia sering mengajar islam kepadanya. Dan Natasha adalah seorang yang bertudung sewaktu remaja. Namun selepas sahaja ibunya meninggal, dia terus berubah kearah lain.

Dia memberontak sehingga sekarang. Bapanya juga sering mengajarnya tentang islam namun Natasha makin degil. Natasha langsung tidak mendengar kata bapanya dan langsung mengendahkan ajaran bapanya sehingga Tuan Syazwan sendiri berputus asa dengan anaknya itu..

"Baik ustaz. Ustaz Iqbal tunggu sini kejap tau. Saya nak pergi dekat Anas kejap." Ujar Natasha lalu sengih mengejek kearah Iqbal.

Iqbal menjeling kearah Natasha yang melangkah pergi. Dia mendengus lalu mengusutkan rambutnya. Sempat dia mengerling kearah Anas yang memandangnya dengan dahi berkerut.

"Apahal tengok aku mcm tu.. jangan cakap dia gay sudahlah.." ujar Iqbal lalu cepat-cepat masuk ke dalam kereta. Takut pula tengok panahan mata Anas kepadanya.

"SIAPA lelaki tu?" Tanya Anas apabila Natasha berdiri dihadapannya. "Driver aku."

Berkerut dahi Anas. "Aik? Daddy tak cakap pun dekat abang yang dia rekrut driver lain?"

"Dia driver aku. Bukan kau. Yang kau nak tahu sangat kenapa? Cepatlah masuk! Aku nak balik cepat nanti." Ujar Natasha lalu melangkah pergi kearah kolam.

Anas mencebik lalu menjungkit bahu. Sempat dia menjeling kearah Iqbal yang sedang memandangnya didalam kereta. Anas mendengus lalu meneguk minuman haram tersebut.

Dia senyum sinis kearah Iqbal lalu melangkah pergi dari situ. Iqbal mengeluh perlahan lalu menyandarkan kepala ke seat kereta.

Dia mengerling kearah Natasha yang sedang berborak dengan rakan-rakan disana. Dia mengeluh kasar.

"Jaga diri kau Tasha.. aku taknak jadi apa-apa pada kau malam ni.. aku harap Allah selalu lindungi kau. Aku akan perhatikan kau 24 jam supaya kau tak terjerumus dalam maksiat serta minuman keras tu.." gumamnya perlahan.

Mata setia tertancap kearah Natasha yang sedang tersenyum riang. Dia berharap agar Natasha sentiasa dalam lindunganNya.

TBC🤍
Shaweet nya diaa..

VOTE AND COMMENT❤️

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now