"PEREMPUAN tak boleh ketuai kumpulan? It's nonsense. Pemikiran kolot. Kau tak tahu ke lebih 500 syarikat di dunia ini melantik perempuan sebagai CEO syarikat mereka?"Anas masih berpeluk tubuh dengan riak bangganya manakala para pekerja mengangguk. Iqbal mengambil telefonnya dan sempat dia menangkap gambar isterinya yang sedang berucap. Tersenyum Iqbal melihat gambar isterinya didalam telefonnya.
Natasha senyum senget ke arah Anas. "Banyakkan belajar. Jangan jadi katak dibawah tempurung. Kebanyakan company melantik perempuan sebagai ketua mereka bukan kerana jantina. Tapi kerana usaha seseorang itu. Mereka bekerja keras untuk dapat apa yang mereka mahu menggunakan taktik pemikiran. Bukan taktik kotor yang mampu menjatuhkan orang lain."
Ujar Natasha dengan riak sinis terhadap Anas. Anas mula mengerutkan dahi apabila Natasha seakan-akan sedang memerlinya. Tuan Syazwan sembunyi senyum. Dia tahu Natasha pandai dalam berkata-kata kerana Natasha seseorang yang berucap menggunakan ilmu yang diperolehnya.
"Mary T.Barra, CEO of General Motors Company. Gina Boswell, CEO of Bath and Body Works.. Ms Susan Hardwick, CEO of American Water Works Company.."
Ujar Natasha lalu menghampiri Anas. Anas mencerlung Natasha yang sedang berpeluk tubuh dihadapannya. "Kenal nama-nama tu? Oops.. aku lupa yang kau tak suka belajar sejarah tentang company orang lain. Kau cuma fokus berfikir tentang COMPANY kau sahaja. Faham."
Ujar Natasha sinis lalu mengangguk. Anas mengepal tangannya. Ingin sahaja dia membalas perkataan Natasha namun dia harus sabar. Dia tahu Natasha sedang bermain dengan emosinya sekarang.
"Haih. Kalau kau tak kenal mereka, aku bagi contoh yang paling mudah je la untuk kau. Kenal Jacinda Ardern?"
Para pekerja mengangguk apabila mengenali nama tersebut manakala Anas hanya terkulat-kulat tidak mengetahui hal itu. Natasha senyum senget.
"Dia pernah jadi perdana menteri selama 7 tahun. Dia adalah prime minister untuk New Zealand. Semua orang kenal dia. Takkan kau tak kenal dia?" Ujar Natasha sinis. Anas berdehem sekejap apabila kelihatan para pekerja ada yang ketawa melihatnya diam.
Natasha senyum senget lalu melangkah semula kehadapan. Dia berpeluk tubuh dihadapan para pekerja.
"Jangan pandang rendah pada perempuan. Kami tak lemah, cuma kami berfikir dalam diam. Jangan kaitkan jantina dalam pencalonan ini. Tapi kaitkan lah usaha seseorang itu sama ada dia sesuai atau tidak memegang title leader."
Iqbal mengangguk laju. Ingin sekali dia menepuk tangan namun dia tangguh sekejap. Malu la dia kalau dia seorang je yang tepuk tangan kan?
Natasha berpaling ke arah semua pekerjanya. "Tak pelik ke tiba-tiba je tak dapat bonus sepanjang dua bulan ni sedangkan sebelum ni i selalu bagi bonus pada korang?"
Para pekerja memandang sesama sendiri kerana apa yang diucap oleh Natasha adalah benar.
Anas mendengus. "Bonus tak penting pun. Asalkan saya sudah beri gaji yang sepatutnya korang dapat. Bonus adalah untuk yang bekerja keras sahaja. Bukannya semua dapat."
Para pekerja terus mencerlung tajam ke arah Anas. Anas berdehem apabila pekerjanya seumpama sedang memarahinya.
Natasha senyum senget. "Wow. Jadi kau nak cakap yang pekerja-pekerja ni tak bekerja keras la? Hanya kau je la yang bekerja keras sehingga dapat untung berjuta-juta tu? Nice. CEO goyang kaki tapi dapat kaut semua untung manakala para pekerja hanya dapat gaji seciput sahaja padahal mereka bekerja keras hingga pulang lewat dimalam hari."
Pekerja mengangguk bersetuju. Mereka juga pelik apabila pelabur makin berkurang sekarang. Anas pula bukan main kaya raya sehingga asyik menukar kereta setiap minggu.
![](https://img.wattpad.com/cover/349753976-288-k522979.jpg)
YOU ARE READING
IQBAL : SCENT OF LOVE [C]
Romance"Kalau dah miskin tu miskin je la. Tak payah nak paksa diri tunjuk kaya. Nampak sangat attention seeker tau?" - Natasha Syaquilla "Kenapa kurang ajar sangat ni? Kau letak adab kat mana?" - Muhammad Iqbal "Tak guna la muka lawa tapi perangai hauk mac...