SYAQUILLA - BAB 93🔥

20.4K 842 50
                                    



NATASHA hanya mengintai sahaja bapanya dari luar pintu wad. Bapanya telah dipindahkan ke wad biasa setelah keadaaannya kembali stabil. Namun doktor masih tidak membenarkan mana-mana pelawat untuk melawat Tuan Syazwan kerana Tuan Syazwan masih lemah.

"Daddy.. bangun cepat.. semua orang tengah tunggu daddy.. mama.. Anna.. abang Iqbal.. Tasha.. semua tengah tunggu daddy.. dan.. ahli keluarga baru kita pun tengah tunggu daddy.."

Ujar Natasha seraya mengusap perut kempisnya. Dia masih merahsiakan hal ini. Hanya Iqbal dan Natasha sahaja yang mengetahui. Baginya biarlah rahsia dahulu. Kerana ini bukan masa yang tepat untuk meraikan kebahagiaan.

"Daddy bangun cepat tau.. Tasha selalu tunggu daddy.. Tasha janji Tasha akan peluk dan cium daddy nanti.. Tasha taknak bergaduh dengan daddy lagi.. Tasha dah serik daddy.. Tasha taknak kehilangan daddy.."

Ujarnya dengan bahu yang terhinjut-hinjut. Dia hanya bersendirian sahaja. Anna menemani Puan Hannah di wad Puan Hannah manakala Iqbal menemani ahli keluarganya membeli makanan..

Iqbal ada mengajak Natasha namun Natasha tetap berdegil untuk menunggu Tuan Syazwan.. kerana itulah hanya Natasha sahaja yang berada di hospital ketika ini..

"Puan Natasha." Natasha memusingkan tubuhnya ke belakang lalu mengesat air matanya. Berkerut dahinya apabila kelihatan ada dua anggota polis iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

Dan.. ada seorang perempuan yang telah digari ketika ini. Menunduk sahaja perempuan itu. Rambutnya kusut dan bajunya compang-camping.

"Kami dari pasukan polis telah menemui orang yang melanggar keluarga puan Natasha. Dia berpura-pura menjadi pengemis agar kejahatannya tidak terbongkar. Tapi kami yakin bahawa puan amat mengenali dia."

Ujar Ferhad dengan suara mendatar. Natasha mengerdip mata lambat seraya mengepal tangannya. Dia sedang menahan marah ketika ini. Ingin sahaja dia memukul gadis dihadapannya namun dia masih tenangkan diri ketika ini..

Ferhad berpaling ke arah polis perempuan itu lalu mengangguk. Polis itu terus menyebak rambut gadis tahanan itu ke belakang.

Terbeliak mata Natasha apabila dia amat mengenali wajah gadis itu.

"Kau?! Kau bunuh mak ayah aku?! Setan! Kau memang setan! Aku benci kau Kiara!" Jerit Natasha lalu mula menarik kuat rambut Kiara. Berdesis Kiara apabila rambutnya ditarik mendadak.

"Puan!" Jerit polis perempuan itu apabila Natasha mula menggunakan kekerasan. Ferhad menghalang polis perempuan tersebut.

"Biarkan." Ujar Ferhad mendatar. "Tapi Inspektor.. dia-"

"Selagi ia tak membunuh, selagi itulah kita perlu biarkan sahaja. Aku faham perasaan puan Natasha sekarang. Lebih baik dia melepaskan amarah dia sekarang daripada dia berdendam." (Hanya di wattpad sahaja. Real life saya yakin polis takkan benarkan adegan memukul)

Polis itu mengangguk sahaja. Dia tidak boleh melawan Ferhad kerana Ferhad merupakan orang atasannya.

"Celaka! Kau memang celaka! Dari dulu sehingga sekarang suka menyakitkan hati aku! Kau tak perikemanusiaan! Iblis!" Jerit Natasha lalu memukul kuat badan Kiara lalu menyepak badan gadis itu.

Kiara mula menangis teresak-esak apabila dia dipukul begitu. Dia tidak boleh melawan kerana tangannya sedang digari.

"Pergi jahannam la kau! Aku benci dengan perempuan macam kau! Sanggup membunuh kerana dendam! Fuck!!" Jerit Natasha dengan linangan air mata. Dah macam dirasuk pula Natasha sekarang kerana tenaga dia amat kuat berbanding lelaki.

"Sayang!" Jerit Iqbal lalu memberikan plastik makanan kepada Ariff. Dia terus berlari laju menghampiri Natasha yang sedang memukul orang. Pak Khalid mengecilkan mata apabila dia mengenal gerangan itu.

IQBAL : SCENT OF LOVE [C]Where stories live. Discover now